Author: caudate nucleus
•2:57 AM
 Bismillahi walhamdulillah wAllahu akhbar! 


beberapa hari sebelum ni saya agak tertekan untuk berhadapan dengan subjek Public Health and Community Medicine, biarpun itu adalah subjek yang "paling relax" pd pandangan sesetengah individu tapi sebenarnya agak menggerunkan buat saya-sebab total marks subjek ini = 300m!! paling tinggi la setakat ni kalau nak dibandingkan dengan 3 subjek yg lain. Dan untuk exam3 kecik sebelum ini saya tak dapat buat dengan baik sebab terlalu amik mudah dengan subjek ni~haish

tengah tension-tension tuh tetiba terasa nak dengar nasyid. Sebelum tu dengar je (sehari tak sah kot kalau tak dengar nasyid). Tapi kali ni nak dengar nasyid dulu-dulu. Kerja memunggah files nasyid dalam laptop pun bermula. Punggah punya punggah tiba-tiba nampak satu tajuk lagu ni. Dah lama dah tak dengar lagu tuh...
Unic-Langkah Tercipta..boleh menangis kot dibuatnya bila saya dengarkan kembali. Lagu ni ada kenangan. Sejarah yang sangat manis, pahit pun boleh juga kot. (pahit-pahit manis? =P)

.........................................
Julai 2009, Kafru Esom: beberapa hari lepas balik dari jaulah Matruh dan Siwa ada sorang adik-beradik saya kat sini kasik lagu ni-Unic-Langkah Tercipta. Dia suruh saya dan Najwa dengar. Ingat lagi time tu, 1st time dengar tak dapat tangkap lagi lirik lagu ni. Najwa minta saya ulang lagi sekali. Kitorang dengar lagi sekali. Dan mulai saat itu saya ulang lagu ni setiap jam dan setiap hari sampailah saya jumpa lagu lain yg terkesan dihati (Maher Zain-InsyaAllah). Lama juga kot lagu ni jadi "peneman saya". 

Lepas-lepas tu sambil study Pharma untuk exam kali kedua itu, saya akan buka lagu ni dan 4 lagu  lain setiap hari. Masa tu study kat bilik Shaz. Bilik saya pulak jadik port Fashihah. Najwa pulak kat umah dia-kat bawah. Kadang-kadang dia dtg umah sy amek angin. Dia duk kt bilik Nad dan Piah.Saya je yang tak pegi umah dia. Masa tu dah dapat tempat study yg strategik (strategik: sebab malam-malam saya  akan nampak bintang2 dan bulan direcly dr meja study), so memang susah la nak bergerak study kat tempat lain. 

Ahli bait suma balik Msia. Insan-insan itulah peneman saya sepanjang Julai sampai Ogos. (tak lupa: peneman yg lain-Faizah-kat umah sebelah..dan adik-adik yang lain pun-kat umah bawah). Kami 9 orang je yang tinggal. Kebanyakan kami semua tengah berjuang masa tu. Syahdu sangat. Time tu juga kitorang masak dan makan sekali berjemaah-makan satu imarah.  Setiap hari semua akan kumpul sama-sama. Kalau tak buat camtu mesti susah nak jumpa sebab tengah cuti kan. Semua ada urusan masing-masing. Lagipun jimat masa dan tenaga juga. Best sangat time tu. Allah uji saya tapi sambil-sambil tu Dia kurniakan 1001 rahmat..alhamdulillah. Sayang dengan ukhwah dan kenangan itu! =)

Banyak lagi memori yang terimbas bila dengar lagu ni. Malas nak cerita panjang-panjang. Terima kasih utk insan berkenaan yg memperkenalkan lagu ini kepaa saya. Lagu ni berjaya buat saya rasa bahagia. Bahagia dengan ujian. Alhamdulillah. Hakikatnya semua ini adalah daripada Allah jua tetapi diwasilahkan kepada makhluk-makhluknya.Dengan lagu ini juga saya teringat akenangan yang syahdu di Kafru Esom. Biarpun dah tak duduk kat sana lagi tapi semua yang saya lalui di sana, tak da satu pun yang mampu untuk saya lupakan. Semuanya jadi indah belaka biarpun dulu mulanya rasa pahit. Subhanallah3x, percaturan Allah sangat hebat!

*kat bawah juga saya sertakan salah satu lagu lain yang saya asyik ulangi. Haikal-Alunan Munajat. Tak tahulah camna boleh jatuh cinta dengan lagu ni. Mungkin ada yg rasa biasa je bila dengar lagu ni, tapi ia sangat berjaya menusuk ke jiwa saya..membuatkan saya jatuh cinta dengannya pada ketika itu-cinta itukan buta? ceh~

*lagu-lagu ni juga mengingatkan saya kepada istilah bunga jihad. Masa saya tengah struggle summer ritu, ada orang kasik bunga-bukan bunga betol pun-katanya itu adalah bunga jihad!. Huhu 1st time dengar kalimah tu. Tapi sangat berterima kasih juga kpd insan tersebut sebab memberi sokongan dan dorongan kpd saya..mungkin dia takkan baca blog ni-tp sangat berterima kasih kepadanya =)

*maaf kalau rasa mengarut..sekadar coretan hati (^_^) jom dengar nasyid hari-hari!!~

Langkah Tercipta 

(dengar sini)

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,

menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..

inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,

namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,

pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,

di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..

pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,

agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,

Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU. 
 
**************************************************************

Alunan Munajat 

(dengar sini)

Alunan munajat berkumandang
Menusuk persada jiwa
Bergemalah suara azan
Mendayu memuji Ilahi

Ke mana hilangnya kesedaran

Hilang taqwa runtuhnya iman
Jiwa dicemari kealpaan
Kegelapan menemani insan

Gemersik bak desiran ombak

Membelah badai menghempas pantai
Begitulah perjuangan ini
Perlu teguh iman dan ukhwah

Bagai abid perintis sayu

Merintih memohon restu
Pengharapan penuh syahdu
Di dalam alunan munajat

Istiqamah diperindahkan

Menegak syiar yang suci
Semoga bersinar kembali
Fajar gemilang di ufuk hati
 
nasyid memang dengar setiap hari..tapi Quran jangan lupa plak ;)


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
|
This entry was posted on 2:57 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On June 12, 2010 at 8:35 PM , Naim said...

sayunye~~

kang ateh da nanges jugak
haisyh~~!n

 
On June 12, 2010 at 8:43 PM , caudate nucleus said...

sekadar imbasan memori..nt dh besar3 nt lupa,boleh belek3 baca kat sini smula..

xnak lupa kenangan tu~
terima kasih naim,sbb jd peneman akk juga time tuh
seronok sgt summer thn lepas..akk bahagia wlupn xbalik Msia =)
heee*wink2*