Author: caudate nucleus
•12:55 AM
Bismillahi Walaa Haula Walaa Quwwata illa Billah


 dunia sedang di akhir usianya..

Salam imtihan. Salam mujahadah!. Mei menjelma hampir ke penghujungnya. Selalu hujung-hujun bulan ni la rasa nak update blog. Haih..Penghuni dunia semakin sibuk. Sibuk meguruskan kehidupan masing-masing. Ada yang sibuk dengan buku dan kitab bg menghadapi imtihan, ada yag sibuk melayan movies-sempat lagi, ada yang sibuk dan pening memikirkan percutian di Malaysia-nak beli barang lah, beli tiket lagi..ada sebahagian dpd umat akhir zaman ini sedang sibuk berikhtiar dan berjihad membantu umat Islam di Gaza dan tak lupa, ada juga  yang sibuk merancang plan dan strategi menghadapi perlawanan bola sepak Piala Dunia tak lama lagi- adik saya la tuh. Dan banyak lagi kesibukan manusia ini.huhu. 

 mari sentiasa bertafakur memuji Allah..setiap waktu dan ketika bak burung di awanan

Tak kisah la apa sahaja urusan yang kita sibukkan, tapi jangan lupa untuk mengembalikan fitrahnya kepada Allah. Andai matlamat dan hasil dpd kesibukan kita langsung tidak membawa kita menuju Allah dan RasulNya, sila tinggalkan. Jika pekerjaan yang kita sedang lakukan langsung tak ada faedahnya untuk Islam, sila lenyapkan dan sila hindari.

sunnatullah..makhluk dan semuanya  perlu kembali kepada Allah~

Sedar atau tidak, setiap hari masa bergerak dan berlari meninggalkan kita sedang kita semua lalai dengan kehidupan sendiri ,masing-masing dengan hala tuju sendiri. Suka untuk saya ingatkan kepada diri sendiri bahawa terdapat satu hakikat yang sudah tidak dapat kita mengubahnya lagi--kita semua sedang bernafas di dalam dunia akhir zaman. Dunia yang Nabi Muhammad SAW kisahkan lebih kurang 1400 yang lalu sebagai satu zaman yang sangat hampir dengan hari kebinasaan, jaraknya ibarat perbezaan panjang antara dua jari. Nabi SAW juga menceritakan pada akhir zaman ini,

- Islam akan menjadi asing/gharib..pakai serban dan jilbab dianggap kolot, bahkan lebih teruk-digelar pengganas~tetapilah bahagia dan beruntunglah buat Ghuraba'!
-perempuan lebih ramai daripada lelaki..sehingga dinisbahkan 2/3
-Pemimpin terdiri daripada orang yang jahil dan fasik..sehinggakan tak boleh nak bezakan antara yang haram dan halal. Agama tetapkan judi sebagai haram..tapi dihalalkan pulak
-Banyaknya wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka bertelanjang..baju dan seluar ketat bahkan sendat, pakaian nipis dan jarang menammpkan bentuk anggota badan..
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
-Akan terdapat ramai anak luar nikah..cuba belek newspaper setiap hari, dan cuba kira sehari berapa orang anak luar nikah yang dijumpai di Malaysia sahaja, xpayah kira tempat lain lagi


Dan banyak lagi kisah-kisah petanda yang Nabi SAW ajarkan bahawa itu adalah era kehidupan umat akhir zaman. Umat yang hampir kepada datangnya hari Kiamat. Kalian mesti pernah dengarkan satu kisah yang telah lama disampaikan bahawa pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata Baginda SAW. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah SAW. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar RA, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar as-Siddiq sekali lagi bertanya Rasulullah SAW, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”
.......................................................................

demi matahari dan sinarnya di pagi hari..
Kita hanya mengenali dan mengasihi peribadi serta kisah hidup baginda selepas dilahirkan, namun kekasih Allah ini mengasihi kita malah mengingati dan merindui kita sejak kita belum dilahirkan lagi. Sungguh murni dan tuluskan kasih sayang itu?. Tepuk dada, muhasabahlah iman masing-masing terbalaskah kasih sayang baginda itu? terjawabkah kerinduan baginda selama ini? sejauh manakah ingatan kita kepada Kekasih Allah ini setiap hari?..Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita. Dosa kerana tidak mengikuti jejak langkah baginda, dosa kerana memalingkan hati dpd mengikuti ajaran baginda, dosa kerana sering melakukan perkara yang dibenci baginda..semua itu keseluruhannya menyimpulkan bahawa kita tidak mengingati apatah lagi mencintai baginda.

*tahukah kalian..pada hari perhitungan nanti semua manusia akan tergila-gilakan syafaat dpd baginda SAW kerana tidak dapat menahan lagi seksa azab Allah yg pedih. Namun syafaat itu Allah telah tetapkan hanyalah untuk Ummat Muhammad, untuk Ummat yg hidup di akhir zaman ini..hanya untuk kita wahai sahabat-sahabat..

sama-sama kita teruskan risalah yg satu ini..ayuh bersatu! elakkan perpecahan

Ya Rasulullah, wahai Nabi Khatimul Anbiya' perjuangan dan peribadimu sejak era permulaan dakwah sehingga ke hari ini diejek, dicaci dan dihina. Sedih melihat ummat hari ini menghina dirimu yg mulia itu, salah kami kerana tidak memperkenalkan keagungan peribadimu yg mulia kepada mereka. Salah kami kerana tidak menyampaikan ajaranmu walau dengan satu ayat. Salah kami kerana lalai dengan kenikmatan dunia. Maafkan kami ummatmu yg berdosa ini wahai Kekasih Allah. Maafkan kebejatan ummat akhir zaman ini Ya Rasulullah. Ampunkan kami ya Allah. Kurniakanlah hidayah dan taufiqMu kepada ummat yg berdosa ini wahai Tuhan sekalian alam.

* ayuh, sentiasa panjatkan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
* amalkan sunnah baginda pada setiap masa dan keadaan mengikut kemampuan dan istiqamahlah/berterusanlah
* doakan mereka yang menghina, mempersenda serta memfitnah baginda SAW akan mengenali keangungan peribadi baginda yg mulia satu hari nanti..dan semoga Allah "menguruskan" mereka dengan sebaiknya!
* antara kunci kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi khalifah terbaik di dalam membebaskan Kostantinople adalah beliau sentiasa menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh teladan-akhlak, muamalat, ibadat, membuat keputusan malah strategi peperangan sekalipun..
*sesungguhnya baginda SAW mengetahui apa yang ummat hari ini sedang kerjakan,patutlah 1400 tahun yg lalu baginda menangis mengenang nasib ummatnya..sungguh perit hakikat ini~ 

semoga dapat menziarahi Rasulullah di sini satu hari nanti..sama2 doakan smg Allah beri peluang 

daku rindu padamu ya Rasulullah, terimalah daku sebagai ummatmu,amien! doa,doa,doa dan teruskan berdoa..doa itu senjata orang Mukmin! 
selamat beramal..selamat belajar dengan bersungguh2!~
generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~