Author: caudate nucleus
•4:42 PM

Bismillahi walhamdulillah wala haula wala quwwata illa billah~


dengan nama Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa ke atas segala yang ada di bumi dan di langit..
Ramadhan sudah hampir..tinggal berbaki beberapa jam saja lagi..Allah, benarkah nikmat ini untuk kami hamba-hambaMu..semoga kami kecapi nikmat Ramadhan tanpa mensia-siakannya..


 ini Ramadhan kali ke3 saya di sini..insyaAllah. Tak terjangkau oleh akal, dapat juga saya rasakan Ramadhan 1431H di bumi Tanta buat kesekian kalinya..semoga lebih baik dpd tahun-tahun yg sebelumnya. Tahun ni lain dpd sebelum-sebelumnya. Ahli rumah saya lengkap. Alhamdulillah dapat merasakan tarbiyah Ramadhan bersama-sama. 

Maaf buat sahabat-sahabat yang datang ziarah kat sini, tak mampu nk update sokmo. saya perlu meneruskan peperiksaan yang berbaki, laptop juga dh rosak..pinjam laptop kawan je ni. Kali ini ada satu puisi muhasabah dibawa khas dar bumi Glasgow, hasil karya seorang hamba Allah..suka untuk saya kongsikan dengan sahabat-sahabat di sini..semoga si penulis memperoleh ganjaran dpd Allah di atas penulisannya yg menyentuh hati..Salam Ramadhan Almubarak buat semua, Ramadhan Kareem..wAllahuakram =)

Begitulah Ramadhan berkunjung lagi
Pada keriuhan kita dengan kehidupan dini
Ramadhan menyapa kita penuh bersahaja,
Serta mengingatkan kita,
Sudah tiba masanya untuk kita bermusafir bersamanya.

Namun adakah benar kita memaknainya?
atau menganggapnya seperti satu perjalanan biasa sahaja?
Begitulah kita.
Berbeza dengan mereka
Mereka para sahabat Rasul tercinta
Mereka menyambut ramadhan dengan air mata
RIntihan taubat dan serta kemerduan alunan Al-quran

Sedangkan kita menyambut Ramadhan
dengan pelbagai menu dan resepi baru juadah berbuka
Mereka menyambut ramadhan dengan ketaatan,
Serta lamanya berdiri di atas sejadah

Kita menyambut ramadhan
dengan pembaziran menggila
serta lapar dan dahaga
.
Bezanya kita dengan mereka
Mereka ternanti-nantikan kedatangan bulan ini
Untuk menyedut rahmahNya
menyedut maghfirahNya
Serta menyedut perlepasan dari api nerakaNya

Sedangkan kita
menantinya dengan keperitan.
‘Ah, sebulan kene berlapar dan dahaga!’
Tapi takpe pada kita: raya akan kunjung tiba!
Boleh peragakan baju dan langsir baru
Serta handbag dan kasut baru

Alangkah bezanya kita dan mereka!
Pemergian ramadhan bagi mereka ditangisi air mata
Pemergian ramadhan bagi kita diiringi sorak ria
serta juadah raya 

Masjid nabawi dan Baitul Haram pasti dipenuhi barisan safff manusia
di sepertiga akhir ramadhan
Pesta ibadahnya meriah
dengan tarawikh dan tahajud
serta tilawah Alquran

Lailatul Qadr dicari-cari pada malam ganjil
Sehinggalah para sahabat bertemu dengannya
merasai kenikmatan seribu bulan itu.

Sedangkan masjid kita suram belaka,
Semu dari ibadah, solat mahupun al-Quran.
seolah-olah kita lupa akan sebuah hakikat.
Apakah ada ramadhan buat kita?


apakah ada ramadhan buat kita..bagaimanakah ramadhan kita pada tahun ini..ayuh sama-sama muhasabah..semoga Allah terima ibadah kita, jangan lupa betolkan niat..lillahi Taala =)

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
|
This entry was posted on 4:42 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: