Author: caudate nucleus
•9:52 PM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~

24 Disember 2012

alhamdulillah..hari yang bermakna. Tak tahu bakpe rasa sedih sangat di pagi harinya..dan Allah beri semangat dan kekuatan melalui sahabat2 secara tak langsung di sore harinya. Penghayatan sirah Nabi Yusuf hari ini sangat bermakna. Memang diri kena ketuk la dengan beberapa peringatan lain dari sahabat2 yang hebat belaka. speechless saya dibuatnyaa. Dan saya diingatkan untuk mengenangkan sahabat yang lebih hebat diuji-dan saya tak mampu nak tolong banyak..itu suatu yang menyakitkan juga. Apa peranan saya sebagai sahabat? monolog yang sentiasa berlegar..moga Allah terus beri kekuatan buat saya dan sahabat2 untuk terus bersatu kerana Dia, bantu membantu antara satu sama lain dan saling mendoakan. ~~

tarikh graduation day ditetapkan pada 24 februari..anjuran fakulti Perubatan,Univ Tanta. Dan Majlis Kecemerlangan pula bakal berlangsung pada 10 Februari 2013 anjuran persatuan Perubatan Cawangan Tanta dengan Kedutaan. Ummi dan abah bakal tiba ke bumi Mesir pada tanggal 1 Februari..dapat la dorang join program 10hb tuu. Serabut  otak juga la kami denganbenda ni, kami adalah pelajar tahun akhir=1st batch pelajar MoU..jadi 1st time nak buat graduation day..moga turn junior2 nanti semua urusan graduasi lebih dipermudahkan~ *ada sorg sahabat cakap..dia tak nak datang masa hari konvo nanti..takut dia nangis sorang2 kat belakang dewan..T_T sedih sgt2 bila dengar!!*


insyaAllah lepas konvo nanti..ummi abah bercadang nak gi umrah sama-sama. dalam seminggu cmtu jek sebab dorg dh nak kena balik Msia 20hb februari. baru perancangan awal. doakan semoga saya dpt jejakkan kaki ke tanah haramain bagi menunaikan umrah dan melewati maqam Rasulullah di madinah. Itu impian saya dalam setahun dua nii. biarlah tak dapat sampai tempat lain..asal dapat pegi sini dlu. mungkin berbaki 2 bulan saja lagi di bumi Kinanah (moga lulus la exam final nii) insyaAllah, cepat pulak rasa masa berjalan..hari tu duk kira-kira dlm 5bulan..skrg dh tinggal 2 bulan jek. 

exam surgery dan tamat. selepas hampir 2 bulan exam untuk surgery sahaja. ada satu perasaan lega. tawakkal la dengan hasilnya. sahabat pesan..kejayaan bukan bergantung kepada sejauh mana usaha kita..tapi adalah hak mutlaq Allah Taala utk dihadiahkan buat kita. bersediakan saya untuk hadapi keputusannya nanti. Moga saya dan sahabat2 dikalangan orang yang redha. Najahkan kami Ya Allah, andai itu yang terbaik buat rusan kami, kehidupan kami, dan agama kami..

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post
Author: caudate nucleus
•9:18 PM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~

23 Disember 2012

Jiran umah atas ditimpa musibah. salah sebuah bilik apartment dorang terbakar. kami semua sedar kebakaran berlaku jam 5.30 pagi..time ni semua baru nak solat subuh..semua ahli imarah masih bertelekung lagiii. kebakaran bermula di salah satu bilik yang mmg ditinggalkan berkunci oleh tuannya. Pada mulanya anak baba yg jadi hero nak pecahkan pintu bilik..tapi last2 api makin besar..asap yang keluar dari celah pintu makin tebal, bomba juga yang datang selamatkan. kecoh kejiranan maarad~ 1st time laa dalam hidup saya mengalami situasi kebakaran. panik. kalut. serius kaget.  Makin gelabah bila kawan-kawan, junior dan jiran2 yang lain semua call saya..dorang ingat rumah kami yang terbakar!!~ T_T terharu dengan mereka..

Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku. Bilik Nani rentung dijilat api..alhamdulillah dia sendiri tak tido kat rumah malam tu. Lepas 30-45 minit,bomba sampai dan keadaan agak kelam kabut..bomba dah suruh kitorang semua turun. Dan kami bertiga (saya dan housemates) decide bawa barang2 penting. serba salah dibuatnya, barang apa nk amik?? 3 benda asas..laptop, wallet dan passport yg kotrg capai 1st. dilema juga mcm mana dgn buku2 OnG..saya nak final exam paper OnG lg 2 minggu kot~ Alhamdulillah tak lama kemudian dpt makluman api dpt dikawal. Dikatakan kejadian berlaku kerana litar pintas. sebelum ni tak pernah berlaku pun..beberapa lampu rumah kami rosak. Wayar laptop kami kecuali najwa juga rosak. dan beberapa barang yang lain~ @_@

Nampaknya hilang la jiran atas rumah..dorang mungkin pindah rumah lepas nii. insyaAllah kami mungkin terus di sini. Hanya perlu lebih berhati-hati dengan barangan dan penggunaan elektrik. Tarik plug utama extension sebelum keluar rumah, tutup sakhonah, jangan pakai heater dengan kuantiti yang banyak dalam 1 rumah especially heater yang murah tuu..yang mcm pembakar rotii tuu~sangat bahaya sebenarnyaa..dan sebenarnya heater tu lagi banyak pakai elektrik kalau tak salah. lebih baik beli heater yang mahal sket..tapi keselamatan terjamin~ Moga Allah terus pelihara kami di sini..


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post
Author: caudate nucleus
•2:14 PM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~

kenangan bersama ketika Program Seminar Perubatan Islam..

selasa 13 November 2012..satu kejadian letupan dan kebakaran di makmal kuliah pergigian mengakibatkan kecederaan seorang pelajar Malaysia tahun 2 dari kuliah tersebut. 

Sungguh menyayat hati mendengarkan kisah musibah ini. Dan ini adalah pertama kalinya sepanjang saya di sini ada pelajar terlibat dengan kebakaran. Dan paling tak sangka Ummu Nabilla orang yang Allah pilih untuk menghadapi musibah ini. Allahu Rabbi..adik yang saya kenal ini berjiwa besar, berani dan periang orangnya. antara adik junior yang banyak berdampingan dengan saya ketika cuti musim panasnya baru3 nii. 



kejadian berlaku ekoran pelita yang digunakannya untuk membuat 'oral screen'nya meletup, cairan alkohol di dalam bekas tersebut terpercik ke separuh badan dan muka pelajar ini lalu menyebabkan api menyambar baju dan bahagian muka pelajar ini dengan sepantas kilat. Alhamdulillah,mujur ada lecturer dan sahabat yang cepat datang membantu memadamkan api walaupun ada sebahagian yang lain panik dengan situasi itu dan bertindak melarikan diri. Ummu telah disahkan doctor mengalami 1st to 2nd degree of burn di bahagian muka, leher dan kedua belah tangannya. sayunya hati melihat keadaan adik saya ini..tapi dia sangat kuat. InsyaAllah.

moga Allah bantu dia, beri kesembuhan yang cepat padanya dan Allah redha segalanya ke atas dia~ yuk doakan srikandi ini!!~

kisah lanjut boleh baca kat sini dan sini


p/s: terngiang-ngiang kata2 ustaz salahuddin..syeikh Rohimuddin pernah berpesan padanya, "bukankah kesusahan itu juga nikmat? maka bersyukurlah"..Allahu Rabbi~ minggu depan 22 November dah start perang..written exam surgery paper 1. doakan kami pelajar tahun akhir kuliah perubatan, Univ Tanta. jzkk.


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post
Author: caudate nucleus
•12:05 AM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~



Firman Allah  dalam kitab yang agung “Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari adzab yang pedih ?” (As Shaff : 10)

apa yang dapat dijual mu'min kepada Allah yang menciptakan segala sesuatu di alam semesta termasuk dirinya sendiri? Alangkah uniknya, kita ini ciptaan Allah dan milik-Nya belaka namun dapat dibeli oleh-Nya dengan harga yang sangat mahal yaitu dengan “bebas dari api neraka”. Adakah jual yang lebih menguntungkan dari keselamatan dari api neraka?


Apakah yang dapat diberikan kepada Allah untuk menebus diri ini dari adzab yang pedih? Allah memberikan jawaban yang jelas tentang ini dalam huraian ayat tersebut,

“(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu Mengetahuinya”. (As Shoff: 11)

Artinya, untuk dapat berjual beli dengan Allah, setiap mu’min hendaknya beriman kepada Allah dan Rasulnya, yaitu beriman kepada pengertian syahadat Laailaha illa-llah dan ma’na syahadat Muhammadur Rasulullah dengan sesungguhnya. Kemudian berjihad di jalan Allah baik dengan harta maupun nyawa. Itulah yang dapat diberikan kepada Allah. Maka seruan Allah dan sambutan mu’min ini diabadikan dalam ayat lain dari Kitabullah yang mulia dengan ungkapan,

“Sesungguhnyà Allah telah membeli dari orang-orang mü’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka dibunuh atau terbunuh. Itu yang menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al Qur-an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan, dan itulah kemenangan yang besar”. (At Taubah: 111)

mari berjual beli dengan Allah, moga ketemu bahagia :)

"Doakan selalu org2 yang kau cintai, bangsa yang kau cintai, agama yang kau cintai. Doakan mereka setiap hari. Kau adalah pahlawan tersembunyi" Habiburrahman ElShirazi.


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post
Author: caudate nucleus
•8:41 PM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~

tiada daya tiada kekuatan melainkan semuanya datang daripada Allah.

alhamdulillah..masih di sini dan Allah tak pernah meninggalkanku. Exam Pertengahan Tahun subjek OnG lagi seminggu, 14hb nanti..doakan. Singgah sekejap di sini. Menulis merehatkan otak di samping menjadi pedoman diri di masa akan datang~

Hari ni ada talk bersama super senior kami yang sudah pun pulang ke Malaysia dan sekarang bergelar Houseman Officer di Hospital Muar, Johor. (allergic bila dengar hospital ni sebenarnya.hoho). Dia datang kejap je ke sini, untuk membawa pulang isteri yang sudah sarat mengandung (36 weeks) ke Malaysia. Dengar sedikit sebanyak cerita dan pengalamannya sbg HO yg baru berusia 4 bulan. Scary la jugak..walaupun semua tu memang seperti yang dijangkakan. Tapi bila dengar real story dpd Syafiq ni memang rasa ngilu sampai ulu hati pun ya jugak. Lack of skills (medical students kat Egypt memang kurang practical), kerja lebih daripada 12 jam/sehari, kena marah, sarcasm environment, pressures, and so on..semuanya sering diceritakan.

Syafiq yang pada pandangan kami adalah seorang senior yang mantap itu pun bermula dari bawah, saya apatah lagi mesti kena bawah  dan lagi ke bawah. Walaupun ada inferiority complex di situ, tapi tak mudah untuk terus mengalah. Setiap individu itu berbeza. Kenali kelemahan diri, perbaiki daripada sekarang. Masalah komunikasi, lack of skills, medical knowledges yang masih tak mantap (anat, pharma and so on yang dah lama berkubur), bad attitudes yang dah sebati dalam diri (suka bertangguh, tak tepati masa..etc), dan banyak lagi. Haish. 

macam mana agaknya ya bila dah keja nanti..saya ni penakut terlebih. nak cucuk branula pun duk seriau lagi, macam mana nak sambut baby, jahit menjahit, CPR..aiyak. Mudah menggelabah, mudah terkejut pun ya jugak. Risau dengan diri sendiri macam mana nak perform nanti. Tapi saya kena yakin dengan diri sendiri, kalau saya tekad dan belajar sikit-sikit insyaAllah satu hari nanti saya boleh kuasai semua benda tuu. Banyak dah contoh2 sebelum ni. So, be confident ya! (^_^). Kena lempar sikap malas jauh-jauh. Jangan pernah pernah sombong untuk belajar, biar mengaku bodoh daripada digelar bodoh sombong. Huhu..lagi 5 bulan kat sini, yang penting sekarang kuasai teori mantap-mantap nanti lepas habes final exam nanti mari  kita mantapkan skills pulak.  Dan kuasai ilmu Fiqh Perubatan juga. InsyaAllah. Doakan dipermudahkan.

Sayu bila baca mesej daripada ummi lately ni, besarnya harapan mereka yang kadang-kadang aku terlupa dan kadang-kadang alpa dengan amanah itu. Ummi selalu pesan supaya fokus study betol-betol, jangna duk berangan lebih, be prepared untuk final exam nanti, yang penting ummi dan abah semestinya tak pernah lupa untuk mendoakan. Saya mampu pergi sejauh ini pun berkat doa mereka sebenarnya. Menjadi generasi pertama dalam keluarga besar kami yang belajar di dalam jurusan Perubatan  adalah sangat mendebarkan. Semua orang letak harapan tinggi, padahal kita tak sehebat mana pun. sigh. Semangat-semangat~ do your best yaa. Allah kan ada. Moga dapat berbakti untuk ummah dan Islam. Itu cita-cita aku. Doakan saya yaa sahabat-sahabat. (Fighting!!)

kata seorang ustaz  yang menaqalkan daripada kalam-kalam ulama'..
tujuan hidup kita yang paling utama dalam hidup ini adalah
untuk mendapatkan Redha Allah, SyurgaNya dan Dijauhkan daripada azab neraka.
melalui perhambaan diri kepadaNya (ibadah) dan mejalankan tanggungjawab
sebagai Khalifah di bumi (dakwah, amar ma'ruf nahi munkar and so on).

jelaskan matlamat dan cita-cita~
supaya kalian tak tersasar bila tiba di persimpangan!
 kata Faten, jangan lokek berkongsi visi dan misi dengan sahabat2
supaya kita sama-sama terus thabat seiring sehaluan dalam perjuangan,
biar apa pun ujian dan masalah melanda, bila sudah jelas visi dan misi
tak ada istilah berhenti dan ingin mengalah 
sebab kita tahu visi dan misi yang kita ingin capai bersama belum selesai.

jadi apa visi dan misi kalian?
jangan simpan sorang-sorang..
kongsikan dengan sahabat-sahabat~
moga Allah redha =)

p/s: alhamdulillah Noi dah keluar hospital. syukur alhamdulillah. moga makin bertambah baik setiap harii..dan sekarang benda yang saya paling benci dalam rutin seharian adalah melintas jalan di tempat kejadian. Laluan ke kuliah dah bertukar. Sekarang tinggal kelas revision je, lepas ni tak gi kuliah daa. alhamdulillah :D

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post
Author: caudate nucleus
•3:16 PM

Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~

seinfiniti kesyukuran dengan lafaz keramat Alhamdulillah, kerana dengan nikmat kasih dan sayangNya saya masih di sini. meneruskan hidup yang berbaki, semoga jalan hidup ini sentiasa dipandu olehNya.

September 2012 sangat berbekas di hati. 5 September 2012 pensyarah mengisytiharkan itu adalah hari terakhir kuliah kami sebagai pelajar di fakulti perubatan. Tercengang sekejap, dah habes kelas daa?? tak tahu nak happy atau nak sedih,sambil bermonolog "sepatutnya last day adalah esok bukan harii nii". Kebetulan Nawal ada bawa makanan hari raya, dah jadi macam majlis perpisahan pulak. Maka bermulalah cuti study leave kami menuju hari-hari peperiksaan yang berbagai. End round exam pt 2, mid year exam dan final exam. 

 our last day of medical school

with our professors and lecturers (general surgery dept)

16 september, kawan-kawan buat suprise sambutan hari lahir yg ke23. pegi kelas revision pagi tuu dalam keadaan berpuasa, tak sangka Aisyah datang kelas bawa kek. Lepas kelas dorang minta potongkan kek. Dah jadi termangu, terharu sekejap. Dan malamnya pulak, adik3 datang ber'suprise'dengan macam-macam makanan. Hari selasanya pulak, semua satu batch akhwat belanja saya dan Noi makan dekat ADAM's. Sambut serentak, birthday saya dan Noi. Bila dorang minta bagi ucapan depan reramai, baru rasa..ohh cmni ke rasa malu bila orang suruh bagi ucapan..adeih. padahal kawan2 rapat dh tuu. tetap segan. =.= speechless laa jugak. Tak pandai nak berucap-ucap nii. Sambutan hari lahir daripada sahabat3 (this is our last session for being together) dan adik-adik baru, terasa manis ukhwah di situ..berukhwah keranaNya. bukan kerana sesuatu. terima kasih atas ingatan dan doa tulus ikhlas yang kalian hadiahkan. sangat-sangat menghargainya. 




Dan tercatat dalam sejarah bagi keluarga Perubatan Cawangan Tanta, tanggal 23 September satu tragedi berlaku. Noi kemalangan jalan raya, dan telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Syuruq. huuu. siapa sangka dengan taqdir Allah yang satu ini. Nak dijadikan cerita..sebelah pagi tuu, time nak pegi kelas revision..saya dah hampir3 kena langgar. Rasa mcm dah melintas dengan baik daa. Tapi still time melintas tuu, ada kereta yang mungkin memandu terlalu laju tiba-tiba menekan brek kira-kira 3m dpd saya. Bunyi brek tuu agak mengejutkan, dan memang tanpa pandang kiri kanan saya teruskan melintas sambil berlari kecil ke tepi jalan. time tuu tak rasa takut pun, siap sengeh3 sambil angkat tangan kepada pemandu tanda minta maaf dan terima kasih. ada 2 orang saksi ikhwah kat situ. malu la juga, tak pasal2 buat kecoh. Langsung saya buat tak tahu dan teruskan langkah menuju ke kelas revision...dah lambat daa nii. *tapi alhmdulillah doktor tak masuk lg*

10 minit kemudian, lecturer pun sampai. alamak, doctor coordinator plak yang ajar hari tuu. mula-mula masuk dia ok lagi. tapi bila tengok seisi kelas,dia perasan bilangan ahli kelas berkurang sebanyak 7 orang dpd 22 orang kesemuanya. Dah tak pasal2 dia terasa hati..katanya kalau awak tak nak datang kelas revision ni bagitau la awal2..tak yah dia susah3 susun jadual. @_@ Dan terus dia bongkarkan rahsia, keputusan markah end round exam part 2 kami baru3 nii tak memberangsangkan sangat. ramai yang tak dapat score dengan baik. Free-free dia marah kami..beserta 1001 nasihat, dengan harapan kami akan belajar dengan lebih bersungguh3 jangan main3 lagi. Surgery subjek yang susah, sangat susah..kalau awak main-main, tak study, tak concerntrate bersedia la untuk mengulang tahun lagi sekali. (nauzubillah). ancaman besar di situ. satu kelas dah tak keruan...

time jalan kaki balik dari kelas semua orang dah cuak. saya jalan dengan Noi. masing-masing risau dengan performance masing3 masa exam ritu.Tapi time tuu memang tekad laa, balik nanti nak study sungguh. Dah dapat motivasi menyengat dari Dr Hashish. Dan sampailah kami pada suatu simpang 3,yang hanya berdekatan dengan Hosp Neuropsychiatry. Bersedia untuk melintas. jalan Highway time3 12pm nii memang sesak. Dengan kereta lajunya..seriau saya dibuatnya. Dah la memang penakut. Bab2 lintas jalan memang fail. Tetiba dari jauh saya nampak sebuah tremco (van mcm minicoster) sedang bergerak laju straight ke arah kami yang masih di bahu jalan. Saya cakap kat Noi.."giler laju van tuu!!". Dah pelik, kenapa pulak van ni laju sangat dan sedikit pun tak ada tanda2 pemandunya nak mengelak daripada kami, saya bergerak ke belakang 2-3 langkah. Dan tak sangka pulak time tuu Noi bergerak 2-3 langkah ke hadapan sket. Dan kemudian dalam masa 2-3 saat selepas saya melangkah tuu, terus dengar bunyi DAAANNGGGGGG!!!. saya dah tak nampak Noi, tremco tu seakan-akan dah heret dia sekali ke depan!!

Allahu akhbar..berderau darah hanya Allah yang tahu..kuat saya menjerit dengan badan yang dah lemah semangat. tak sangka nak jadi jugak kemalangan hari ini..walaupun pagi td dh cuba mengelak. tapi kali nii saya selamat..Noi yang dilanggar. cepat-cepat toleh ke belakang nampak Amal dan Aisyah, dorang dah lari3 pegi dekat Noi. saya ikut. Lari-lari kecik ke depan sket. Nampak Noi tersembam atas jalan. Kebetulan Noi pakai baju wana hitam..totally hitam dari atas sampai bawah.Tak nampak sebarang darah. Dah meraung-raung (meraung cara saya laa) saya kat situ. Nampak rakan sekelas zulfahmi dari jauh, cepat3 panggil dia sambil bagitahu Noi accident. Panik kat situ. Tak mampu nak buat apa-apa, hanya mampu lihat orang ramai angkat Noi ke bahu jalan. Aisyah dah jerit2..panggil ambulans. Amal dah nangis3. Saya tak boleh pikir. camna nk cari ambulans nii. Zul   cakap, cari teksi la senang..dan alhamdulillah kebetulan sebuah ambulans muncul di tengah-tengah jalan highway tuu, kosong plak. cepat3 kami tahan dan terus angkat Noi masuk ke dalam..dorang bertiga masuk ke dalam ambulans. saya sorang3 terkebil kat tepi jalan...nak amik gmbar tremco, tp hp jammed plak time tuu..salin no plat jelaa yang dapat buat. 4356..ain, shod, ba. memang tak lupa sampai bila2. (skrg hari-hari nampak van ni berkeliaran membawa penumpang @_@)

terus kemudian saya menyusul ke hospital Manshawy dengan beberapa adik junior..sambungan cerita mungkin di sini . 3 hari saya trauma. nak melintas jalan pun tak leh lintas sorang-sorang. umi ada pesan jangan pegi kelas sorang2 (nt akan lintas sorang3), tapi tak dpt ikut nasihat tuu..huu.susah sikit. Lintas tuu xpa ja, tunggu orang arab ada, baru lintas sekali. setiap kali jalan depan simpang 3 tempat tragedi tuu, the scene was often repeated in my mind. penderaan minda di situ. 3 hari tak boleh study. Berlakon tak ada apa2 depan sahabat2 yang lain. 3 hari nii juga ummi abah sangat risau. tak putus-putus mereka mendoakan saya. hari-hari ummi mesej. sayu bila baca...kesian ummi. saya dah buat ummi terlalu risau,bersalah di situ. Tapi saya sangat memerlukan doa mereka. Dan hari inii dah semakin baik,makin tenang hati..sedikit sebanyak dah boleh lupa tragedi buruk tuu sket3, Noi pun daah semakin baik bak kata doktor..lega di hati. Kalau Noi makin teruk...saya pun makin tak stabil agaknya. 

Sangat terkesan jauh di sudut hati, Allah masih bagi peluang untuk saya beribadah sujud padaNya. moga tidak kufur nikmat. Dan sekarang masih berusaha meneruskan jihad ilmu..apa pun yang terjadi, sedikit pun tak mengubah tarikh exam. semakin hari semakin dekat. Doakan kami dapat tempuhi ujian Allah ni dengan penuh kesabaran. Doakan Noi semakin pulih untuk kembali berjuang bersama3 kami menghadapi final exam MBBCh November nanti tanpa sebarang masalah. Kami sayang sahabat ini..cubit peha kanan, peha kiri pun terasa.  Satu kelas tahun 6 nii dah macam abang dan kakak saya sendiri. Mohon doa dari kalian..Doa dan teruskan berdoa..jangan pernah berhentii..semoga Noi (Nur Ezza Fazleen) cepat sembuh seperti sediakala..jazakumullah khair~

birthday girls..me and Noi (wearing the shawl)

2.45pm..Maarad,Tanta.

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post
Author: caudate nucleus
•6:30 PM

Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~

Ramadhan berlalu dan sekarang sedang berada di pertengahan syawal. Cepat masa berlalu. Banyak perkongsian yang tak sempat nak tulis kat sini.Alhamdulillah ala kulli hal wa ni'mah. Sehingga sekarang masih berpeluang bertamu ke sini..alhamdulillah.

Terkenang-kenang Ramadhan terakhir di sini. Macam-macam kenangan. Shantah Ramadahn di Agizi, Solat terawih di DPT-anNur-Dhimaty-Khalil dan satu masjid kecik ada air-cond (tak tau nama), kitab Binaul Iman min Khilal alQuran, berbuka puasa tahun akhir..sama3 satu kelas buka puasa di Mat3am Gad, pengisian online murabbi-murabbi, pukul gambar untuk salam perantauan, misi pencarian jubah hitam lelaki (plg penat) , Liqa' Muhibbien, hilang kasut crocs kat masjid (tarbiyah akhir ramadhan!), malam 1 syawal..operasi aidilfitri, bisukut raya dan lontong untuk SHARE 2012...dn banyak lagi yang da tak ingat.

agizi..menyahut saranan Presiden Morsy!

shantah Ramadhan-agizi 2

 masjid badawi1

masjid badawi 2

terawih DPT 1 =]

terawih DPT 2 :P
masjid dhimaty 1 :)

masjid dhimaty..you will find this pict only in Egypt :D

 my family on 1st day raya 1433H..without me. of course!

 geng enam! geng lontong..dan3 lepas pukul gambar nii orang Msia call

 raya ke4 dah buka kuliah..only 7 of us! [at masjid gamaah, before went to La Vitta]

dan hari nii sahabat baik kami, Nurul Husna Abu Bakar melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya ust Wan AlHafiz a.k.a KhadimulQuran~ pernikahan di angin lalu namanya..guna Skype. meriah. seronok. sedih. dan tak percaya. semuanya sekelip mata. Allah dah susun segalanya. taqdir Allah itu penuh rahsia..kadang3 semuanya di luar jangkaan akal fikiran~ =) sungguh Allah Maha Merancang! 

moga perginya ramadhan meninggalkan taqwa bersama kita bagi menghadapi 11 bulan yang mendatang. Perlu mengekalkan momentum ibadah. kerana istiqamah melakukan ketaatan seperti ketaatan yang dilakukan semasa Ramadhan adalah tanda ibadah diterima. Moga Allah terima segalanya sebagai amal soleh. 

pohon doa kuat3 moga diberi kekuatan menghadapi segala ujian dan mehnah mendatang. doakan Allah mudahkan segala urusan saya :)


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post
Author: caudate nucleus
•6:09 AM
bismillah walhmdulillah Allahu akhbar,
ramadhan kareem =)



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." 

ramadhan 1433H.

kemungkinan adalah ramadhan terakhir di bumi Mesir.
tak kesah andai tak dapat balik kali ni, sebab tahu
lepas ni mungkin dah tak dapat kecapi nikmat ini,
berpuasa, berterawih, berbuka, bersahur, bertadarus 
pergi dan balik kuliah dll bersama sahabat3tersayang 
di bumi Tanta. Syahdu rasa ramadhan tahun nii.
moga Allah redha segalanya.

dalam fatrah ini juga tetiba rasa blurr. tak tahu 

bagaimana nk tolong sahabat2 yang mendokong 
berbagai takhlifan ~ kadang-kadang rasa diri 
useless sangat3. (T__T)Tapi titipan doa buat 
mereka tak pernah lekang, insyaAllah.


fatrah ini juga hati kacau bilau sekejap lepas dapat

sms semalam. Ni yang paling saya tak suka. 
kerana natijahnya menyebabkan susahnya 
nak khusyuk dalam ibadah! 
Kena banyak beruzlah lagii ni. moga Allah permudahkan 
segalanya, dan Allah beri yang terbaik untuk semua. 
amiiin3~

*kadang-kadang rasa nak undur diri je. 

terlalu banyak hasutannya.
itu ini berpusing dalam fikiran. namun kepada Allah jualah
hamba-hambaNya bertawakkal. Takut. Gelisah. Penantian.
Lemahnya hamba. Hasbunallah wani'mal wakeel. 

Ramadhan 1433H masih berbaki 12 hari. Sedih rasanya. 

cepat masa berlalu. Dah hampir memasuki fasa 10 
terakhir ramadhan =( moga di akhir pentarbiyahan ini, 
MaghfirahNya kita peroleh, Dijauhkan daripada api neraka, 
dan TAQWA berjaya kita bentuk!Yosh..jom khatamkan Quran, 
tapi jangan baca je, Tadabbur sekali.Solat sunat jangan tinggal...
solat fardhu kekalkan berjemaah.Qiamullail kita hidupkan, 
merayu dan merintihlah kepada Allahpada 2/3 malam. 
kerana indahnya nikmat punyai hati yg basah 
menangisi dosa3 yang lalu..

dan harapannya semoga kita semua tidak menjadi 

hamba Ramadhan..jadilah hamba Tuhan.
Tuhan yang Maha Kekal. Maha Pengampun, Maha Penyayang. 

akhir kalam, selamat memburu Lailatul Qadr, malam yg lebih baik

daripada 1000 bulan, moga Allah pilih kita.amiin. 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post
Author: caudate nucleus
•6:18 PM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~

artikel ini dicedok dari sini..saya copy paste untuk diabadikan sebagai peringatan buat diri dan sahabat..bukankah kita satu hari nanti bakal bergelar  ibu merangkap murabbi buat anak3? ;) biiznillah..hayatilah~


Ustaz, saya bercita-cita nak jadi murabbi” jawab seorang anak muda ketika saya sedang memberikan pengisian kepada bakal pejuang Islam masa hadapan insyaallah.

Tajuk yang diberikan kepada saya dalam program itu ialah “ Tarbiah Asas Perjuangan”

“ Owh ye ke…. Alhamdulillah. Tahniah..” Saya hampir menjerit…kegembiraan.

Sukar sebenarnya untuk melihat seorang anak muda bercita-cita untuk menjadi murabbi.

“ Lepas slot ust ni datang jumpa ust sekejap ye.” Pesan saya padanya, berbisik.

KECELARUAN TENTANG MURABBI

“ Akhi, apa yang nta faham tentang murabbi…” tanya saya padanya ketika beliau sedang menemani saya makan. 

Pastinya makanan asasi program.
Kek pisang dan teh sebagai santapan selepas pengisian tersebut.
Kek pisang dan teh amat sinonim tentang pentarbiahan. 
Semenjak saya menjadi peserta, setelah itu menjadi AJK program-program tarbiah dan sekarang menjadi penceramah…
"Hakikatnya sudah berbelas tahun berlalu, namun kek pisang dan teh tetap menjadi phujaan…hehe. Kenangan……….kenangan” monolog saya sendirian.

“Murabbi ni ust sebenarnya jawatan yang pimpinan berikan kepada orang-orang tertentu untuk meneruskan pentarbiahan kepada generasi-generasi seterusnya….” 

Jawab beliau.
Yakin sekali.
Langsung tidak kelihatan riak keraguan di wajahnya.


“Lagi…” pinta saya supaya disambung jawapan itu.

“ Emmmm…. Orang itu mestilah diutamakan orang yang takhassus dalam bidang agama…” 

“ Nta bidang apa ye….” Soalan cepu cemas saya padanya.

“Ana bidang kejuruteraan ust..” 

“ Kalau macam tu, boleh ke nta jadi murabbi..?”

“ Ini yang nak minta pandangan ust, ana bercadang untuk tukar bidang pengajian Islam ust, apa hemat ust?

“ Kenapa nak tukar?” Tanya saya kehairanan.

“ Ye la ust… pasal ana nak sangat nak jadi murabbi ust. Lagipun ana juga bercita-cita nak jadi ulama’” 

KEKABURAN MENGUNDANG PADAH


“ Ya akhi…ana sayangkan nta…”

“ Andai nta tiada nilai di hati ana, ana akan abaikan sahaja kekaburan nta. Biarkan nta terus dalam kebingungan dan kesalahan”

Sambil mata saya memandang tepat ke wajahnya, tangan saya memegang kakinya.

“Ya akhi, nta pernah tinggalkan solat fardhu di masjid dengan sengaja tak dalam seminggu ini?”

“ Pernah ust..”

“Pernah tak nta tak baca al-Quran dalam seminggu ini dengan sebab malas?”

“ Pernah ust…” sambil kepalanya semakin menunduk. Harapnya beliau dapat menangkap maksud saya.

“ Minggu ini pernah qiam?”

“ Em…. Tak ust. Banyak sangat urusan program kena buat”

Ya akhi….murabbi datang dari kalimah RABB yang bermakna TUHAN. Dan MURABBI itu bermakna orang yang dekat dan mempunyai sifat keTUHANan. 

Akhi, nta solat di bilik, qiam jarang-jarang, quran selalu tinggal…. Apakah itu tanda dekat dengan Tuhan?

“Cuba nta letak tangan di atas dada….. Pejamkan mata. Ust ada nak tanya sesuatu”

“ Penah tak nta berdengki dengan orang dalam seminggu ini?”

…………… (senyap) Mengangguk kepala.

“ Pernah hati ini menangis di hadapan Tuhan…keseorangan. Menghitung dosa dalam sepanjang nta terlibat dalam pentarbiahan?”

Menggeleng.

“ Pernah hati ini menangis kerana musibah saudaranya?”

Senyap…

Menggeleng kepala…. 

“ Jarang-jarang….” bunyinya perlahan.

“Buka matamu akhi..” 

Akhi, andai begitu adakah sudah engkau dekat dengan Tuhan?
Adakah engkau mempunyai dan mengamalkan sifat keTUHANan?
Bahkan akhi, engkau mengamalkan banyak sifat yang berlawanan. 
Lalu, bagaimana mungkin engkau akan rapat denganNya?
Andai engkau begitu, bagaimana mungkin engkau mahu menjadi murabbi.
Andai kekasihmu membenci wangian, engkau dengan sengaja memakai wangian..apakah itu tanda sayang?

ERTI MURABBI



Akhi, seorang murabbi itu hatinya hidup.
Jasadnya mendekap dengan Tuhan.
Hidupnya beralaskan agama.
Lintasan hati yang berdosa itu dirasanya seperti berzina.
Kalamnya itu sekadar keperluan, bukannya tutur dunia yang sia-sia.
Akhi, lapangan belajar di universiti bukan penentu utama dekatnya dia dengan Tuhan.
Yang penting dia menjadikan al-quran dan sunnah sebagai bicara hatinya dalam kehidupan.
Hatinya berfatwa dengan keimanan apabila berbuat dosa.
Hatinya berfatwa keihsanan apabila berbuat pahala.
Akhi,
Hanya hati yang hidup sahaja yang akan menghidupkan hati orang lain.
Mana mungkin hati yang mati, yang jauh dengan Tuhan…akan menyuburkan hati yang lain yang kegersangan. 

“Maaf, ana terpaksa beransur pergi” 

Saya tinggalkan beliau sambil bersalaman dan berpelukan.

“Maaf, ana tak boleh lama, ada program lain pula ni… Apa pun akhi, murabbi itu bukan hanya sekadar jawatan lantikan jemaah. Ia adalah lantikan Tuhan. Andai pada pandanganNya,kita sudah layak, Dia sendiri yang akan memberikan haibah dan ‘izzah pada manusia yang lain untuk menadah air keimanan dan keihsanan daripadanya…”

“ Carilah cintaNya…. Pasti engkau dilantik” pesanan akhir saya padanya.




jadilah kita insan yang apabila dipandang manusia 
mengingatkan mereka kepada Allah~ :)

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post
Author: caudate nucleus
•5:22 AM
Bismillah walhamdulillah Allahu akhbar~

Alhamdulillah, akhirnya bangunan yang telah lama usang kembali tersergam indah..

24 Jun 2012 itulah tarikh keramatnya
detik umat Islam menangis,
lantas sujud mensyukuri anugerah 
kemenangan ini terlalu besar, terlalu berharga
bukan hanya buat rakyat jelata di bumi Mesir
bahkan adalah kemenangan umat Islam seluruh dunia
satu dunia meraikannya..satu dunia mendoakannya
(Allahu Akhbar)3x.. waliLlahil hamd~!
dunia Islam terasa makin dekat, makin hampir
khilafah yang dirindui bakal bertamu tidak lama lagi!
bumi Palestin akan bebas sedikit masa lagi..

justeru sahabat yang dicintai kerana Allah,koreksi diri kita
di akhir zaman ini saat janji Allah semakin dekat..
janji yang pasti=Islam akan kembali gemilang di akhir zaman
saat kalimah Laa ilaaha illaAllah adalah kalimah yg paling tinggi
dimanakah kita saat itu?


adakah kita dikalangan penyumbang kpd kemenangan itu?
atau kita dikalangan umat Islam yang lalai lalu terkandas
tidak mampu melakukan apa-apa untuk Islam tercinta?
kitakah jundullah? kitakah ansarullah untuk agama saat itu?
wahai pemuda..tanyalah pada diri kita semua
apa yang telah kamu sumbangkan untuk Islam saat ini?
sudahkah kita mewaqafkan diri ini untuk Islam
seperti Rasulullah dan para sahabat?



islam diibarat sebuah kapal besar yg sedang berlayar
menuju ke sebuah pulau yang sangat indah
pulau yang dicita-citakan umat Islam, di situ Islam kan dijulang
adakah kita bersama-sama dalam pelayaran terulung ini?
mengharungi segala ombak badai yang datang menyerang
tetap teguh berada di atas kapal, terus bertahan
sehingga destinasi yang dituju bakal tiba..
kitakah pengemudi bahtera itu? 
kita mungkin pengisi minyak?
kitakah yang menganalisa cuaca?
kitakah yang melabuhkan sauh?
atau kita hanya seperti buih-buih di lautan
tidak memberi sebarang manfaat 
bahkan tidak melibatkan diri.

janji Allah itu pasti
tidak bercita-citakah kalian menjadi golongan yang sedikit
yang membantu agama Allah di akhir zaman ini?
ayuh, selagi punya nyawa, punya kekuatan
sumbangkanlah jiwamu, hartamu, tenagamu, fikiranmu,
atau apa sahaja yang kau ada! untuk Islam
kembali gemilang..moga kita adalah mata-mata rantai
yang menyambung perjuangan Rasulullah
kerana bukan kita yang memulakannya 
dan bukan kita yang akan mengakhirinya~


*kemenangan Dr Mursy menunjukkan walaupun demokrasi bukanlah undang-undang Islam, namun pada dasarnya ia lebih bagus bagi gerakan Islam daripada diktator pelampau, dengan cara ini juga tampuk pemerintahan Presiden Mesir berjaya ditawan!~

disebut oleh Ustaz Muhammad Munir Ghatban di dalam kitabnya, 
Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi SAW:
Demokrasi adalah tempat ujian bagi tunas-tunas dakwah dan perkembangannya. Ia adalah undang-undang jahiliyyah, lebih baik kepada muslimin daripada undang-undang Jahiliyah yang lain. Ia mempunyai kebebasan memberikan pendapat dan kebebasan aqidah atau dengan kata lain kebebasan beribadah dan berdakwah. Maka perlulah dimanfaatkan sebaiknya~

:) :) :)

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post
Author: caudate nucleus
•2:26 PM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~

Meniti Jalan


Teman,
Perjalanan yang kau susuri ini jauh
Penuh berliku dan tidak pernah mudah
Ketika kau merangkak dan bertatih
Jatuh tersungkur, luka berdarah itu lumrah
Kerana irama hidup ini tak selalunya indah

Sekali jatuh tak beerti selamanya tersungkur
Namun itulah pemangkin impian yang dikejar
Memang sakit dan perit saat hiba tersungkur
Kuatkanlah hatimu agar tetap tabah dan bersabar
Kentalkanlah semangatmu agar tak pernah pudar
Percayalah kesakitan itu bakal pergi beransur

Teman,
Saat kau rasa putus asa dan tiada daya
Tolehlah, lihatlah kekuatan yang kau ada
Kau punya Tuhan yang Maha Berkuasa
Tuhan yang sangat dekat kepada hambaNya
Bahkan lebih dekat dari urat nadi manusia
Pohonlah kekuatan dan pertolongan daripadaNya

Dan bukankah kau mempunyai sahabat sejati
Yang seiringan bersama menempuhi jalan ini
Yang sedia menghulur tangan saat kau mencari
Yang tak pernah lupa mendoakanmu tanpa henti
Itulah doa yang diaminkan para malaikat Ilahi
Apakah layak untuk kau kufuri semua nikmat ini
Dengan mengaku kalah dalam jalan juang ini

Teman,
Hayatilah sirah perjuangan Rasulullah tercinta
Terus mara menyebarkan risalah biar diri terluka
Singkaplah rahsia kejayaan AlFateh si putra raja
Pemuda berjiwa besar yang berjaya menawan kota
Teladanilah kisah ketekunan usaha sang kura-kura
Pantang menyerah kalah sebelum tegar berusaha

Teman,
Bangunlah..gagahkan diri dan hati nurani
Teruskan meniti jalan yang masih berbaki
Tanamkan azam dan tekad, janji pada diri
Demi Allah dan Rasullah yang dirindui
Perjalanan ini takkan pernah kau akhiri
Melainkan hanya jika kemenangan kau genggami
Atau syahid membawa dirimu pergi

Moga Allah menjadi saksi jihadmu
Disepanjang jalan juang yang berliku.

Rejab 1433H..
Maarad, Tanta elGharbiyah~

Buat sahabat-sahabat (kecik dan besar) di luar sana
terus mara menyelusuri jalan~
saya mendoakan kalian dari kejauhan :)

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post