Author: caudate nucleus
•10:02 PM
Bismillahi walhamdulillah Allahu Akhbar..

بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ
قُلِ الَّلهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِى الْمُلْكَ مَنْ تَشَآءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَآءُ
وَتُذِ لُّ مَنْ تَشَآءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلى كَلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
"O Allah! Lord of Power (And Rule), Thou givest power to whom Thou pleasest, and Thou strippest off power from whom Thou pleasest: Thou enduest with honour whom Thou pleasest, and Thou bringest low whom Thou pleasest: In Thy hand is all good. Verily, over all things Thou hast power. 
(ali imran-26)


melewati jam 4 petang waktu mesir, alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Allah huwa Rabbi, masih bernafas di saat mesir dilanda kekalutan dan pergelutan, bersama das-das tembakan yang sudah menjadi kebiasaan pada waktu malam juga dengan keadaan banduan-banduan yang terlepas dari beberapa buah penjara di Kaherah. Alhamdulillah masih mampu bergelak tawa bersama sahabat tersayang.. Sekarang sudah siap berkemas, hanya sedia menanti arahan supaya berkumpul dan kemudian akan bergerak ke kaherah. Seterusnya dievakuasikan ke Jeddah. Saja curi masa. Manfaatkan kewujudan internet ni dengan sebaiknya =)

 hoho..perang saudara~pro dan anti HM

pergelutan dahsyat~

Sungguh tak saya sangka negara yang mempunyai 80.5 juta penduduk ini akan bangun, menyuarakan hak mereka setelah lama rakyat yang lemah ditindas. Acapkali juga doctor2 pensyarah di dalam kelas bercerita lantas mengkritik tentang sistem kehidupan dan pemerintahan di Mesir ni, disamping mereka meletakkan harapan agar Mesir akan berubah 1 hari nanti. Hari ni, pensyarah2 saya bersama rakan senegaranya yg lain tampil dengan kebangkitan yang mengejutkan, membuka mata dunia. Tahniah kepada Sang Pencetus dan Si Perancang strategi untuk kebangkitan melawan pemerintahan diktator ini. Semoga Allah redha dengan kalian semua. Dan semoga diakhirnya memberi kemenangan kpd yang HAQ dan mengalahkan yg BATIL..Allahuakhbar~


Kehidupan saya di sini telah terkalih berpusing melebihi 180 degree..semua perancangan cuti musim sejuk yang sepatutnya hanya 2 minggu ini langsung terkandas. semuanya terpaksa dilupakan. kembali mengetuk minda yang sering lupa tentang Perancangan Dia, peracangan Allah Al-Hakim adalah segala-galanya. PerancanganNya penuh teliti, penuh hikmah tersirat yang sentiasa perlu dirungkai. Semuanya ini pengalaman baru dalam kamus hidup. 

Hari pertama cuti winter break kami, jumaat 28 Jan 2011- semua sistem perhubungan terputus. Internet dan SMS disekat, nyawa perhubungan terkahir iaitu line telefon bimbit akhirnya juga diblok. Tiba-tiba rasa dunia disekat, tak tahu apa yang berlaku di dunia luar. Saya juga dapat maklumat dpd sahabat2 terdekat bahawa hari tersebut selepas solat jumaat akan ada muzaharat secara besar-besaran. Sekadar mengambil enteng. Biasala kan, muzaharat aka demonstrasi kat sini. Bukan benda pelik. Selepas asar, saya keluar dengan housemate-Faten. Terasa bahang gas pemedih mata dari jarak 200-300m tempat muzaharat. Relax je. Jumpa adik junior, dorg cakap kat kawasan bandar ada demo..ramai sangat orang. *hurm..mcm menarik..wink2* ;)

 ni di medan tahrir kaherah..kat tanta kurang sikit dpd jumlah ini
Teruja nak melihat, sambil tu nak beli kek hari lahir..kami pun terus mara ke kawasan bandar. Kena jalan kaki, sebab kenderaan disekat utk melepasi jalanraya menuju ke kawasan bandar. Bila sampai 50m dari tempat perhimpunan tu..tiba2 rasa gerun sangat2. Bayangkan orang arab mesir yang panas baran ni mengamuk. Kayu dan besi semua dorang sental. Sambil menjerit-jerit dengan bilangan yang mungkin hampir jumlah 1000 orang. Kita sendiri pun sedia maklum mcm mana keadaan nada dorang bila marah. Kitorang yang tadi konon2 berani, mula lari berpatah balik. Kalau tak, dalam masa 3-4minit kemudian, kitorg juga akan tenggelam dalam perhimpunan yg ramai itu. Cepat-cepat tahan tremco, nasib baik ada tremco ni, kalau x jenuh nak lari (T__T). Dalam perjalanan balik baru perasan deretan polis tersusun di tepi jalan dengan lori-lori traknya...

 islamic leaders...bersatu itu kuat! =)

tentera menggantikan polis menjaga keamanan negara
Hari sabtu, hari kedua percutian..tengah hari lepas zohor dapat semula line telefon. Dunia kembali bersambung..segera beli topup. Buat panggilan ke hp umi di Msia. Dapat cakap 2-3minit kemudian habis kredit. Biarpun sekejap, tp cukup untuk legakan hati mereka di Msia. insyaAllah. Malam tersebut kemudiannya termaktublah perintah berkurung. Oh apakah itu? tiba-tiba dengar istilah tersebut.."haish dah darurat sgt ke". 

Malam tu sepatutnya ada jamuan makan di rumah madam (ex-kakak SC kitorg), jamuan hanya kecil-kecilan-kesyukuran sempena ulangtahun kelahiran anaknya yg sulong. pukul 9malam kami mahu pulang ke rumah ramai2 ditemani beberapa orang mushrif, tapi tiba2 dikejutkan dengan kewujudan muzaharat beberapa meter dari kawasan perumahan-di jalanraya utama. Pemuda2 arab penuh mengelilingi kawasan perumahan itu bersama kayu dan besi. mereka seolah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. "Oh sudah..apa kes pulak ni". Kami dihalang untuk melalui jalan utama. Katanya keselamatan akan terancam, bahaya!. Hurm, Maksudnya tak dapat balik rumah. Alamatnya terpaksa bermalam di rumah madam tersebut beramai-ramai. Setelah beberapa minit kembali semula ke rumah madam tersebut, beberapa das tembakan dilepaskan...oh!!~alhamdulillah, kami selamat di dalam rumah tersebut..

**malam tu jugalah mula keluar berita kewujudan kereta kebal, ada pelajar indonesia terkena tembakan, esok hari akan ada catuan air dan elektrik...dn banyak lagi~

bermula hari ketiga sehinggalah ke detik ini, dikeluarkan pekeliling agar tidak keluar rumah melainkan untuk perkara-perkara penting shj. 1st time rasa keluar ditemani mushrif di siang hari, agak janggal. Kami keluar untuk sebarkan risalah PCT juga, so tak jadi masalah gunakan mushrif. kalau nak gi kedai dekat rumah tu xperlu la kot bermushrif. Hari-hari masa dihabiskan di rumah. Culture shock kejap sebab 24 jam duduk rumah tanpa keluar..otak pun jadi beku.

Esok, 4hb Feb 2011- hari jumaat kedua sejak cuti winter break...dijangkakan ada rusuhan besar-besaran lagi sekali. Menuntut Husni Mubarak turun dari tampuk pemerintahan. Selagi tak turun, selagi tulah rakyat marah. Keadaan juga bakal huru-hara lagi. Sekarang dah timbul pula perang saudara..sesama rakyat Mesir bergaduh. Ada golongan pro-HM dan golongan anti-HM yg kita sedia maklum. Musykil. Entah golongan mana entah yang menjadi kelompok pro kepada sang diktator itu, adakah golongan2 kaya?,atau polis yg dikambing-hitamkan? entahla. pelik betol. Setahu saya rakyat negara yang mengamalkan sistem kasta ini benci dengan Hosni Mu-corrupt. Kebencian mereka yang setinggi Bukit Sinai, yang sepanjang Sungai Nil. 

 tolong la berundur..huhu

sistem kasta kat sini sangat dahsyat, kalau kaya tu memang kaya sangat-sangat..sampai termuntah-muntah 2-3 buah troli apabila golongan ni membeli belah di gedung-gedung membeli belah terkenal spt CARREFOUR dan CITY STAR, rumah mereka pula berbanglo-banglo seolah-olah nak duduk kat dunia ni selama-lamanya..Tapi kalau miskin pulak, miskin sangat-sangat. Sampai setiap hari perlu mengemis, rumah tempat berlindung hanyalah sebuah khemah, spt khemah perlarian dan hari-hari pergi menguis sampah mencari sisa-sisa makanan dan barang untuk dikitar semula..semoga nasib golongan tersebut akan terbela lepas ni..biiznillah~

 anak ini menuntut masa depannya yg cerah..

besar tadhiyahnya..berkorban untuk menjatuhkan kezaliman di muka bumi..

Esok juga kami mungkin akan bergerak ke Kaherah.Hanya berdasarkan firasat saya,masih belum mendapat sebarang arahan pun. Semuanya belum diputuskan lagi. Tapi sememangnya mendoakan agar dapat sampai ke Kaherah dengan selamat, seterusnya menuju ke Jeddah dengan tenang dan aman kemudian dengan izin Allah pulang ke bumi Malaysia dengan jayanya. Jauh perjalanan yang dirancangkan. Semoga Allah pelihara serta Allah permudahkan urusan kami. Saudara-mara dah mulai bimbang apa nasib saya di sini..dan umi jawab, umi serahkan sepenuhnya pemeliharaan kpd Allah..hanya kepada Allah kita bertawakal~ 

 inilah kelebihan yang ada pada rakyat mesir..solat itu di mana-mana shj

 Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebi tinggi daripadanya

kepada Allah kita panjatkan segalanya..bukankan doa itu senjata kita
berserah kepadaNya segalanya~moga HM jatuh secepat mungkin =)
ameen
 
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)


meh..jom tengok video kat bawah ni~
 

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
|
This entry was posted on 10:02 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: