Author: caudate nucleus
•9:23 AM
  
   
Bismillahirrahmaanirrahiim..
Firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 183 :juz ke-2::mafhumnya::

“ Wahai orang yang beriman, telah difardhukan kepada kamu puasa sebagaimana yang difardhukan ke atas orang-orang sebelum kamu, moga-moga kamu menjadi orang yang bertaqwa”

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
  
Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah ‘Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah. [Hadith riwayat al-Nasaai]

Seperti sebuah mimpi..pantas masa berlalu hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. Sedar tak sedar setahun sudah Ramadhan pergi dan kini bulan penuh barakah ini tiba kembali. Seperti saban tahun, tetap ceria dan meriah kedatangannya bersama promosi yang pelbagai, tak lekang dengan ganjaran-ganjaran hebat berlipat kali ganda.

Ramadhan al-Mubarak gelaran diberi, namanya begitu gah dan mempersonakan sehingga dapat membuatkan hati-hati yg mendengarnya tersentuh, sebak menanggung rindu, bahkan menangis pun ada. Betapa Ramadhan itu Allah muliakan, dengan pelbagai ganjaran yang hanya dapat diperolehi sekali dalam setahun. Cuma insan sedar atau tidak, insan peka atau lalai dengan kehadirannya.

Hadirnya Ramadhan saban tahun membawa bersamanya Puasa sbg isteri, dan tiga anaknya iaitu Maghfirah, Taubah, dan Rahmah juga tidak ketinggalan sahabat baiknya - al-Quranul Karim. Layanilah tetamu-tetamu ini sebaiknya kerana mereka tidak lama bersama kita, hanya utk tempoh 30hari dpd 365 hari yang ada. Daripada 30hari mereka akan bertamu, kita pula belum tentu dan belum pasti akan dapat bersama mereka untuk tempoh 30hari tersebut. Jadi, untuk setiap saat kita bersama mereka hargai dan gunakanlah sebaiknya peluang yg ada utk "beramah mesra" dgn tetamu-tetamu ini. Semoga Allah rahmati kita.

Dan nantikan kemunculan tetamu kehormat pada 10malam terakhir, ketibaannya hanya pada satu malam namun tidak dapat dikenal pasti pada malam yg mana satukah ia akan tiba bersama hadiah-hadiah dan ganjaran yang menarik yg dibawa bersama. Kita hanya perlu menanti dan "bersedia" dengan penuh tekun untuk menyambut ketibaannya. Kemuculan tetamu ini memang sangat dinantikan oleh sekalian penduduk bumi pada saban tahun, akan datang bersamanya adalah ribuan para malaikat yang akan bertebaran di setiap ceruk muka bumi Allah utk mengaminkan doa penduduk bumi yg bermunajat pd ketika itu dan bersama-sama mereka juga adalah rahmat Allah yang sangat tidak terkira banyknya. Subhanallah, istimewa sungguh tetamu ini. Besar sungguh kasih sayang dan rahmat Allah yg mengurniakan tetamu ini kpd kita semua penduduk bumi.

Di akhir penghujung saat kita bersama tetamu-tetamu ini moga Taqwa akan kita beroleh sebagai buah tangan dan bekalan menempuh hari2 seterusnya. Dengan Taqwalah kita dapat menjadi Hamba Allah yg paling mulia di muka bumi ini.Semoga kita tergolong dalam golongan-golongan Muttaqien dan bukan hanya sekadar Mukminin. Ameen ya Rabbal ‘Alamien..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini 

Sungguh Ramadhan 1430H ini begitu istimewa buat saya. Kali ke2 saya menyambut Ramadhan di bumi anbiya'. Ramadhan kali ini memberi kesan mendalam di hati ini. Semoga Ramadhan ini adalah yg terbaik dpd sebelumnya. Mungkinkah ini adalah Ramadhan terakhir buat hamba yg hina ini? Hanya Allah yg mengetahuinya. Ya Allah, kurniakan hambaMu ini keberkatan dan pengampunan kpd dosa-dosa yang lalu. Semoga hamba dapat menjadi graduan universiti Ramadhan yg cemerlang..Ameen.

salam Ramadhan al-mubarak buat sahabat2 yang mengenali insan yg dhoif ini. Mohon diampunkan segala salah, silap dan dosa yang telah saya lakukan sepanjang 19 tahun lebih bergelar hamba Tuhan. Salam rindu buat ahli keluarga di Malaysia, sungguh hati ini sangat merindui saat kita berkumpul bersama menyambut hari-hari yang mendatang pada Ramadhan-Ramadhan yg lepas. Semoga dapat berkumpul bersama lagi pada satu hari nanti. Ameen Ya Rabb.

p/s: mohon jasa baik semua mendoakan saya najah dalam exam dur thani yang lepas..jzkk
~11.oo pg, 2 Ramadhan 1430H

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
|
This entry was posted on 9:23 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: