Author: caudate nucleus
•5:36 PM
Bismillahirrahmaanirrahiim..Dengan Lafaz dan NamaMu ya Allah, hamba memulakan bicara, moga ianya satu ibadah yang diredhai olehMu..ameen Ya Rabb~

Hurm, lama sudah tak up-date di sini..bermula Ramadhan sehinggalah di akhir Syawal ini, hari-hari yang saya lalui sangat menyesakkan, benar kata Pak Cik Hassan kita~ sungguh kewajipan itu lebih banyak daripada masa yang ada. Alhamdulillah seminggu dua ni dah 'release' sikit bebanan kerja dengan pertolongan sahabat-sahabat yang baru datang dari Malaysia. Ramadhan berlalu dan telah meninggalkan kita, terasa begitu sekejap untuk saya menikmati Ramadhan pada tahun ini..tapi yang pasti banyak suka dan duka yang saya perolehi, serta tarbiyah di dalam Ramadhan yang lalu adalah suatu yang berbeza. Pegalaman baru buat saya. Dan andai sesiapa yang mencintai Ramadhan itu, sungguh Ramadhan telah pergi meninggalkan kita..tetapi andai sesiapa yang mencintai Allah, sungguh Allah sentiasa di sisi kita..hanya hati yang hidup menyedari hakikatnya~ bertaqwalah kepada Allah, wahai diri dan sekalian manusia!!..



Syawal juga telah berlalu..Aidilfitri kali ke-2 di bumi Perlembahan Nil ini saya lalui dengan tenang..entah kenapa tidak terasa sedih sangat bila berjauhan dengan keluarga untuk Aidilfitri kali ini, mngkin kerana saya juga punyai keluarga di sini..bersama sahabat-sahabat dan adik-adik junior untuk raya kali ni memang best..serius, xrasa sedih sgt wlupn xdapat beraya di Malaysia. Malah rasa bersyukur dapat menyambut Aidilfitri di sini, sesuatu yang juga tidak dapat untuk saya lupakan. Di sini ukhwah bersemi bersulamkan kasih dan sayang kerana Allah, antara salah satu keberkatan tarbiyah Ramadhan yang ditempuhi..


 antara juadah hidangan rumah terbuka



ada kisah menarik dengan gambar ni~biar la jd kenangan..

seminggu beraya, perlu bersiap sedia pula untuk menerima kunjungan pelajar-pelajar baru. Wah..ramai banget jumlah mereka, satu cabaran buat kami senior-senior yg dah lama di sini untuk menguruskan mereka.. Alhamdulillah sekarang jumlah mereka sudah mencecah angka 200 lebih..keadaan agak terkawal walaupun bukan 100%. Satu perkembangan baru di bumi Tanta. Harapannya agar kedatangan mereka  dapat menyuburkan lagi keberkatan bumi badawi ini..insyaAllah..


Kuliah bermula hampir 4 minggu sudah, dan pada tahun ni kami diperkenalkan dengan sistem pembelajaran yg baru, memasuki alam pra-klinikal~ sudah berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Mula-mula gi kuliah..melapor diri di Opthalmology Department, rasa macam xpercaya je sudah sejauh ini saya melangkah.. sekarang sudah separuh langkah di medan pertempuran ilmu perubatan ini (segalanya adalah ketentuan perancangan-Nya), hanya perlukan kesungguhan dan ketekunan serta pertolongan daripada Allah untuk saya lengkapkan langkah perjuangan ini. Matlamatnya satu, nak memberi sumbangan sebanyak yang boleh untuk Islam melalui bidang perubatan. Tak kesah la dalam bentuk macam mana sekalipun sumbangan itu, matlamat plg tinggi semestinya redha Allah yg didambakan~ smg Allah permudahkan segalanya..insyaAllah!

to be continued..saturday, 2:50pm, 31 Oct 2009


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~



Author: caudate nucleus
•9:23 AM
  
   
Bismillahirrahmaanirrahiim..
Firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 183 :juz ke-2::mafhumnya::

“ Wahai orang yang beriman, telah difardhukan kepada kamu puasa sebagaimana yang difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, moga-moga kamu menjadi orang yang bertaqwa”

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
  
Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah. [Hadith riwayat al-Nasaai]

Seperti sebuah mimpi..pantas masa berlalu hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Sedar tak sedar setahun sudah Ramadhan pergi dan kini bulan penuh barakah ini tiba kembali. Seperti saban tahun, tetap ceria dan meriah kedatangannya bersama promosi yang pelbagai, tak lekang dengan ganjaran-ganjaran hebat berlipat kali ganda.

Ramadhan al-Mubarak gelaran diberi, namanya begitu gah dan mempersonakan sehingga dapat membuatkan hati-hati yg mendengarnya tersentuh, sebak menanggung rindu, bahkan menangis pun ada. Betapa Ramadhan itu Allah muliakan, dengan pelbagai ganjaran yang hanya dapat diperolehi sekali dalam setahun. Cuma insan sedar atau tidak, insan peka atau lalai dengan kehadirannya.

Hadirnya Ramadhan saban tahun membawa bersamanya Puasa sbg isteri, dan tiga anaknya iaitu Maghfirah, Taubah, dan Rahmah juga tidak ketinggalan sahabat baiknya - al-Quranul Karim. Layanilah tetamu-tetamu ini sebaiknya kerana mereka tidak lama bersama kita, hanya utk tempoh 30hari dpd 365 hari yang ada. Daripada 30hari mereka akan bertamu, kita pula belum tentu dan belum pasti akan dapat bersama mereka untuk tempoh 30hari tersebut. Jadi, untuk setiap saat kita bersama mereka hargai dan gunakanlah sebaiknya peluang yg ada utk "beramah mesra" dgn tetamu-tetamu ini. Semoga Allah rahmati kita.

Dan nantikan kemunculan tetamu kehormat pada 10malam terakhir, ketibaannya hanya pada satu malam namun tidak dapat dikenal pasti pada malam yg mana satukah ia akan tiba bersama hadiah-hadiah dan ganjaran yang menarik yg dibawa bersama. Kita hanya perlu menanti dan "bersedia" dengan penuh tekun untuk menyambut ketibaannya. Kemuculan tetamu ini memang sangat dinantikan oleh sekalian penduduk bumi pada saban tahun, akan datang bersamanya adalah ribuan para malaikat yang akan bertebaran di setiap ceruk muka bumi Allah utk mengaminkan doa penduduk bumi yg bermunajat pd ketika itu dan bersama-sama mereka juga adalah rahmat Allah yang sangat tidak terkira banyknya. Subhanallah, istimewa sungguh tetamu ini. Besar sungguh kasih sayang dan rahmat Allah yg mengurniakan tetamu ini kpd kita semua penduduk bumi.

Di akhir penghujung saat kita bersama tetamu-tetamu ini moga Taqwa akan kita beroleh sebagai buah tangan dan bekalan menempuh hari2 seterusnya. Dengan Taqwalah kita dapat menjadi Hamba Allah yg paling mulia di muka bumi ini.Semoga kita tergolong dalam golongan-golongan Muttaqien dan bukan hanya sekadar Mukminin. Ameen ya Rabbal ‘Alamien..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini 

Sungguh Ramadhan 1430H ini begitu istimewa buat saya. Kali ke2 saya menyambut Ramadhan di bumi anbiya'. Ramadhan kali ini memberi kesan mendalam di hati ini. Semoga Ramadhan ini adalah yg terbaik dpd sebelumnya. Mungkinkah ini adalah Ramadhan terakhir buat hamba yg hina ini? Hanya Allah yg mengetahuinya. Ya Allah, kurniakan hambaMu ini keberkatan dan pengampunan kpd dosa-dosa yang lalu. Semoga hamba dapat menjadi graduan universiti Ramadhan yg cemerlang..Ameen.

salam Ramadhan al-mubarak buat sahabat2 yang mengenali insan yg dhoif ini. Mohon diampunkan segala salah, silap dan dosa yang telah saya lakukan sepanjang 19 tahun lebih bergelar hamba Tuhan. Salam rindu buat ahli keluarga di Malaysia, sungguh hati ini sangat merindui saat kita berkumpul bersama menyambut hari-hari yang mendatang pada Ramadhan-Ramadhan yg lepas. Semoga dapat berkumpul bersama lagi pada satu hari nanti. Ameen Ya Rabb.

p/s: mohon jasa baik semua mendoakan saya najah dalam exam dur thani yang lepas..jzkk
~11.oo pg, 2 Ramadhan 1430H

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•9:48 AM
bismillahirrahmaanirrahiim..dengan nama Allah saya memulakan bicara~semoga beroleh keberkatan. Hurm, terbaca artikel ni di dalam laman web iluvislam...sgt mengejutkan!! siapa sangka ye, H1Ni itu angkara yahudi..sungguh yahudi tidak pernah berhenti berusaha menghancurkan Islam..umat Islam pula? apa agaknya yg telah kita sumbangkan untuk agama Allah yg satu ini..wahai pemuda dn pemudi, wahai syabab-syabab Islam, bangkitlah kalian daripada tidur yang membahayakan..bukalah mata, bukalah minda..lakukan sesuatu untuk Islam!!!..sekadar berkongsi, silakan membaca..~



Adakah H1N1 Merupakan Propaganda Yahudi Untuk
Alihkan Perhatian Masyarakat Dunia?
www.iLuvislam.com

Nur Syamimi Mohamad Napis
Editor : Im Koyube


Sehingga hari ini, dilaporkan 429 kematian diseluruh dunia disebabkan oleh virus H1N1. Laporan ini dikeluarkan berdasarkan statistik yang dibuat merangkumi 135 buah negara. Jumlah kematian tersebut jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah jangkitan yang dilaporkan iaitu 94,450 kes. Berdasarkan perkiraan, kadar kematian ini hanyalah 0.45%, iaitu kurang daripada 1%[1]. Adakah ia bermakna bahawa penyebaran virus ini bukanlah suatu yang membimbangkan?

Pelbagai langkah keselamatan yang telah dilakukan oleh negara-negara seantero dunia bagi memastikan virus tersebut tidak menular masuk ke dalam negara mereka. Jakarta sebagai contoh telah mengambil langkah dengan memberi 73,000 vaksin kepada pusat kesihatan awam dan hospital di seluruh bandar tersebut[2]. Burma dan Singapura pula tidak ketinggalan dengan perancangan mengawal pergerakan masuk dan keluar penumpang di lapangan terbang masing-masing, dengan mengambil suhu badan para penumpang dan menggunakan pengimbas suhu badan (thermal scanner)[3].

Kata-kata ‘mencegah lebih baik daripda merawat' (prevention is better than cure) adalah apa yang diamalkan, untuk mengelak daripada perkara-perkara yang tidak diingini daripada terjadi di dalam sesebuah negara. Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari iaitu, "Allah SWT tidak akan menurunkan sesuatu penyakit tanpa turut memberi penawarnya." Melalui hadis ini, kita dapati bahawa setiap penyakit pasti ada penawar ataupun ubatnya yang disediakan oleh Allah SWT. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa sehingga hari ini, masih ada penyakit yang tidak ditemui penawarnya.Tetapi, hadis tersebut juga membawa makna bahawa mencegah adalah salah satu cara untuk merawat bagi penyakit-penyakit yang masih tidak ditemui ubatnya ini. Malah tidak dapat dinafikan bahawa mencegah adalah salah satu bentuk antidote yang berkesan!

Dalam usaha semua negara di atas muka bumi ini bersiap sedia menghadapi sebarang serangan yang bakal dibuat oleh virus ini, timbul beberapa persoalan yang mungkin tidak pernah terfikir oleh kita.


Senjata Biologi


Pernahkah anda dengar tentang ‘senjata biologi' (biological weapon)? Mungkin ada antara kita yang pernah dengar tentangnya, tetapi tidak begitu mengetahui mengenainya. Mungkin kerana sikap diri yang merasakan tidak perlu untuk mengetahui tentang sesuatu yang tidak berkaitan dengan diri sendiri. Sedangkan perlu untuk diketahui bahawa seseorang yang cetek ilmunya akan mudah ditindas dan dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu. Maka, sewajarnya sebagai seorang individu muslim,untuk sentiasa bersiap sedia dan berwaspada dengan keadaan sekeliling. Musuh; sama ada yang mampu dikesan oleh pancindera ataupun tidak, sentiasa berlegar-legar untuk menjatuhkan kita. Musuh ini terkadang bukan sahaja berniat tidak baik terhadap umat Islam, malah kepada sesiapa sahaja yang pada pandangan mereka yang tidak memberi manfaat kepada mereka.

http://syntheticbiology.site.googlepages.com/bacteriahydrocarbons-jj-001.jpg/bacteriahydrocarbons-jj-001-full.jpg
Gambar Hiasan

Senjata biologi ini boleh ditakrifkan sebagai ‘senjata' yang diperbuat menggunakan agen seperti mikrob (bakteria, virus dan lain-lain) untuk melumpuhkan musuh. Agen ini akan merosakkan proses biologi (biological process) sel-sel badan manusia atau pun haiwan serta tumbuhan, yang dianggap sebagai ‘musuh' tadi. Ciri-ciri yang membolehkan pemilihan kepada sesuatu agen ini ialah ianya murah serta mudah didapati, senang untuk dipindahkan daripada satu individu ke satu individu yang lain, dan bertoksik tinggi[4].

Virus influenza H1N1 berasal daripada virus influenza type A. Virus dikategorikan sebagai benda bukan hidup (non living thing), tetapi, berbeza dengan benda bukan hidup yang lain, virus mampu membiak dengan bantuan sel rumah (host cell)[5]. Kebiasaannya, sel rumah yang digunakan untuk tujuan pembiakan virus ini ialah sel-sel badan manusia, haiwan mahupun tumbuhan-tumbuhan. Hal ini adalah kerana, sel-sel ini mempunyai keupayaan untuk memberi nutrient kepada virus tersebut untuk membiak.

Bagi mereka yang mempunyai ilmu tentang ini, sudah tentu mereka akan mempunyai pandangan yang lebih jauh ke hadapan. Maka, bukanlah suatu yang mustahil jika ada pihak yang mendakwa bahawa virus influenza H1N1 ini, adalah salah satu bentuk penyerangan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tertentu.

Trudeau Institute


Dakwaan-dakwaan yang dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa bukti dan perkaitan yang mungkin mempunyai hubung kaitnya. Antaranya ialah apabila Pengarah Makmal Universiti of Rockefeller diberi anugerah perubatan beberapa hari sebelum berita tentang influenza ini terjadi. Pengarah tersebut juga merupakan Ketua Pengarah di sebuah institut penyelidikan vaksin yang dilantik oleh kerajaan Amerika, Trudeau Institute . Institut ini juga bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan Amerika. Individu yang dimaksudkan ialah Dr. Ralph Steinman[6]. Kepakaran yang dimiliki oleh beliau dalam bidang "dendritic cells" dan pemvaksinan memungkinkan beliau dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu. "Dendritic cells" berperanan dalam menghasilkan tindak balas terhadap immune badan. "Dendritic cells" ini juga memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan badan kerana ia termasuk di dalam sistem pertahanan pertama (primary immune response),[7]. Apabila suatu mikroorganisma berbahaya bertindak untuk menyerang badan manusia, sistem pertahanan pertama memainkan peranan yang penting dalam mengawal kemasukan mikroorganisma tersebut. Jadi, peranan yang dimainkan oleh sel tersebut adalahyang terpenting. Seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang nya mampu memanipulasi, mahupun mengawal fungsinya. Jadi, apabila apabila ada pihak yang mahu menggunakan senjata biologi sebagai alat untuk menyerang, adalah suatu yang penting untuk mereka ketahui proses perjalanan sistem pertahanan badan manusia.

http://esciencenews.com/files/images/200902121124581.jpg
Trudeau Institute

Dakwaan yang kedua pula ialah berdasarkan ucapan yang telah dibuat oleh Dr. David L. Woodland, iaitu Presiden dan Direktor Trudeau Institute[8]. Ucapan tersebut dibuat oleh beliau pada bulan Oktober tahun 2008, iaitu lebih kurang 5 bulan sebelum virus influenza H1N1 menghantui penduduk dunia. Institut tersebut turut diberi bantuan sebanyak $1.6 million atas tujuan pembiayaan untuk pembangunan vaksin bagi sesuatu pandemic influenza[9]. Apabila diteliti ucapan yang dibuat oleh beliau, beliau seperti dapat menjangka bahawa satu pandemic akan muncul di atas muka bumi ini. Jadi, timbul suatu keraguan diatas ucapan tersebut. Apakah beliau, mahupun pihak-pihak yang bersekutu mempunyai suatu kuasa yang membolehkan mereka menjangkakan dan meramal sesuatu yang terkehadapan? Ataupun adakah mereka yang mendalangi pandemic tersebut? Hanya Allah yang lebih Mengetahui.

Peristiwa runtuhan World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001, juga di dakwa sebagai salah satu muslihat yang dibuat oleh pihak tertentu untuk memburukkan nama Islam. Bermula daripada tarikh tersebut perkataan "terrorism" semakin mendapat tempat di bibir penduduk dunia. Penggunaan istilah tersebut di dakwa digunakan oleh pihak tersebut dalam usaha mereka mendesak U.S Senate untuk membuka semula Biological Weapon Programme yang pernah ditutup dibawah Protokol Geneva[10]. Secara generalnya, protokol ini telah menghentikan sebarang penggunan senjata biologi, dimana boleh dikatakan seluruh negara telah menandatangai protokol ini sebagai persetujuan. Namun, ada pihak yang menjadikan peristiwa 11 September sebagai alasan untuk menggunakan kembali senjata biologi ini dengan alasan bahawa ada kemungkinan "terrorist" menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila[11].

Bukanlah suatu yang mudah untuk menentukan sama ada sesuatu pandemic yang terjadi itu adalah hasil daripada serangan secara biologi oleh pihak yang tertentu, ataupun tidak. Jika benar ia adalah suatu penyakit yang telah dirancang dengan hebatnya, sudah tentu si perancang akan berusaha untuk menafikan segala perbuatannya. Penafian demi penafian akan dibuat, dalam masa yang sama segala bukti akan cuba ditutup dan dikaburkan agar agenda mereka yang sebenar tidak kelihatan. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ke tanah juga.

Waspada dan Beringatlah


Bagi pihak yang yakin dengan usaha penyerangan menggunakan senjata biologi ini, sudah pasti penyiasatan demi penyiasatan akan dilakukan sehingga mereka dapat membongkar satu demi satu kebenaran. Seharusnya, sebagai salah seorang penduduk di muka bumi ini, kita perlu untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Apabila sekali kita telah dicerahkan dengan satu pembongkaran dan diberi maklumat tentang sesuatu, tentang kepincangan sesuatu, usah lagi berdiam diri, sebaliknya bertindaklah. Jikalau pun kita tidak mampu untuk menyiasat hingga ke akar umbi, paling tidak, beringatlah! Apabila muncul satu demi satu musibah dan masalah, ligatkan akal untuk berfikir mengenainya. Bukan bersangka buruk terhadap sesetengah pihak semata, tetapi berfikir juga untuk menyelamatkan ummah. Jika benar ianya adalah perancangan daripada pihak musuh, kita berikhtiar untuk ‘menyelamatkan' diri dan masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, dengan berfikir untuk ‘menyelamatkan' diri dan masyarakat daripada dijangkiti oleh virus influenza H1N1, ia sedikit sebanyak dapat membantu umat Islam ini sendiri. Istilah ‘menyelamatkan' ini merangkumi melindungi mereka (umat Islam) yang membantu membawa agama Allah ini, agar tiada yang menjadi ‘mangsa korban' bagi influenza ini.

Bukan itu sahaja, malah umat Islam juga diberi kelebihan dan kekuatan dengan berdoa. Maka, manfaatkanlah segala kelebihan dan kekuatan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita, sebagai umat Islam, disamping bersyukur kepada-Nya, kerana diberi nikmat Islam ini. Disebut oleh Allah SWT di dalam Surah Ghafir, ayat 60,

Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina."

Mensyukuri nikmat keberadaan di dalam Islam perlu difikir secara dalam-dalam, terutama apabila kini, dunia dilanda dengan masalah pelbagai penyakit. Islam banyak mengajar umatnya nilai-nilai yang sebenarnya mampu menyelamatkan umatnya, jika kita berusaha mengikutinya sebaik mungkin. Melihat kepada hadis ke-23 daripada himpunan 40 hadis Imam Nawawi, ada dinyatakan bahawa "Kebersihan adalah sebahagian daripada iman....".

Kebersihan yang dititikberatkan oleh Islam bukan sahaja kebersihan jasmani, tetapi juga rohani. Apabila dilihat kepada langkah berjaga-jaga yang diambil oleh masyarakat sekarang, semuanya akan menitikberatkan tentang kebersihan. Antaranya ialah membasuh tangan selepas dan sebelum menyentuh sesuatu untuk mengelakkan daripada penyebaran virus dan penggunaan sanitizer. Dalam sedar atau tidak sebenarnya setiap masa pun kita (umat Islam) akan berada dalam keadaan yang bersih, kerana sebelum solat, kita dituntut untuk bersuci, iaitu berwuduk. Dalam masa kita berwuduk itu juga, bukankah kita dituntut untuk membasuh tangan hingga ke siku? Jadi, tanpa perlu untuk menunggu pandemic pun sebenarnya umat Islam sentiasa membersihkan diri mereka. Paling kurang pun, 5 kali sehari.

Kita juga perlu ingat bahawa kesibukan kita menjaga keselamatan diri dan masyarakat sekeliling, bukanlah bermakna kita perlu melepaskan tanggungjawab kita terhadap masyarakat Islam yang berada di negara yang tertindas seperti Palestine, masyarakat Islam Uighur dan lain-lain. Sedangkan terdapat juga hadis Rasulullah SAW yang menyebut tentang persaudaraan sesama Islam.

.... Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya...[12]

Jadi, tiada alasan untuk sekali pun untuk kita melupakan saudara seagama kita yang lain. Luangkan masa kita, walau sekejap cuma, selepas menunaikan solat, untuk mendoakan kesejahteraan mereka. Bersiap sedialah kita dalam menjalankan hak-hak syahadah dalam hidup sehari-hari ini!


Disediakan oleh,
Nur Syamimi Mohamad Napis
Setiausaha Media I iLuvislam.com

[1] http://h1n1.flu-virus.org/H1N1.php/

[2] http://www.thejakartapost.com/news/2009/05/16/paramedics-told-take-precautions-against-h1n1.html

[3] http://www.osac.gov/Reports/report.cfm?contentID=101329

[4] http://biology.about.com/library/weekly/aa032703a.htm

[5] BIOLOGY Seventh Edition (Campbell, Reece); Chapter 18: The Genetics of Viruses and Bacteria; page 336.

[6] http://www.rockefeller.edu/research/abstract.php?id=150

[7] BIOLOGY Seventh Edition (Campbell, Reece); Glossary

[8] http://trudeauinstitute.org/dynamicPages/template.cfm?ID=136&navTable=tier2nav

[9]http://trudeauinstitute.org/dynamicPages/pressReleases.cfm?action=view&listingID=118&ID=100&navTable=tier2nav

[10] http://www.fas.org/nuke/control/geneva/text/geneva1.htm

[11] http://ibnuyaacob.com/?p=883

[12] Hadis 35- Himpunan 40 Hadis Imam Nawawi.


Author: caudate nucleus
•6:39 AM
9 Julai 2009

hari ini adalah kedua selepas pulang dari Jaulah Tarbawi ke Matroh dan Siwa, alhamdulillah best sangat2. Jaulah ini adalah bertemakan "KEMBARA SUFI UKWAH DIRAI", anjuran HEWI PMRAM  dan saya rasakan inilah jaulah paling best yang pernah saya sertai sepanjang berada di Bumi Firaun ni.



Bertolak pada pukul 2 pagi, 5 Julai 2009, dari Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabiek..perjalanan untuk tiba ke Matruh mengambil masa selama 7 jam lamanya.. Sebaik sahaja masuk waktu solat Subuh, kami singgah ke sebuah R&R setelah melepasi kota al-Alamein. 30 minit kemudian perjalanan kami diteruskan lagi. Yang menariknya selepas je bas bertolak semula, diadakan perasmian untuk Jaulah Matroh dn Siwa ini di dalam bas. Pertama kali saya rasa perasmian mcm ni. Lain dpd yg lain. Tapi sebelum perasmian bermula diadakan tazkira@kuliah subuh, dan disampaikan oleh Ust mushrif pengiring. Tazkirah itu makanan jiwa,sangat menyentuh hati saat itu. Semasa perasmian itu, ada peserta yg sedar..ada juga yang syahid, hehe..saya antaranya. Saya mula syahid semasa ucapan perasmian oleh BP pengiring~ Ust. Azlan..best je dgr ust tu cakap, macam Dj plak gayanya..tp xsedar bila entah mata ni terlelap..:)

Kami selamat sampai di tempat penginapan di Matruh pd pukul 9pg. Sama seperti yg dinyatakan di dalam tentatif. Alhmdulillah perjalanan semuanya lancar. Dapat duduk satu rumah penginapan dengan sek-sek Tanta juga, Alhmdulillah xdipisahkan..walaupun ada anasir2 yg cuba membahagi2kan kami. Bukan assobiyah, tapi lebih selesa begitu. :) cukup la dipisahkan oleh dua bas yg berlainan. Di situ km Rehat, solat dn makan tengah hari~

 baru je sampai ke tempat penginapan~


kemudian pada jam 2ptg, Rehlah dimulakan dengan menuju Pantai Cleopa
tra dan Pantai Ajibah. Pantai Cleopatra yang terletak 7 KM dari bandar Matruh adalah antara destinasi pilihan kami. Terdapat peninggalan sejarah di situ iaitu "Hamam Cleopatra" atau dikenali sebagai tempat bersiram ratu Cleopatra.. Tak tergambar betapa seronoknya dapat melihat kecanggihan teknologi zaman dulu2 di dalam Hamam Cleopatra, tapi sebelum nk masuk ke dalam Hamam tu tu kena redah badai ombak laut la sket-habis basah baju..huhu

~hamam cleopatra dari jauh~

kemudian ke Pantai Ajibah pula. Pantai Ajibah pula diberi nama bersempena keunikan ukiran pada dinding batu dan pantainya berwarna warni dihiasi pula dengan batu karang. Banjaran gunung yang bermula dari pantai tersebut merupakan garis pemisah antara Mesir dan Libya. Kami tidak melepaskan peluang untuk merakam potret buat kenangan bersama sahabat di sana. Keindahan pantai yang begitu menakjubkan membuat sesiapa yang hadir kali pertama berasa begitu takjub dengan kehebatan ciptaan Allah SWT.. Dapat sampai ke Pantai Agibah memang satu pengalaman yg xmungkin sy lupakan.

 kita nak pegi ke sebelah sana juga ke?-xyah la masa xbanyak..jauh sangat tuh-

 lereng bukit yang dah disediakan tangga-turun-tengok laut dari dekat

najwa "jom kita perasan macam artis sekejap..hehe" -sila tukar ke dlm loghat kedah-

bertafakur melihat kebesaran Illahi..-baca Mathurat ramai-ramai-




Subhanallah, Ya Rabb! takjubnya melihat keindahan bumi ciptaan Tuhan. Pantai ini sepatutnya mempamerkan 7 warna seperti warna pelangi ketika matahari hampir terbenam..tapi ust mushrif cakap- bergantung kpd keimanan dn ketakwaan juga, baru boleh nampak- huhu, terasa plak..nmpk gurau, tp mgkin ada betolnya :). sejam lebih kami di sana cukup mendamaikan hati2 yg sebelum ni kerunsigan dn tertekan dek kerana berhempas pulas untuk imtihan yg telah berlalu dn keputusannya juga telah diketahui seperti kami dak2 tahun tiga. Tahun 3= tahun keperitan, bagi saya la. (T_T)


mushrif bas 2~banyak celoteh la jg ust ni

"klu org Arab tengok pantai ni dia sebut Ya Rabb!!..menunjukkan betapa takjubnya keindahan pantai ini"..mushrif berkata2 sblm km turun bas

melihat pantai dari dekat

em, Satu pengajaran yg sy dapat ambik ketika nak bertolak pulang dr pantai Agibah yg sgt cantik itu, "nikmat yg berada di depan mata memang kita xnampak dan kita tak sedar, bila nikmat tu dah jauh dan menghilangkan diri barulah kita terasa akan ketiadaannya juga bru tersedar betapa kita tidak bersyukur ketika nikmat itu di dalam genggaman" pengajaran ni Syazana yg bagi masa kitorg on da way nak naik tangga menuju ke tebing atas. dari tebing atas tu boleh nampak the whole view of Pantai Agibah. Memang cantik klu tengok dari atas dn dr tempat jauh. klu menuruni anak tangga tu plak kita akan dapat lihat laut dari dekat. Lihat dari dekat tak terasa sangat bhw laut yg berada di depan mata itu adalah laut ajaib yg sgt cantik! beberapa detik selepas Syazana sebut pegajaran ni, kami berceloteh riang-ria tiba-tiba ada satu suara "eheeemmmm2...orang arab nk lalu ni" huhu.malu sih. hanya sy dan Syazana shj yg tahu apa yg telah berlaku.

firman Allah..

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras
~surah Ibrahim, ayat 7

jangalah kita kufur nikmat Allah~

*****************************

dari atas kota Siwa lama yang telah runtuh


bumi siwa kehijauan

Hari kedua- menuju kota siwa..perjalanan ke Oasis Siwa yang memakan masa beberapa jam mengharung kawasan padang pasir untuk sampai ke sana. Peserta dibawa berkunjung ke beberapa tempat kesan sejarah peninggalan Firaun. Antara tempat yang dikunjungi ialah Jabal Mauta iaitu satu kawasan yang berfungsi sebagai tempat menyimpan mayat-mayat penduduk zaman dahulu. Bukit tersebut juga pernah menjadi kubu dan tempat persembunyian penduduk Siwa ketika peperangan.




Bertolak ke Siwa pd hr ke2 sangat mendebarkan pada mulanya. Terletak jauh di penghujung padang pasir sahara, tetapi kota ini diandaikan seperti berada di atas air..kerana air yang mudah memancut keluar dari perut buminya. "korek je kat mana2..air akan memancut keluar dengan banyaknya dan tak akan kering" mushrif dalam bas kami-bas ke2-bercerita. Subhanallah...suburnya bumi ini, biarpun suhunya sekitar 40 d.celcius dn ke atas. Sebahagian pemandangan kota Siwa ini mengingatkan sy kepada bumi Malaysia dek kerana kehijauan tanaman yg hidup di serata pelusuk tanah Siwa ini. Pohon2 tamar dan zaitun berada di kiri dan kanan bas kami ketika dalam perjalanan menuju ke Kubu Iskandar al-Maqduni, Kuil Ammoun dan Kolam Cleopatra.

renung2kan firman Allah yang berbunyi

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَّكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
~al-Baqarah,ayat 22


Jabal Mauta...sekadar mendengar kisah,xtengok dari jarak dekat pon~

Sebelum tu, mula2 masuk kota Siwa kami melewati di sekitar Jabal Mauta. Tak dapat panjat untuk lihat lebih dekat apa yg ada di atas Jabal ini, disebabkan masalah2 yg xdpt dielakkan. maybe ada hikmahnya. teringat plak, ada sahabat penah ckp " kat atas Jabal Mauta tu ada je makhluk halus yg berusia 300 tahun" hoho..mak aaaiiiii. kecut perut dgr...yela. nama pun bukit mayat- dulunya di situ mayat2 Firaun dahulu kala disimpan. Tapi skrg dh dipindakan ke muzium di Tahrir.


dari dalam bas-kelabu sket-

kemudian kami bertolak ke Kota Lama Siwa - satu kota tinggalan yg dahlunya di situ adalah pusat pemerintahan, pendidikan dan segala aktiviti kemasyarakatan yg lain. Menarik. Kota ini sepertinya berada di atas bukit. Bahang terik matahari memang terasa. Dari puncak kota ini dapat dilihat panorama kota Siwa keseluruhannya. Di sini juga, ust mushrif berkata-kata "sesunnguhnya sejuk itu adalah satu nikmat" -memandang ke arah km yg berteduh di bawah susunan batu- kemudian menyambung "dan panas itu juga adalah satu nikmat juga..betol x? jadi hargailah nikmat panas itu sebaiknya" hukhuk,,,kena sebijik. Satu pengajaran yg xdpt sy lupakan.


tinggalan rumah

pemandangan dari puncak





Kemudian smp di Kolam Cleopatra kami makan tg hr lepas solat di Masjid Siwa. Baru sy tahu rupanya di kolam tempat di mana puteri Cleopatra pernah mandi-manda ini ada satu tragedi yg menimpa sorg pelajar Malaysia yg telah pun berkahwin, kuliah Quran, Tanta. Berlaku pada musim soifi tahun 2006. leih kurang 4-5 bulan sebelum sy sampai di Bumi Badawi. Pelajar itu mati lemas di dalam kolam tersebut selepas mengalami kekejangan otot dan tak dapat berenang di dalam kolam yg sgt dalam itu. Bagaimanapun arwah dapat diselamatkan oleh sorg mat saleh..namun kemudian terpaksa dimasukkan ke Hospital Siwa dan menghembuskan nafas terakhir di hospital tersebut. Dan jenazahnya dikebumikan di Bumi Siwa, solat jenazahnya juga dihadiri hampir >1000 orang penduduk Siwa. Subhanallah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Terkesima sy mendengar cerita ini. Mati itu di mana sahaja. Tak kira tempat dn masa. Terdetik di hati "aku nnt mcm mana agaknya..smg husnul khatimah milikku dn umat islam yg lain"

firman Allah....

اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
maksudnya: Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat), kemudian kepadaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan).
~ar-Ruum,ayat 11~



di abadikan nama tempat ini mungkin krn peristiwa tersebut~firasat sy



-kolam Cleopatra-lihat tempat kejadian dr dekat..takut semacam je

********************

kawasan jazirah fatmas



6,00 petang- 6hb Julai-, bertolak pulang ke tempat penginapan di Matruh tanpa melawati Jazirah Malah @ Bahr Malah seperti yang dijanjikan membuatkan kami terkilan. Pak Cik Driver bas la ni tak nak dengar arahan mushrif, membuatkan kedua-dua bas tersilap jalan. Masa pun makin suntuk dan kami terpaksa bertolak ke Matruh semula secepat mungkin agar tidak sampai pada lewat malam. Terkilan sebenarnya sbb xboleh bawa balik longgokan garam dari bumi Siwa. Tapi Allah itu sebaik2 perancang. Sebagai gantinya kami diberi peluang untuk ke Pasar Libya di Matruh buat kali ke2. sy di "stimulate" utk pegi semula. Boleh juga beli cenderahati sket utk shbt2, buat kenang-kenangan. sampai di Suq Libya, berSusah-payah juga la sy, Fashihah dan NAju nk jumpa kedai yg ingin diterjah. Alhmdulillah akhirnya dapat barang yg dicari. Hampir 45min juga kami melilau utk temui kedai tersebut. Pegajarannya- jgn putus asa! tapi lepas tu kaki memang rasa mcm nak tercabut la jugak. kena plak time nak balik ke tempat penginapan adalah dgn berjalan kaki. Rupanya boleh je nak naik tremco. tp sy xdgr ttg perkara tu dan xfaham arahan dari musyrif..huhu. Bas pulak dah lama balik ke tempat penginapan membawa sahabat2 yg dah xnak pegi suq Libya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

pagi hari ke3-nak pegi maen pantai-(^_~)


sebelum maen pantai-ketua mushrif~menyampaikan diskusi kutaib-



khusyuk mendengar dan ambil pengajaran..

hari last di Matruh. Hari utk Aktiviti di pantai. Sebelum main2 kat pantai tu, ada diskusi kutaib bertajuk "Risalah ila al-Muallimah a-Muslimah" oleh ketua mushrif merangkap mushrif bas 1-Ust. Rahim-. Diskusi yg ringkas tp padat dn berbekas di hati2 yang hadir. Memang best pengisian yang ustaz berikan. Lepas diskusi kutaib tu ada sukaneka ukhwah pulak, kemudian baru boleh mandi-manda kat laut...hehe~ best sangat!


sebelum bertolak ke kaherah~bersama hewi angkat Tanta (^_^)

banyak lagi gambar2 menarik....nantilah sy masukkan. Sekian, smp sini dulu..ada masa joinlah jaulah ke Matroh dn Siwa. insyaAllah xrugi..lagi2 klu gi under kak HEWI, BEST SANGAT100x..ilmu pun dapat, seronok apatah lagi, ukhwah dengan pelajar dirasat pun makin mantap- :)
Author: caudate nucleus
•2:31 PM
26 jun 2009~

bismillahirrahmaanirrahiim..dgn Nama Allah saya menulis, harapnya usaha ini diberkati dan di redhai olehNya~ameen ya Rabb

Alhamdulillah syukur, dengan rahmat dn kasih sayang Allah saya masih di sini, di dunia fana..jantung masih berdenyut dan akal masih boleh berfungsi mengikut rentak yang telah diaturkan oleh Penciptanya..semoga Allah tak uji saya dengan kenikmatan ini agar lebih jauh daripadaNya.

hari ni hari jumaat..sayyidul ayyam yg penuh barakah padanya~namun saya yang lalai dn tidak memanfaatkan kehadirannya dengan sebaik mungkin..astaghfirullah,lagha sekejap hari ni..alhmdulillah diberikan kesedaran, sungguh rahmat Allah itu luas, kadang-kadang Hidayah Allah itu datang bertandang cuma jiwa kita yang sedar atau tidak, nak atau tak nak!

Hari ni juga adalah hari kepulangan seorang madame dn kakak kesayangan kami akhwat2 Tanta merangkap isteri kepada Ust. Abdullah ahmad dn ibu kepada kanak-kanak umair dn unais...huhu~hati ini menangis mengenang pemergiaan mereka meninggalkan bumi badawi menuju kampung halaman di Sik, Kedah..harapannya moga dipertemukan lagi di Tanah air nanti..insyaAllah


sebelum berpisah; kak Na ada pesan-minta kami senior2 jagalah adik-adik junior, "bantu mereka andai diperlukan, Kak Na dah xda kat sini untuk nak tolong tengokkan dorg". Sedih sangat dengar Kak Na pesan macam tu, beratnya harapan yang ditinggallkan kepada kami. Semoga Allah bantu kami dn sama2 diberikan kekuatan. Terkilan juga sebenarnya tak sempat nak bergambar dengan kak Na, umair dn unais yang sangat hensem dengan kemeja putihnya. Haish, nanti umair makin besar-harap2 dia masih mengenali acik-acik dia kat Tanta..Unais takda harapan dah kot.huhu



25hb jun

Khamis yang penuh barakah..khamis yang pertama di dalam bulan Rejab tahun 1430 selepas hijrah. Hari ni juga pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta (DPMT) mengadakan program yang sangat terkesan di hati. "KE PANGKUAN UMMAH" memang best, menarik, tertarik, mengisafkan dan ada juga yg menghiburkan. 4 dalam 1- kami diajarkan cara pengurusan 4 jenis event yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia bersama teori dan praktikalnya sekali (tu yng best tu).



Bermula dengan kursus penyampaian khutbah oleh Ust Zuhdi di sebelah pagi - xsempat pergi, kemudian kursus pengurusan jenazah pada tengah harinya oleh Ust Nazri Meli sangat la menginsafkan. Biarpun ramai yang gelak terbahak2 masa praktikal ditunjukkan hakikatnya ada kesedaran di setiap jiwa2 yang melihat bagaimana model jenazah di kafankan biarpun dengan selimut berwarna-warni bukan dengan selimut putih. Banyak benda yang saya dapat xkurg juga baru tahu rupanya kena buat macam tu dan macam ni. Pengajaran pertama yang saya dapat- semua orang kena tahu asas pengurusan jenazah sebabnya mana tau sampai masanya nanti jatuh hukum kita wajib menguruskan jenazah yang pada ketika itu hanya ada kita dan jenazah shj, juga rugi la kalau tak tahu bagaimana nk uruskan jenazah sebabnya afdhal bg sekujur jenazah diuruskan oleh kaum kerabat terdekatnya. Hikmahnya agar dapat memelihara daripada berlakunya hal2 yang tak diingini seperti tersebarnya aib2 jenazah dn byk lagi.


seterusnya selepas asar sambung pula dengan kursus penyembelihan. Masa saya sampai di markaz, terdapat berbelas ekor ayam sedang menanti saat mereka disembelihkan oleh peserta-peserta kursus ini. ayam tersebut diikat kakinya dengan 2orng ustaz sebagai penjaga mereka. bukan takut ayam-ayam tu lari rasanya, tapi nanti kena curik ngn arab. Saya fikir ikut logik sendiri la~ masa nk masuk markaz petang tu cuak la juga sebab ramai sangat kaum adam di bawah dewan. "Tula, sapa suruh mai lambat..huhu" bisik sorang2 je. Masa tu Ust Hasbul nampak begitu bersemangat menyampaikan ilmu yg tersimpan di dada-siap dengan video2 lagi bertujuan untuk memberikan kefahaman dengan mudah untuk semua peserta. Sesekali dia kecek kelate dengar supo sie jugo la, but not too bad..menjadi la kalau nk dibandingkan dengan saya..heh~

malamnya pula, for the last one- sambung dengan kursus tahnik~ saya xgi juga sebabnya bertandang ke rumah Kak Na..gi la ziarah malam2 ni takut esoknya ter"syahid " smp xsempat plak jumpa buat kali terakhir di Tanta. Sahabat2 lain mungkin dapat 4 dalam 1..tapi saya dapat 2 dalam 1..ok gk la dpd xdapat apa2. :)



24hb Jun


2nd year 2008


Final exam dah berakhir, lebih kurg 5 hari yg lalu. Alhamdulillah. Doa dan tawakkal mengiringi. Hari ni, hari rabu bersamaan 1 ReJab 1430H. Hari ni kami budak2 tahun 3 nak round kat wad o&g 3iyadah syamilah. Pengalaman pertama yang sangat bermakna saya kira, dengan pakai kot putihnya kami bersiar-siar lagak seperti seorna doktor. Cuba la juga beramah mesra dengan pesakit, ada yang layan ada yang buat xtahu je...yela orang tengah sakit kan. Yang tak bestnya tu, pesakit dah ramah-macam2 dia cerita tapi sikit je yang kami boleh faham, selebihnya saya angguk jela...huhu~ mula2 sampai xle siar2 lagi kt wad tu..kami menunggu untuk berjumpa dengan ketua department of Obstetric and Gynaecology; Dr. Hisyam..


tunggu punya tunggu kami xdapat jumpa dengan ketua department tu. Last2 ada sorg assistant lecturer tu syorkan kami join satu presentation berkenaan dengan promosi satu produk ubat yang disyorkan untuk departrment ini. Tempatnya adalah di sebuah lecture hall yang saiznya sederhana besar, dan presentation itu dihadiri oleh kebanyakan doktor di department itu. kami budak2 msia dengar jela disamping tambah vocabulary bhs arab 'ammi. Dpd presentation tu, ada beberapa point dn pengajaran yg boleh diamalkan dlm hidup...shbt sy ada menulis point2 tu~ tp al-kisahnya sy telah hilangkan nota itu. Maafkan sy Aisyah!.


'Ala kulli hal, pengalaman hr ni sgt menarik..harap2 boleh buat round lg sepanjang musim soifi tahun ni. Tak sabar rasanya nak masuk tahun 4, tapi apakah ketentuanNya utk diri sy dan shbt2 yg lain...kita tunggu result yg nak kuar lg seminggu lebih. Kami merancang, Allah juga merancang. Saya doakan sy dapat apa yg terbaik bg diri ini di dunia dan akhirat~ wallahu'alam
Author: caudate nucleus
•2:09 PM


Bismillahirrahmaanirrahiim...dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang saya memulakan bicara bisu ini..moga ada keberkatan dan sentiasa diredhai olehNya..

ini adalah 1st entry sy utk blog ini, biarpun dh genap setahun beberapa bulanblog ini diwujudkan. Hurm, sy baru nk belajar menulis di alam maya, sebelum ni hny menulis kat diary je. Smg di masa2 akan datang sy mampu mengubah skill penulisan dan mendapat percambahan thaqafah utk dikongsi bersama

*****************************
ini hanya karutan sy..tp ini benar2 berlaku~baca jela..mna yg baik amik..xbaik tu tinggalkn

hari ini adalah di antara hari-hari yg masih berbaki sebelum imtihan untuk tahun ke3 pengajian ini berakhir..memang tak sabar menantikan imtihan selesai dan segera keluar daripada kandang buku ini, tapi hakikatnya diri ini menuntut masa yang lebih sedikit agar diberikan peluang untuk menghabiskan buku-buku yang belom disentuh..haish,macam2..memang manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang diperoleh..dah tu, nak berminta-minta lagi..astaghfirullahal'azim~
sekarang pun saya sedang membuang masa dengan mencoret di dalam tulisan ini..bukannya tak boleh ditulis pada masa-masa lain tapi jari-jemari ini gedik untuk terus menari menekan papan kekunci..huhu



hari ini juga genap 2minggu *beberapa hari (*rasanya la) saya xdpt menghubungi umi, bukannya umi tak ada kat rumah, tapi alasan2 remeh memang menjadi penghalang...salah satunya internet la..sungguh hati ini rindu!!!! sangat2 merindui suara wanita yg paling saya kasihi itu..mendengar suaranya hati ini melonjak gembira, bersyukur kerana dihadiahkan ibu yg seperti umi~ last time saya call umi, saya mengadu tentang ketidak-tenteraman dn kekacauan jiwa yang tiba-tiba membadai diri ini dan membuatkan hati ini malas untuk mengadap buku, malas untuk menadah ilmu Allah sedangkan masa terus berjalan dan imtihan seterusnya semakin hampir..hasilnya-umi bagi semangat, umi cerita pengalamannya yg dulu juga pernah menjadi mahasiswi di bumi perlembahan nil ini (cuma latar tempat,masa dan jalan cerita kembaranya berbeza)..umi cuba memujuk diri dgn menceritakan apa cara2nya untuk menghadapi simptom-simptom penyakit yg sdg menular dalam diri ini..deras air mata ini bercucuran, tak terucap lidah ini untuk menyambung kalimah seterusnya..hanya Allah yang tahu betapa sayunya jiwa ini ketika itu~ Allah, lemahnya diri ini...


umi pesan suh mujahadah lawan nafsu MALAS!!..mujahadah linnafsi~salah satu sifat daie

hari ini..hurm~ dah azan isya' la..kena berhenti ni..jom solat dulu..nanti saya sambung lagi, biiznillah (9.34malam..9 jun 2009..bumi badawi)