Author: caudate nucleus
•12:42 AM
With the name of Allah The Most Beneficent The Most Merciful

semoga dikurniakan ketenangan hati setenang air yg membiru

Alhamdulillah 'ala kulli haal...Walau dunia tidak seindah syurga =)
alhamdulillah atas segalanya.
kali ini Cuti musim panas ini bukanlah sebenarnya "cuti" bagi saya
perlu meneruskan perjuangan yg belum selesai..
medan jihad ilmu tahun 4 masih belom berakhir
perlu kuat utk hari-hari mendatang, perlu gigih dengan gigih yg benar2 gigih =)
 
Tarikh pulang ke Msia juga sudah ditunda..
insyaAllah umi, abah, adik2, kak amal dn abg2 kita jumpa September nanti..
dengan izin Allah juga. smg Allah beri kekuatan utk menghadapi semua ini.
Hamba ini lemah, hamba ini lemah tanpaMu ya Rabbal Izzati
kali ini juga dengan izin Allah saya akan menyambut kedatangan ramdhan 1431H
sekali lagi di bumi Mesir..khususnya bumi Tanta.
Kita merancang..namun Allah juga sebaik-baik perancang!

alhamdulillah, sahabat2 yg menunaikan umrah juga sudah pulang dengan selamat..
hakikatnya jasad mereka semua di sini,
namun hati-hati mereka begitu merindui tanah haramain sehinggakan
berlinangan air mata apabila terkenangkan memori2 di sana
subhanallah, begitu sekali nikmat yg Allah campakkan ke dalam hati-hati mereka
semoga saya juga merasainya satu hari nanti..Ameen ya Allah~

kali ni ingin berkongsikan satu khutbah yg sangat best,begitu bertenaga..
padat dengan peringatan! saya terkesan dengan isi butiran video di bawah..
best sgt2! disampaikan oleh Nouman Ali Khan
pendakwah yang sudah tidak asing lagi di bumi Amerika..
tidak salah saya ucapkan..saya sudah jatuh cinta dengan Nouman..=)
kata-katanya begitu mudah menusuk qalbu..mungkin inilah natijahnya
hasil daripada keikhlasan yg terbit dpd hati yang ikhlas menyampaikan ISLAM
sungguh benar, yang kekal itu adalah sesuatu yg disertakan dengan IKHLAS!


The people of TAQWA &Characteristics of the people of jannah

"manusia itu umpama musafir yang sedang dalam perjalanan jauh..berhenti dia di sepohon pokok yang rendang (dunia) lalu lalai dan leka dia berehat di situ (perkara-perkara dunia) sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju akhirat kekal abadi)" kata-kata hikmah

"kita semua akan pergi..entah bila masanya...
tempoh di dunia ini manfaatkan sebaiknya.andai diuji,
jgn lemah dan jgn hilang arah tujuan semuanya daripada Allah jua..
apa jua yang Allah taqdirkan itu jua yg terbaik
kita hanya hamba, sedangkan dia Tuan Pencipta segalanya
pohonlah kekuatan dpdNya utk meneruskan hidup ini dengan kemanisan iman
semoga Allah pandang diri kita yg kerdil dengan pandangan rahmatNya
terima kasih utk semua ahli keluarga dn sahabat2 kesayangan
atas kata2 semangat dn dorongan dpd kalian
jazakumullah khairan jaza'~ =)"


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post
Author: caudate nucleus
•12:17 PM
 Dengan Nama Allah, Tuhan  yang memiliki kekusaan di langit dan di bumi..

maha suci Allah yang menciptakan sesuatu dengan kecantikan tersendiri!
 
alhamdulilah untuk nikmat masa lapang yang Allah kurniakan sekarang, semoga hari-hari yang dilalui pada masa mendatang diberkati dan dipelihara daripada kemaksiatan kepadaNya. Julai sudah tiba, ini adalah musim-musim natijah imtihan akan keluar. Allahu Rabbi. Debaran jiwa-jiwa yang menunggu keputusan imtihan ini dapat saya rasakan juga. Apa yang pasti doa kita panjatkan tanpa putus-putus, dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah untuk menentukan apa yg terbaik buat saya dan sahabat. InsyaAllah result tahun 4 keluar hari ini, huhu tak tahu bagaimana nk diungkapkan dengan kata-kata. Akal ligat berfikir berbagai kemungkinan. Dan tiba-tiba terus teringat pesan Najwa jangan berburuk sangka terhadap Allah dengan berfikir yg bukan-bukan. Dan yang penting jangan putus asa dengan rahmatNya..

Syaaban juga sudah tiba, membuatkan saya terkenang-kenang dengan Ramadhan. Sempatkah merasakan nikmat Ramadhan pada tahun ini? masih bernafaskah jiwa ini pada saat Ramadhan 1431H menjelma..Allah~ Allahumma balighnaa ramadhan..Rindu kepada bumi Malaysia tidak dapat dibendung lagi. Takut pun ada juga nak balik ke bumi jelapang padi itu. Tak pasti apakah yang ditakutkan itu, tapi salah satunya saya cuak dengan perkataan "istiqamah". Takpe2..Allah kan ada. Dia yang memegang hati-hati kita.
 
lepas dgr ceramah israk mikraj baru2 ini..jd rindu kpd bumi palestin~
 
pagi ini ada join satu ceramah online melalui skype, bersama pelajar2 di negara luar. perbincangan tentang 10 ayat terawal sural alQalam. menarik. sangat best. dalam banyak-banyak isi ada satu yang menarik perhatian, kata ustaz- untuk membentuk anak-anak usrah ni ibarat menghasilkan produk kilang. usrah itu sendiri adalah kilang, kita yg memegang amanah sbg murabbi harus melakar dan merancang dengan sempurna, mereka cipta dengan kreatif produk-produk yang bakal dikeluarkan..kat sini saya copy paste sedikit apa yang telah disampaikan..sangat menarik!

so sbb tu dlm usrah kite pon, kena ada seni, kreatif utk kite jgn terlalu manjakan diri dan anak2 usrah, bg mrk hafazan2. analogi usrah ibarat satu kilang. berlaku mcm2 proses dlm kilang, sama juga berlaku macam2 proses tarbiyyah dlm usrah

hasilnya kite xakan duga, Allah yg menetukan hasil kilang tu, asalkan dgn syarat kita menyediakan proses pembentukan itu ibarat kilang yg mengahsilkn pau, hasil akhir die ada beberapa jenis inti pau, pau kacang pau ayam, etc. sama juga spt hasil akhir anak usrah kite, kite berusaha menyediakan yg sepatutnye utk die, hasilnya berlaku perubahan eg dr x pandai berckp blh berckp, takut2 blh jd berani etc.

tp yg penting kite perlu plan kite mahu menjadikan mrk satu pau. bersabarlah, perubahan utk menjadi pau tu sgt lama mayb bg certain2 org. penantian utk mengahsilkan produk yg seronok mmg menyeksakan, tp mmg sudah ketetapan Allah pau itu akan menjadi jika Allah mahukan ia jadi. plan yg bagus utk menjadikan mrk pau ialah kite sediakan segala bahan utk menjadikan pau,bukan menyediakan bhn2 yg tiada kene mengena utk buat pau.

spt anak usrah, kite masuk dlm permasalahan die, baru hatinya tersentuh utk menjadi matang. dalam proses2 penyediaaan mrk, kite harus uji sikit2 utk tentukan tahap kefahaman mereka, nak uji eg tahap ithar, dll. pau yg telah melalui semua proses pemprosesan yg baik akan menghasilkan pau yg sedap dan lazattt sgt

sama spt anak usrah, kita as a murobbi kene make sure anak usrah dpt semua yg sepatutnya, jgn tertinggal apa2, utk menjdkn mrk juga murobbi yg hebat..

** dalam banyak-banyak yang dibincangkan ini yang paling memberi kesan, sebab 10minit sebelum dengar ceramah ini saya sedang makan kuih pau. huhu. kebetulan yang tak diduga. credits tu sahabat saya Amal Syairah utk kuih pau yg sangat sedap. kalau nak tempah lps ni boleh la cari cik amal kita. hehe. promote sket =)

** ustaz juga ada pesan, hari-hari jangan lupa doa agar kita dikurniakan akhlak seperti mana akhlak Nabi SAW..tidak ada hasad dengki dengan orang kafir yang membenci baginda, tidak pernah membuka aib orang lain, berlaku jujur dalam semua urusan dll akhlak mahmudah

sekian itu sahaja..debar nih tunggu keputusan final exam tahun 4..huhu~ hasbiyallahu wani'mal wakiel !!

..generasi pewaris bangkitlah berjihad di jalanNya..
Links to this post