Author: caudate nucleus
•11:01 AM
Bismillahi walhamdulillah wAllahuakhbar

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah wa ifdhaalih..
exam Ophthalmology dah selesai. Alhamdulillah. Kali ini saya menghadapi exam tersebut dengan kecuakan, Sedih pun ada juga. Tapi takpa. Semuanya dah lepas. Hanya perlu menyerahkan segalanya kepada Allah. Biar Allah yang menaqdirkan apa yang terbaik, disamping kita tidak putus-putus untuk berdoa kepadaNya. Sungguh Allah Maha Dekat. Jazakumullah khair untuk sahabat-sahabat yang memberi kata-kata perangsang untuk saya meneruskan langkah.Sangat berterima kasih. Dan yang paling penting buat keluarga di Malaysia, umi dan abah yang tidak pernah lupa untuk mendoakan anak mereka ini..huhu,rindu sangat sama mereka~

...........................................................................


23hb Jun 2010 genap 8 tahun sudah pemergian AlMarhum Ust Fadzil Mohd Noor, semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya buat Al Marhum Ust Fadzil Noor, dan beliau ditempatkan bersama para mujahidin yang berjuang mendaulatkan agama Allah SWT. Perginya sukar untuk dicari ganti…

Saya mengenali beliau sejak kecil-especially selepas memasuki Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU). Beliau adalah pengasas sekolah tersebut. Saban tahun di situ saya akan berjumpa dengan Almarhum, dan tidak terlepas daripada mendengar amanat daripada Almarhum kepada kami anak-anak kecil yang bersekolah di situ. Sekurangnya ada juga kenangan bersama Almarhum di dalam hidup saya.

Paling bermakna-apabila beberapa kali menerima hadiah yang disampaikan oleh Almarhum di dalam Majlis Ihtifal akhir sessi sekolah (hadiah disediakan oleh pihak sekolah). At least pernah juga saya berbicara dengan Almarhum biarpun hanya sekadar ucapan "terima kasih ustaz". Bila dah besar sekarang saya terfikir sorang-sorang kenapa la detik-detik bersejarah itu saban tahun tak diambil gambar kenangannya?. Baru saya ingat, kamera kitorang  dulu memang kak Amal conquer kat dia sorang, dengan bawa pegi asrama...memang dia sorang je yang guna..huhu.

Seronok rasanya (masa kecik dulu) bila Almarhum datang ke sekolah kami (SRIDU). Kadang-kadang atas urusan rasmi. kadang-kadang datang ziarah (pd pemerhatian saya la). Saya sangat suka saat dapat menatap wajah Almarhum. Begitu tenang raut wajahnya. Senyumannya tak pernah lekang. Apabila Almarhum datang ke sekolah je semua akan kecoh. Baik guru-guru mahupun pelajar. Jelous juga tengok pelajar-pelajar lelaki yang lari berderu pergi mendapatkan Almarhum untuk bersalam dengannya. Saya nak salam juga. Tapi sebab saya perempuan, ahsannya tak digalakkan. Biarpun masa tu tak dikira berdosa pun (kecik lagi la). 

Di luar sekolah pun sering juga berjumpa Almarhum di majlis dan acara-acara yang lain terutamanya ceramah-ceramah. Kecik-kecik dulu memang umi dan abah suka angkut anak-anak mereka yang berderet ni pergi dengar ceramah. Terutama ceramah nuzul al-Quran pada bulan Ramadhan di Muasasah Darul Ulum yang diadakan saban tahun. Itu acara tahunan yang wajib kami sekeluarga pergi. Dan sudah menjadi tradisi umi untuk memasak juadah-juadah untuk dibawa pergi berbuka puasa di sana. Perlu berbuka di sana-Abah dah ingatkan, kena pergi awal sebab nanti ramai orang yang akan datang-kalau lambat memang tak dapat tempat langsung nak solat terawih. Seronok sangat. Kat situ boleh jumpa macam-macam orang. Beratus-ratus kot orang yang datang. Ada la juga jumpa kawan-kawan satu sekolah bersama keluarga masing-masing. Memang meriah. Kalau umi dan abah tak ajak pun memang kami adek-beradek berderet nak ikut. 

Sememangnya Almarhum adalah penceramah tetap untuk majlis ceramah tersebut pada setiap tahun bersama beberapa orang pencermah jemputan yang lain. Almarhum ini ceramahnya memang sangat sarat dengan ilmu dan nasihat.  Saya yang masih budak-budak masa tu takde la amik cakna sangat. Kadang-kadang time Almarhum dan yang lain berceramah je-saya,kedua abang kembar dan adik-adik saya akan pergi merayap ke gerai-gerai jualan yang dibuka. Macam-macam ada. Itulah di antara tujuan utama kami beriya sangat nak pergi ceramah-membeli-belah. Hoho. Memang nakal- ada udang di sebalik batu. Tapi lepas dah besar sket suma jadi baik. Umi pun pesan kalau pegi dengar ceramah cuba la amik ilmu sikit, jangan merayap je keja habiskan duit. huhu...

..........................................................

saya juga masih ingat, 8 tahun yang lalu pada tarikh 23 Jun 2002..tengah hari tu umi tiba-tiba datang ke pintu belakang kelas kami (di situ saya bertapa) dan umi bagitau nnt saya kena balik rumah sendiri-berjalan kaki. "umi nak balik dulu ni-ada kematian, umi ngn abah nak pi Muasasah..Ust Fadzil Noor dah meninggal". Innalillah.. tercengang sekejap masa tu. Nak ikut pon xboleh kot, waktu sekolah belom habis-lagi sejam loceng terakhir akan berbunyi. Umi takpe la,sebab dia cikgu kat situ-boleh minta excuse sebab dah xda kelas. Balik rumah, sampai ke malam kami tunggu umi ngan abah balik (nak dengar cerita apa yang jadi) tapi mereka tak sampai2. Esoknya tu bangun pagi umi cerita dorang tersekat di sana. Jalan memang jammed, banyak sangat kenderaan. Manusia tiba-tiba jd ramai macam semut, tak diketahui datang dari ceruk mana. Hanya semata-semata ingin memberi penghormatan terakhir buat Almarhum.

Subhanallah, ratusan ribu manusia yang datang berbondong-bondong ke Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena itu untuk menziarahi jenazah Almarhum. Jalan utama menuju ke Kuala Nerang itu tiba-tiba jadi sesak. Manusia sangat ramai. Pemimpin ini dimuliakan Allah di akhir kehidupannya. Almarhum disolatkan dan dikebumikan di bumi waqafan itu-Muasasah Darul Ulum, di bumi itu juga Almarhum menetap bersama ahli keluarganya dan di bumi itu jugalah tempat anak-anak generasi Islam menimba ilmu.

Kakak saya yang bersekolah di situ, ada menceritakan..selepas Almarhum meninggal dunia setiap hari akan ada pelajar-pelajar yg akan pergi menziarahi pusaranya selepas menunaikan solat..Pusara Almarhum betul-betul terletak di tepi masjid sekolah itu. Memetik satu laporan akhbar Harakah, bertarikh 24 Jun 2002- bartajuk "100,000 ziarahi jenazah Presiden PAS di Darul Ulum"
Jenazah Ustaz Fadzil yang tiba dengan pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia tiba bersama pimpinan PAS pada jam kira-kira 5.30 dan terus dibawa ke Muassah Darul Ulum dengan ambulan milik Pusat Khidmat Wakil Rakyat PAS Kawasan Pendang.
Jenazah beliau yang diiringi kereta peronda polis telah tiba di Muassasah di bawa ke rumah beliau untuk tatapan terakhir ahli keluarga sebelum di usung ke dalam musolla yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.
Di dalam musolla tersebut, jenazahnya di tempatkan ditengah-tengah musolla untuk memberi peluang kepada ribuan ahli dan penyokong PAS menziarahi pemimpin PAS itu.Pada jam 9.00 malam jenazah beliau telah disembahyangkan dengan diimamkan oleh Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan bacaan talkin disempurnakan oleh Sheikh Mohammad Abdullah"

saya mengnali Almarhum sewaktu kecil hanyalah dengan mengenali tubuh dan susuk fizikalnya. Bila Almarhum sudah tiada dan saya juga meningkat dewasa sikit barulah saya mengenali peribadinya, keluarganya, jasa dan sumbangannya serta perjuangannya. Sangat kagum. Rupanya insan yang selalu saya temui masa kecik-kecik dulu adalah seorang pejuang yang hebat. Almarhum sememangnya seorang mujahid.

Jasa dan sumbangannya terlalu banyak. Salah satunya dengan menubuhkan sekolah rendah-tempat saya belajar mengenal Allah dan Rasulnya, Belajar mengenali al-Quran-huruf, tajwid dan juga bahasanya (Bahasa Arab), belajar tentang solat, aqidah dan banyak lagi. Saya rasa bertuah disekolahkan di situ. Di situ tarbiyah awal pembentukan peribadi dan diri saya seperti saya yang sekarang. Banyak lagi sumbangan Almarhum terutama kepada perjuangan PAS. Boleh belek-belek artikel di sini sini dan sini yang menceritakan tentang Almarhum. 

Balik Malaysia dua tahun yang lepas saya menyaksikan sendiri penat-lelah perjuangan di medan dakwah, tarbiyah dan politik-Almarhum di bumi Kedah satu ketika dahulu kini dinikmati oleh rakyat di negeri Jelapang Padi. PAS berjaya memerintah negeri ini bukanlah merupakan satu kejayaan yang mudah, tetapi adalah satu kejayaan kesinambungan daripada hasil titik peluh pejuang-pejuang terdahulu yang kebanyakan mereka telah pun pulang menemui Sang Pencipta..Jasa dan usaha mereka dalam menabur bakti, menyampaikan Islam dan membina daulah Islam perlu diteruskan oleh generasi pada hari ini. Semoga Allah SWT menempatkan mereka di SyurgaNya, dan Allah memberkati perjuangan mereka yang ditinggalkan kepada generasi hari ini..Al-Fatihah~




boleh lihat video di atas dan sambungannya di You Tube..subhanallah!

Selamat beribadah di Bulan Rejab ini..semoga Allah ketemukan kita semua dengan Syaaban dan Ramadhan pula..Amien3x ya Rabb~

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~





|
This entry was posted on 11:01 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On June 30, 2010 at 12:34 PM , Maryam Sofiyyah said...

Ustaz Fadzil Noor dulu, pemangku Presiden ABIM sebelum beliau melangkah masuk ke dalam PAS.

 
On July 1, 2010 at 2:40 PM , caudate nucleus said...

oh yeke..

sapa2 yg ada sebarang info lain berkenaan alMarhum boleh kasik kat saya..sy memang sedang mengkaji sejarah hidup alMarhum =)

terima kasih~