Author: caudate nucleus
•1:43 AM
 Bismillahi walhamdulillah Allahuakhbar~



sedang melewati malam pertama di bulan Muharram, bulan pertama bagi tahun 1432H. alhamdulillah Allah panjangkan usia sampai ke saat ini.Terasa begitu cepat masa berlalu, menimbulkan persoalan secara tiba2~apa yang sudah saya kerjakan dalam tempoh setahun yang lepas..semoga Allah redha semuanya dan dijauhkan daripada kemurkaanNya~ameen ya Rabb

alhamdulillah. Hari ini Allah uji dengan menarik nikmat sihat. Badan semakin panas, hidung semakin tersumbat, tekak agak sakit, perut begitu tidak selesa..kadang-kadang seperti memulas macam dalam mesin basuh lagaknya. (T_T). Dah lama tak rasa sakit. Tak meminta agar ditarik nikmat sihat, cuma bersyukur sebab Allah berikan tanda kasih dan sayangNya (^_^).

Petang tadi merancang untuk menghadiri ceramah Maal Hijrah di Bait Izzah. Ahli panel memang terbaiklah. Siapa yang tak kenal dengan Ust Nik Faisal dan Dr. Tengku Fakhrudin..dua-dua sama hebat, petah berbicara, cuma beza status diri dan kuliah pengajian =)..begitu tekad utk menghadirinya, namun akhirnya tidak dapat pegi atas sebab kepala yang terasa begitu berat, ada la hikmahnya tu. Rasa rugi? takde la rasa sangat..sebab pada sebelah malamnya dapat menghadiri mesyuarat terakhir bersama semua AJK di dalam Unit Pembangunan Insan, PCT. Alhamdulillah, dapat juga memberi dan menerima sesuatu pada hari ini..at least jiwa tak kosong langsung,ada juga pengisian..

*Intipati ucapan dpd pengerusi kami Saudara Azhan Hamdan semasa ucapan akhir mesyuarat tadi begitu halus menyentuh hati, katanya; semua orang ada posisi dan peranan masing-masing untuk bekerja..menyumbanglah dalam apa jua bentuk keadaan sekalipun; sbg pemikir, penggerak, perancang mahupun hanya pemberi cadangan. Dan perkukuhkanlah ukhwah fillah sesama kita. 



Semoga satu hari nanti kita akan berkumpul semula seperti hari ini di dalam syurga untuk bercerita dan berkongsi tentang apa yg telah dilakukan semasa kehidupan di dunia. Dan yang paling indah adalah apabila dapat berjumpa dengan Allah dan RasulNya; Nabi Muhammad SAW.."masa tu boleh tanya direct kpd Nabi dan para sahabat macam mana sebenarnya keadaan dan situasi semasa perang Badar..duduk bersama Nabi..bukankah itu yg paling indah? dapat bersama Nabi dan para Sahabat baginda SAW di dalam syurga?" nak masuk syurga bukan senang..sangat susah!* bginilah lagaknya apabila tuan Pengerusi berbicara..memang menyentuh hati~

1432H hadir menyapa, mendekatkan kita dengan hari KEBINASAAN. Sudah 21 tahun bergelar hamba Tuhan. Yakin sudah banyak dosa dn noda telah dilakukan. Entah apakah Allah menerima penyesalan hati atas maksiat yang telah dilakukan? Entah apakah semua amal yang dilakukan sebelum ini akan diterima  Allah? atau semuanya terkumpul bagaikan gunung Tihamah, lalu akan hancur berderai menjadi debu bertebangan...tiada nilai~Allah, kami pohon keberkatanMu pada tahun baru ini. Semoga hambaMu ini sentiasa diberi petunjuk agar tetap tegar di atas jalan Siratul Mustaqim..

kami ingin bersama Rasulullah yg disayangi penduduk langit dan bumi..layakkah ummat yg kerdil ini duduk disamping Rasulullah dan para sahabat? Allah..kami tiada daya melainkan semuanya daripadaMu..semoga Engkau redha dengan segalanya..bantulah kami..amin*

syurga itu adalah sesuatu yang tidak pernah dijangkau oleh akal fikiran, tak pernah dilihat oleh pandangan mata dan tidak pernah didengari oleh telinga~hebatkan? indahnya syurga..namun apakah ada ruang di syurga buat kita? (T_T)..

*yuk..jangan lupa puasa 10 Muharram nanti =) rindu sama bubur asyura..

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
|
This entry was posted on 1:43 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On January 15, 2011 at 9:09 PM , Mr. TN_SkY said...

Sama2 berdoa moga menjumpainya...huhu...ALLAH malu menolak doa hambanya yang berharap dengan syart keklkan jiwa di landasan yang betul..insyaALLAH..=_=