Author: caudate nucleus
•7:51 PM
 BiSmiLLahi walHamduLillah waLLahu Akhbar~     

 
buat semua sahabat-sahabat perubatan di Tanta. Selamat berimtihan.
Semoga Allah pandang usaha kalian

awal pagi 20 Februari. Hampir 8 jam lebih lagi detik bermula semula sebuah kembara. Kuliah akan kembali seperti sedia kala. Kesibukan tak pernah meninggalkan kami hatta di musim cuti. 14 hari saya rehat di rumah tanpa ke kuliah. Alhamdulillah atas nikmat masa lapang itu. Semoga Allah terima amalan yang telah dilakukan selama 14 hari itu, amin ya Rabb..


Cuti kali ni saya tak bermusafir jauh, hanya sekitar kota Kaherah dan bumi Tanta. Itu sahaja. Banyak perkara saya belajar, banyak perkara baru saya dapat, ada kefahaman baru yang datang meyuntik, ada seruan agama hadir menyapa, ada kesedaran tentang hakikat kehidupan yang sedang saya lalui ini menyentak ruang hati. Semua tu cukup untuk membuatkan saya 'berehat' sebentar daripada menghadap buku-buku medik.


Cuti ritu, dapat menyertai Jaulah Maqam sekitar kota Kaherah. Banyak manfaat rupanya pegi lawat maqam-maqam orang soleh ni. Dah hampir 4 tahun saya kat sini, baru kali ni saya dapat  jaulah maqam secara besar-besaran dan memberi kesan di hati, sebelum ni sekadar ziarah satu dua maqam gitu je.Banyak cerita perihal karamah para auliya' dan para ulama' disampaikan setiap kali sampai di setiap maqam. Kisah hidup syeikh Soleh Jaafari, al-imam Syaarani, Sultan Hanafi dan telaganya yang hampir serupa dengan telaga zam-zam, kisah Sayyida Nafeesa dan banyak lagi ahli-ahli ulama' dan sufi yang lain cuba untuk kami tadabburkan kisah hidup mereka di dalam hati. Mereka orang yang dekat dengan Allah, biarpun dikatakan telah lama pergi meninggalkan dunia hakikatnya mereka hidup bahkan diberi rezeki oleh Allah.


Paling meruntun hati dan perasaan bila melewati di sekitar maqam al-Imam asy-Syafie Rahimahullah Taala. Sebelum masuk ke masjid tempat imam syafie bersemadi, Ustaz Nazrul ada menceritakan tentang latar belakang imam Syafie. Ada satu kisah tu berlaku antara sorang anak murid dan seorang Tok Guru- saya tak ingat sangat dengan detail, tak nak tokok tambah. Tapi yang jelas kesimpulan daripada cerita itu ialah Rasulullah SAW mengharapkan si Tok Guru akan datang meziarahi baginda bukan di Madinah, tapi cukuplah di maqam Imam Syafie pada setiap hari khamis lepas asar hingga hari jumaat. Tiba-tiba minda saya tersentak, lidah seakan kelu untuk berkata. Dalam hati berbisik :"eh, sekarang ni bukankah lepas asar petang khamis??. Aish,betol ke ni?" bermonolog sendirian. Tiba-tiba rasa excited nak masuk ke dalam. Nak rasa suasana membahagikan itu. Nak lihat situasi di dalam. Suasana di luar masjid itu begitu tenang,sangat damai. Masjid yang terletak di perkampungan, jauh sikit la dari hiruk-pikuk bandar yang sibuk tu.



Saat menjejakkan kaki ke ruang maqam imam Syafie, hati rasa sebak. Rasa malu. Rasa hina diri. Ustaz mula bercerita pengalamannya pernah datang ke situ satu ketika dulu- datang duduk  di perkarangan ruang tersebut sambil membaca kitab ar-Risalah, Kitab pertama karangan imam Syafie dari pagi hingga ke petang. Tak lama selepas itu Allah taqdirkan ustaz dapat bermimpikan Imam Syafie, biarpun hanya menampakkan  susuk tubuhnya dari belakang. Dan al-Imam sempat berpesan sesuatu kepada ustaz.. 


waaa.Lagi la saya rasakan diri ni terlalu kerdil. Rasa macam tak layak nak jejakkan kaki di situ. Ini adalah maqam cucu cicit Rasulullah. Bukan maqam orang sebarangan. Insan yang sangat hebat. Pengasas kepada salah satu mazhab di dalam Islam. Kefaqihannya di dalam menuntut ilmu sangat dikagumi. Sumbangannya untuk Islam sangat luas. Jantung saya tiba-tiba berdegup kencang. Rasa sebak di dada. Saya cepat-cepat  menadah tangan berdoa sebanyak mungkin kepada Allah setelah membacakan selawat dan menghadiahkan ayat suci al-Quran buat beliau. Berdoa sepenuh hati..juga mengharapkan kehadiran saya dan rakan-rakan pada petang penuh barakah itu Allah berkati dan rahmati. Semoga al-imam mengenali saya pada masa itu dan di padang mahsyar nanti. Dan Semoga Rasulullah juga mendengar doa saya lantas mengaminkannya. Amien. [hadiahkanlah Al-Fatihah utk Rasulullah dan al-Imam asy-Syafiie]


Kemudian, kami bergerak ke maqam yang terakhir. Tersentak pada saat mula maqamnya diumumkan sebagai destinasi kami yang seterusnya. Al-Imam Hassan Al-Banna. Sekali lagi rasa excited. Rasa berdebar-debar. Rasa terkejut pun ada juga. Tak tahu pula yang rombongan kami akan ke sana. Lokasinya terletak di sekitar kawasan maqam Imam Syafiejuga. Jauh sikit je. Tak banyak. Lagi sekali, tempat sekitarnya dirasakan tenang, damai. Jauh dari hiruk-pikuk. Tiba-tiba terasa seperti berada di BUmi SIwa. Bumi BArakah yang pernah saya lewati pada cuti musim panas tahun lepas. Suasananya seakan sama. Banyak blok-blok maqam-maqam auliya’ lain kami lintasi sebelum sampai ke blok maqam pengasas Ikhwanul Muslimin itu. Setelah tiba, di depan pintu blok maqam mujahid dakwah itu-seperti biasa, ustaz akan bercerita tentang latar hidupnya.


 Sebahagian rentetan kisah hidup beliau pernah saya dengarkan sebelum ini. Tapi kali tu,paling menyentuh hati apabila ustaz menceritakan tentang tragedi kematiannya yang sebenarnya adalah sebuah perancangan pihak yang ingin menghancurkannya. Mereka takut melihat pejuang Islam ini hidup dan merancang pelbagai rancangan untuk menentang mereka. Diceritakan selepas beliau ditembak bersama seorang lagi rakannya, (yang juga merupakan orang penting di dalam IKhwan al-Muslimin) mereka berdua sempat melarikan diri dan asy-syahid berusaha  membantu sahabatnya yang cedera parah-mendapatkan rawatan di hospital terdekat tanpa memikirkan tentang kecederaan dirinya sendiri. Dan sahabatnya itu ALHAMDULILLAH, Allah taqdirkan dapat diselamatkan manakala al-imam pergi menemui Tuhannya pada masa dan ketika yang telah dituliskan baginya. Saat itu, dunia Islam kehilangan seorang tokoh mujahid dakwah yang hebat..[Al-Fatihah]


Ustaz berpesan, lihatlah bagaimana pengorbanan seorang pejuang hinggakan di saat-saat akhir kehidupannya- tidak pernah memikirkan tentang nasib dirinya sendiri, bahkan mengutamakan sahabatnya yang memerlukan pertolongan.  Mampukah kita untuk menjadi sebegitu di dalam situasi dan detik yang sama??. Saya terpana. Diam sambil memandang sahabat-sahabat lain.

Lagi,di depan pintu maqam asy-Syahid itu Kami diingatkan untuk menyumbang kepada Islam, berkorban untuk Islam dengan apa jua cara sekalipun tanpa meletakkan kepentingan diri sendiri di hadapan. Andai  Hassan al-Banna di saat akhir kehidupannya tidak menolak untuk berkorban untuk ummah…bagaimana dengan saya, anda, kamu, dan kalian wahai sahabat-sahabat?? Tertanya dan tercari, apakah yang telah saya sumbangkan untuk Islam sehingga hari dan detik ini?  Sama-sama muhasabah..bersama kita saling ingat-mengingatkan.


Musafir ke kota Kaherah hari itu memberi kesan mendalam pada jiwa saya…semoga Allah merahmati mereka yang telah berusaha menjayakannya..barakallahu lakum~


{Sahabat..ingatkan saya saat saya lupa akan tanggungjawab kita di muka bumi Allah ini..}


Setakat ini dulu perkongsian daripada saya. Ada masa saya ceritakan lagi pengalaman yang lain. Wallahu'alam. Andai ada salah dan silap minta betolkan. Jzkk.  


pagi,20 Februari 2010.
 

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~



|
This entry was posted on 7:51 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On February 21, 2010 at 9:02 PM , adeqs comeyll said...

akak...sy jeles nie..
akak kne bwk sy pegi nnti..
akk jd musyrifah lak ek~
huhu :(

 
On February 22, 2010 at 5:59 PM , caudate nucleus said...

huhu..xpe fashihah
nnt kita pegi lagi klu ada masa dn peluang
jgn sedih xdpt pegi ritu..Myb km terpilih utk pergi sbb kurgnya ilmu ttg auliya'2 ini..dn Allah nk suruh km tahu ttg ssuatu~

akak xreti kot jln2 kat kaherah tu..
leh sesat jadinya
apa kata cdg kat USAL soh bawak lg tahun depan =)