Author: caudate nucleus
•11:30 AM
 Mahasuci Allah..Dialah Penguasa di langit dan di bumi~

Alhamdulillah3, ucapan syukur dihadapkan kepada Allah di atas nikmat, ujian dan rahmat yang tidak terhitung. Tidak lupa selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad sollallahu 'alaihi wa sallam..semoga Rasulullah mengenali kita sebagai umat Baginda di hari perhitunga nanti. Hurm. rasa untuk menulis sangat-sangat, tapi tak pandai menulis sangat pun, hanya sekadar ingin berkongsi :)

Rencah Dunia..Negara-negara Islam bangkit~

Dunia meyaksikan kejatuhan pemerintahan Zeinal Abidin , bekas Perdana Menteri Tunisia juga Hosni Mubarak, bekas Pemerintah diktator di Mesir. Alhamdulillah..yang Zalim akhirnya turun, jatuh satu persatu..akur dengan kekuasaan Allah. Allah yang memilih mereka sebagai pemimpin, namun amanah dikhianati akhirnya Allah sungkurkan mereka di tangan rakyat mereka sendiri. 

Hasil revolusi yang membuka mata dunia ini, berjaya memberi suntikan semangat kepada umat Islam yang lain supaya bangkit menentang kezaliman. "kita akan kuat jika kita bersama dan bersatu menentang kezaliman..dan Allah sentiasa bersama kita" seolahnya inilah laungan semangat yg mereka jeritkan kepada dunia! Nah, Sekarang bangkit pula masyarakat Islam di bumi Bahrain, Libya, Yaman dll !~

 penduduk Benghazi yang terbunuh~

Sedang hangat diperkatakan hari ini pergolakan di negara Islam Libya. Pemimpinnya Muammar Gaddafi masih terus enggan meletakkan jawatan, bahkan katanya sanggup mati syahid untuk mempertahankan jawatannya dan menghapuskan pemberontak. Adeih~. Kekejamannya membunuh rakyat penunjuk perasaan tanpa senjata dibongkarkan oleh menteri dibawahnya, sehingga ramai yang meletak jawatan tanda tidak bersetuju dengan tindakannya. Dan ini kenyataan Syeikh Yusuf Qardawi tentang Gaddafi..


faham ke? :D ini pula ulasan terjemahan yg saya copy paste dr FB
"Syeikh mengatakn Gaddafi ini mmg org yg tak faham bahasa dan tak guna untuk berbicara dengannya, masakn seorang bapa membunuh anaknya(rakyat nya), memerintahkan tentera membunuh saudarnya, ini kezaliman yg nyata..hatta Israel yg begitu zalim pon tak smpai tahap yg dilakukan oleh Gaddafi terhadap rakyat nya

minit ke9-syeikh menyeru kpd tentera utk tidak taat kpd Gaddaf..i,tiada taat kpd manusia pada maksiat kpd pencipta..syeikh mgatkan sesiapa d kalangan tentera yg mampu utk melepaskan tembakan kpd gaddafi maka lakukan lah..

minit ke 10-pesanan syeikh kpd tentera supaya terus thabat menghadapi kezaliman pemerintah, merujuk ayat akhir surah Ali-Imran..kerana kebebasan adalah bernilai, ianyatak akan diperolehi kecuali dgn pengorbanan,,,yg mati dikalangan mereka adalah para syuhada...tinggi kedudukan disisi Allah. Semua rakyat Libya wajib bersatu menjatuhkan kezaliman setelah bersabar selama 40 tahun lebih"

Zeinal Abidin, Hosni Mubarak dan Gaddafi itulah pemimpin-pemimpin yang dibenci rakyat mereka sendiri. Bekas PM Tunisia yang Islam hanya pada namanya-di zaman pemerintahannya mengharamkan rakyatnya solat berjemaah Maghrib dan Isyak di Masjid. Jika didapati berbuat demikian melebihi 3 hari, mereka akan dihukum penjara. Saya juga baru tahu, rupa2nya umat Islam di Tunisia dilarang berpuasa di Bulan Ramadhan kerana akan menyebabkan mereka lemah dan ini akan mengurangkan kualiti serta produktiviti negara itu.

Hosni Mubarak pula dibenci oleh rakyatnya setinggi Jabal Thur Sina dan sepanjang Nahr El-Niil kerana pemerintahan diktatornya. Dialah juga yang menyiksa puluhan ribu penduduk Palestin kerana bersekongkol dengan Israel Laknatullah.Bagaimana agaknya kehidupan mereka (pemimpin2) selepas ini, hidup di dalam pelarian, dibenci, dikutuk oleh umat Islam dan manusia seluruh dunia- apakah Allah akan merahmati kehidupan mereka?. 

Tidak sama sekali. Biarpun ada bersama-sama mereka ketika ini harta peribadi yang nilainya berjuta-juta dolar Amerika, namun apalah nilai semua itu andai setiap saat kehidupan mereka Allah tidak redhai~ Semoga Allah menerima taubat mereka jika mereka benar2 telah memperoleh peringatan. 

Sudah selayaknya mereka dijatukan. Saya terfikir seakan di sana terdapat petanda di sebalik kejatuhan pemimpin-pemimpin yang fasiq ini..Apakah kemenangan Islam di akhir zaman yang telah Allah janjikan itu semakin hampir?. InsyaAllah tidak lama lagi..amin Ya rabbal 'Alamien~ Jika begitu, maksudnya sekarang kita sedang hidup di zaman fitnah yg terbesar...itulah dia fitnah alMasih AdDajjal. "Ya Allah kami berlindung denganMu ya Allah dari fitnah alMasih adDajjal" amiiin!

masanya untuk berubah 1~ 

 masanya untuk berubah 2~ 

semoga terus sejahtera

P/S: ada terbaca satu entry blog. tulisan yang sangat mengagumkan, lahir daripada hati yang ikhlas. Semoga memperoleh rahmat..sila la baca, dan mesti baca!! di sini

*bulan 3 nanti ramai sahabat-sahabat + sedara mara nak kawen. Barakallahulakum wa jama'a bainakum bilkhair. Semoga dipermudahkan semua urusan mereka..dan mungkin saya akan pulang ke Mesir juga pada bulan tersebut. Doakan juga urusan saya dan sahabat2 yang lain dipermudahkan~ 

kerana masa itu kehidupan maka perlu manfaatkan sebaiknya, ayuh MEMBACA =)

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
|
This entry was posted on 11:30 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: