Author: caudate nucleus
•8:18 AM
bismillah walhamdulillah

alhmdulillah. selesaI melalui zaman perit di orthopaedic,tagging time. tagging seronok actually sbb kita boleh try and error..bila buat salah org tak expect nk marah lebih2 sbb kita masih dlm proses nk belajar,plg best bila dpt turun kecemasan pergi cari case ,but then tagging period is a tiring time. kalau keja dekat ward xsibuk mana..xpa ja nk tagging sampai 12mlm. tapu..hakikatnya adalah sebaliknya. so mental akn feel burden. not only physical.direct 2 weeks tagging no offday in between.

as usual..kalau masuk dept baru,baru nk adapt dgn environment..kalau tak kena marah, memang tak sah. pernah sekali kena tegur dgn specialist (mr.k) sbb tak konfem status booking emergency operation utk sorg pt..bila kena tegur, tapi bukan salah kita..automatic rasa sedih. termenangis. time tuu mybe sbb rasa penat. then kena marah utk benda yg kita xtahu menahu. aiyak. dah besar kot. maluu juga lepas tu. nangis xberlagu je time tuu.

pengalaman kedua..seminggu yang lepas kena ugut dengan m.o nak bagi full extension. juga sebab kesalahan yang orang lain buat..saya kena tanggung. mula2 tak kisah lagi bila dgr m.o tuu mencarut mencaci bagai...tp bila dia ckp nk bg full extension..automatically xdpt tahan emosi. terlalu cepat lacrimal gland terstimulate. serius sy sgt allergic dgn perkataan extension.cukup la sekali..siapa sangka pg tuu bru nk start round sy dh berdrama menangis teresak2 hanya kerana ugutan m.o tersebut. dan paling sayu..bila mr.k dtg time klimaks kena marah kaw2..dia redakan keadaan. specialist relax je..m.o yg lebih2 pulak.

orthopaedic buat jiwa saya  sakit dn terasing. rasa mcm dlm satu dunia berbeza. perlu menanam minat...dan perlu utk perform. yg penting perform utk pesakit..tak perlu perform utk org9 puji kita. sbb nk cari redha manusia sampai bila pun xkan dpt. sbb manusia sifatnyaa xpenah puas dgn apa yg ada. dan berurusan dgn manusia memang menyakitkan terutama dgn org yg xda kasih dan syg terhadap org lain.

semalam first time oncall. semalam juga pesakit spine sy pergi. pemergiaannya dlm keadaan penuh kesakitan. ahli keluarga minta kami hentikan smua supportive management utk pesakit tersebut. tak perlu lagi utk dipanjangkan hayat pesakit tersebut katanya..coz.it is too pain for them by looking that pt in such struggling time with his death. ubat inotropes kami hentikan dgn sengaja..langsir katil ditutup rapat..maka bermulalah saat sakaratul maut. bayangkan..anda lepaskan pesakit anda pergi secara voluntary dlm keadaan anda tahu dia akan menghadap Allah dlm keadaan kufur tanpa islam di hati. moga Allah ampunkan dosa2nyaa..dan semoga pengakhiran itu adalah sebuah kerehatan baginya bukan saat bermula azab yg lebih pedih. dlm hati.".uncle,sy minta maaf andai saya xmenyampaikan islam dgn baik kpd uncle" speechless.

*coretan pada jun 2014..dah lama simpan sampai lupa nk publish..then here it is..

give. even when you know you can get nothing back.
|
This entry was posted on 8:18 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On January 7, 2015 at 5:27 PM , amirah said...

assalamualaikum akak yang saya rindu, lama tak baca tulisan akak, akk, saya doakan akk terus istiqamah dalam kerjaya akak demi islam, kerana Allah. Akak doakan saya juga dapat jadi kuat juga. :) ungkapan rindu tidak dapat menggambarkan dengan rasa rindu sebenar dihati, syukrulillah akk , moga terus jadi pejuang agama Allah, miss you.