Author: caudate nucleus
•3:19 PM



Duhai Allah Yang Maha Lembut, Maha Berkuasa, Maha Mendengar, Maha Besar dan Maha Kaya... syukur kami kepadaMu makin mekar setiap saat. Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui rahsia alam ini. Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. 


Alhamdulillah kita masih di sini, masih diberikan peluang, masih mengecapi nikmat.. alhamdulillah,alhamdulillah.alhamdulillah..llafaz dan sujud syukur dipersembahkan ke hadrat Allah, kerana dengan izin dan kehendaknya saya sekarang sudah melepasi satu tangga menuju tangga teratas bagi menggenggam ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MB.Bch)..sebuah pedakian yang panjang. penuh jerih sampaikan perlu merangkak untuk sampai ke tahap ini..seperti dibuai mimpi, terdiam sejenak..dalam kepala penuh persoalan..dah nak masuk tahun akhir dah? lagi setahun saja lagi? huhu 1001 rasa ada~ Allahuakhbar..tanpaMu ya Allah,siapalah aku..mana mungkin untuk pergi sejauh ini!


berakhir sudah sessi pengajian tahun 5, akan bermula episod baru kuliah tahun 6..insyaAllah bersama misi baru bermatlamatkan visi yang sedia ada, semoga tahun akhir ini dapat saya manfaatkan sepenuhnya untuk menimba dan menambah ilmu dan skills dalam semua aspek,insyaAllah..sekarang juga sudah perlu untuk mengintai-intai ke dunia pekerjaan, dunia dakwah di Malaysia, dan tak dilupakan dunia/alam rumah tangga..erkk, terasa agak janggal dengan dunia-dunia yang disebutkan ini.tetapi itulah hakikatnya kehidupan.


alhamdulillah sekarang sedang bercuti selepas final exam tahun 5..berbaki 3 minggu saja lagi untuk memuliakan kuliah tahun 6. sedang menyusun jadual cuti, apa yang nak dibuat. balik Malaysia?? teringin sangat2, tapi boleh diketepikan dahulu. belum sampai masanya lagi. sekarang ini sangat berkeinginan untuk menambah thaqafah, segala macam buku semua nak dibaca, harap-harap dapat dihabiskan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam..huuu. ada juga letak target nak habeskan semua 12 level kelas bahasa Arab kat Markaz Nil tuu,(bukan dalam 3minggu ni la..maybe berkala smp kuliah th6 nt) doakan semoga berjaya! Ummi pun dah kasik kebenaran untuk pergi jalan-jalan negara lain,tengok tempat orang..umrah pun boleh. tapi nampaknya itu bukan pilihannya buat masa sekarang. cuti winter nanti mungkin! (^__^)


blog ini juga akan dihidupkan semula, insyaAllah~ btw ada satu hebahan..tgk la classmates sy yang berdua nii..elok2 dapat result esoknya terus kawen..barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'3a bainakuma bilkhair..tahniah buat Azzahra' dan Ahmad Rusydi.. alhamdulillah! doakan semoga berbahagia hingga ke syurga..insyaAllah (^__^)


dorang naik kereta kuda :)

kami 2nd batch..ramai lagi yang tak da nii..semua kat Msia


the end~


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~