Author: caudate nucleus
•10:25 PM
  Dengan Nama Allah..Allah Yang Maha Dekat~

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya; (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan (seseorang) melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” [QS. Qaaf : 16-18].


Alhamdulillah telah kembali berada di bumi Tanta. sungguh pantas masa berlalu. sekelip mata saya kembali berada di bumi badawi ini untuk meneruskan jihad ilmu yang masih berbaki 2 tahun, insyaAllah. sudah 2 minggu saya meninggalkan rumah kesayangan di Alor Setar, Kedah. Diakui, tempoh percutian selama 5 minggu yang lalu begitu singkat a.k.a cuti itu tak cukup sehingga tidak dapat untuk saya melakukan beberapa perkara. masa yang begitu terbatas. maaf utk sahabat2 handai atas ketidak-sempatan untuk merantaikan lagi bunga2 ukhwah..i.Allah panjang umur kita jumpa lagi~ ummi pesan, "belajar rajin-rajin. insyaAllah 2 tahun lagi kita jumpa". hukhuk..sedih2~ lamanya 2 tahun tu...(T_T)

dan hari ini..seakan tidak menyedari hakikat bahawasanya sudah berada di tahun 5 pengajian di sini. kalau kat Malaysia tahun 5 tu dah nak habis dah belajar Medic..oh Allah give me the strength, and bless my efforts! semoga Allah bantu..saya tak punya kudrat andai perjuangan di sini tanpa Dia. dan sekarang sedang di dalam round untuk subjek Pediatric. Subjek yang saya perlu minati..dan perlu saya hadami sebaiknya. ilmu kajian tentang si anak kecil..mengajar saya untuk mengenali jiwa suci tanpa dosa yang Allah uji dengan perjuangan meneruskan kehidupan..sayu melihat keadaan mereka yang pelbagai~

situasi di bumi Tanta ini agak kritikal bg pandangan saya..diuji dengan perpecahan. ada yang cuba melakukan satu perubahan besar di sini. perubahan yang saya fikir satu hari nanti akan membawa kepada masalah yang besar. saya sangat terkilan dengan sebahagian insan yg berpaling tadah untuk sama-sama menggenggam kesatuan ini. mereka satu ketika dahulu diberi susu, tapi sekarang membalas dengan air tuba. dan mereka ini..saya sayangkan ukhwah kami yg dulu~ huhu..semoga Allah beri penyelesaian yang terbaik untuk kami di sini..ameen3~ ayuh sama-sama genggam kesatuan bersama PCT =)

biarlah apa saja yang berlaku..Allah sentiasa bersama. Allah itu Maha Dekat. Lebih dekat dari urat nadi.
siapalah kita, semua adalah hambaNya dan apabila ditimpa dengan kesenangan mahupun kesusahan serta masalah wajiblah untuk kembali kepadaNya..hurm speechless..sama-sama doakan yang terbaik untuk ISLAM

p/s : Al-Fatihah untuk arwah zainuddin yang telah kembali ke rahmatullah di saat saya menjejakkan kaki di bumi Tanta..terkilan kerana tak dapat membantu keluarga Chaq ketika arwah di jabatan kecemasan HSBH..
: saya datang ke bumi Mesir kali ini membawa hati yang terpaut erat di Malaysia..huhu camna nak setelkan ni. Allahu akhbar..maha suci Allah yang menciptakan rasa kasih dan sayang ini  (T_T) ~













*pernah terdetik untuk berhenti setakat ini..seolah meragui kemampuan diri sendiri untuk bergelar sebagai seorang doktor..mampukah? perlu cepat-cepat beristighfar~
ya Allah kuatkan hati ini (T_T) (T_T)...
generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•8:09 PM
Bismillahi walhamdulillah wallahuakhbar~

alhamdulillah masih bertemu di sini, jari-jemari masih diberi peluang untuk rancak menaip. semua yang kita perolehi pada hari ini, detik ini semuanya adalah nikmat yang Allah beri. apa sahaja yang kita kecapi itu semua adalah nikmat. marilah sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dengan beribadah kepadaNya dan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya~


hari ini memasuki lewat minggu ke3 keberadaan saya di Jabatan Kecemasan, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. semakin lama keberadaan saya di sana, semakin banyak ilmu dan pengalaman saya peroleh. semakin menarik. mencabar tu ada la jugak sikit-sikit. banyak benda juga yang tak tahu dan masih belum dipelajari~

hari ini sepenuhnya saya berada di zon merah jabatan kecemasan, a.k.a zon kritikal jabatan kecemasan. detik demi detik beberapa orang pesakit datang memenuhi katil-katil kosong. saat saya melangkah ke zon merah itu, kelihatan seorang pak cik tua sedang berada di atas katil dengan darah berlumuran di mukanya. Doktor yang bertugas segera datang memberi rawatan kecemasan. semua staf bertumpu di katil pak cik itu. Ada yang mengenali pesakit itu, Pak Mid gelarannya.

seperti kebiasaan, saya lebih memilih untuk melihat secara jauh. takut dan cuak sebenarnya melihat keadaan patient tersebut yang berlumuran darah di hampir seluruh permukaan wajahnya. tapi dalam keadaan cemas seperti itu mana ada insan yang boleh duduk relax saja, semua perlu berfungsi. at least menyumbangalah walau sedikit usaha, utuk menyelamatkan nyawa pesakit. saya hanya membantu mana yangtermampu. sedih melihat keadaan pak cik tua itu. entah apakah sebab dan bagaimana berlakunya kemalangan...selepas beberapa ketika beliau di bawa untuk pergi ke bilik X-ray.

sekembalinya pesakit itu dari X-ray, saya diminta oleh rakan pelajar perubatan yang lain untuk meneruskan peyedutan darah daripada rongga hidung dan mulut pesakit itu. saya lakukan setiap 30-60 saat. begitu banyak pendarahan, darah yang disedut sudah sampai separuh daripada beg sedutan yang disediakan. tiba-tiba kedengaran satu alunan suara yang saya kira belum pernah saya dengar di zom merah ini. itu adalah alunan suara seorang mak cik yang membacakan ayat suci al-Quran buat suaminya yang sedang kritikal berikutan penyakit jantung. dapat dirasakan ketenangan mendengar alunan itu. "kan best kalau kat tempat kritikal mcm ni ada org boleh mengalunkan ayat suci alQuran setiap hari.."

lewat jam 12-1 tgh hari, saya sedang memerhatikan keadaan seorang pesakit yang +ve HIV, tiba-tiba kedengaran riuh rendah di katil hadapan. pesakit jantung yang kritikal td sedang tenat. saya bergerak ke katil pesakit tersebut, sekali lagi doktor2 dan semua staf sibuk melakukan prosedur rawatan kecemasan...antaranya adalah CPR. namun akhirnya sampai pada satu tahap mereka berhenti secara tiba-tiba. doktor MO itu kelihatan tenang dan bersahaja. musykil.."erm,kenapa xda respon pun pak cik ni, mmg dorg dh tak le buat ap-apa ke? huhu. seorang doktor MO keluar dari sebalik tirai dan memaklumkan waris di luar sana "meh mak cik..meh masuk meh~masuk la dgn anak2 sekali, masuk ramai-ramai dan anak2 boleh la mengajar pak cik mengucap"

huhu..itukah kesudahannya. tak lama kemudian esakkan tangisan sendu kedengaran dari sudut ruang pesakit jantung tersebut..innalillah..~ kaget sebentar, saya kembali kepada pesakit HIV tadi. tekanan darahnya menurun. pernafasannya tidak stabil. bacaan SPO2 pada skrin mejadi rendah- hypoxia. kelihatan di luar tirai katil Pak Mid ditolak menuju ke ruang katil bilik 4. oh..dia baru balik dari KMC melakukan CT scan. 

5 minit kemudian saya menghala ke katil Pak Mid..oh? doktor tgh buat CPR. pak cik ni collapse ke?. "ni kamu..get ready nanti buat CPR. tp sblm tu panggil semua kawan-kawan kamu ke sini skrg!" doktor HO bersuara. huhu..kaget sebentar. "apa..doktor nak suruh buat CPR? huhu..cuaknya~" saya dan beberapa rakan bersedia berbaris utk bergilir-gilir melakukan CPR. namun, belum  sempat kami mencuba, pulse pesakit sudah dpt dikesan..legaa kat situ. saya tak konfiden boleh buat CPR. sangat cuak~
(huhu..camna nak jadi doktor kalau selalu cuak camni..T_T)


lewat 3 petang, selepas menzirahi ibu seorang adik junior..saya kembali ke red zone semula. meninjau kali terakir sebelum berangkat pulang. abah dah OTW, dalam setengah jam lagi baru sampai. di hujung sudut zon merah ini kelihatan semua staf tertumpu kepada katil Pak Mid lagi..Allah, kali ni mereka melakukan CPR lagi. kali ini saya diajak untuk melakukannya, namun saya menolak secara baik. memang takut. tengok keadaan pesakit yang dah semakin layu, saya tidak berani mengambil sebarang risiko. biarlah para doktor berpengalaman mengendalikan sepenuhnya. 15 minit kemudian mereka berhenti. huhu..kali ini sudah tidak berjaya untuk men"stimulate" jantung pesakit untuk kembali mengepam darah. innalillahi wainna ilaihi rajiun. semua staf kelihatan bersahaja. saya je yang terkesima..1st day saya lihat semua ni depan mata.

(benarlah janji Allah iaitu apabila saat ajal itu tiba tak dipercepatkan atau dilewatkan walaupun sesaat. mati itu pasti. kita semua juga akan melaluinya. semoga husnul khatimah milik kita. erm, ada juga sorg doktor HO pesan, lepas tengok mayat ni balik mandi terus. takut kena badi. macam-macam. apapun semoga roh kedua arwah tenang di pesemadian~)

sebelum semua keluar dari sudut katil tersebut..Dr. ARMAN mengajar kami teknik-teknik dan jenis-jenis CPR yang tepat. rupanya semua oranag pernah je buat salah, tapi semua tu pengalaman. mereka belajar dari kesalahan. yang penting kena sahut cabaran. demi menyelamatkan nyawa pesakit, sumbanglah semaksimum mungkin kudrat yg ada. 
(nak buat CPR kena gilir-gilir..kalau sorg je mmg penat. ini kalau guna teknik yg pertama)

 
dalam kereta abah bertanyakan tentang keadaan sahabat usrahya yang kemalangan. naik motor katanya. hari ini saya sepenuhnya di zon merah, tak tahu apa yang berlaku di zon kuning. sembang punya sembang..rupanya Pak Mid itulah sahabat yg abah maksudkan. saya beritahu bahawa kawan abah tu dah meninggal dunia. alangkah terkejut abah saya. "baru semalam abah jumpa dia pegi berubat kat darus-syifa', masa tu dia ckp dia pening..ish dah meninggal rupanya. innalillahi wainna ilaihi rajiun.." abah berhenti memandu seketika dan menelefon sahabat-sahabatnya yg lain. ramai yang menyangkakan beliau akan pulang ke rumah kerana kecederaannya tak serius..namun sebaliknya yang terjadi.

itulah sedikit pengalaman hr ini. sengaja saya abadikan di sini agar dapat mengingatinya semula pd hari2 akan datang. semuanya pengalaman dan kenangan. saya telah merasakan nikmat berada di Jabatan Kecemasan HSB ini. memang betol terasa berat utk nak meninggalkan jabatan ini. tempoh saya di jabatan ini masih berbaki 2 hari. (T_T)

erm..lagi satu pengalaman menarik, semua staf di hospital dikejutkan dengan laporan ini kejadian di mana seorang cikgu yang datang ke dept A&E ini dan memberikan history yang palsu. sanggup pulak dia menipu. huhu, tak pasal-pasal jadi kecoh. dan lagi satu kenangan yang tersemat di sini, saya diberikan peluang untuk melakukan 2 jahitan terakhir kepada pesakit tersebut. Staf MA dah buat 10 jahitan, dia paksa juga saya lengkapkan 2 jahitan terakhir. terima kasih tak terhingga kpd staf MA dan student nursing yang mengajar dan memberi dorongan. mereka memang terbaik~


*p/s : alfatihah buat arwah pak Mid..dan sorang lagi pak cik (tak tahu namanya.huhu)
: masa di Malaysia berbaki 6 hari lagi..sangat sedih. sayang rasanya nak meninggalkan tanah air dan keluarga. 2 tahun pulak kalau nak balik semula pun~ ayuh sama2 hargai masa yang masih berbaki ini..semoga Allah redha segalanya..

wallahu'alam~

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•7:21 PM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengampun..
Dialah tuhan yang membolak-balikkan hati manusia~


wala haula wala quwwata illa billah..tiada daya dan tiada kekuatan melainkan semuanya dtg dpd Allah. saya sedang memasuki minggu ke 3 keberadaan di bumi jelapang padi. Alhmdulillah atas nikmat dan kelapangan ini. percutian saya masih berbaki 2 minggu, masa yg begitu singkat, perlu saya manfaatkan sepenuhnya. 

kini saya sedang menjalankan elective posting di Jabatan Kecemasan, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. alhamdulillah seronok duduk kat sana, dapat kawan baru, dapat ilmu baru. hari-hari dapat lihat insan-insan bertarung nyawa utk meneruskan kehidupan. dari si anak yg masih kecil hingga nenek yang tua. sesekali pegi melewati bilik bersalin, tengok proses kelahiran ummat-ummat Nabi Muhammad SAW. mahasuci Allah dan Allah Maha Besar, pertama kali dapat lihat secara live ibu-ibu melahirkan anak. sangat menyentak jiwa. pilu melihat jeritan dan raungan kesakitan yg dilalui oleh insan yg bernama ibu. tetapi jabatan itu diceriakan dengan tangisan anak-anak kecil yang baru dilahirkan, comel-comel belaka,mereka suci bersih ibarat kain putih.semoga ibu ayah dapat mencorakkan mereka dengan iman dan taqwa~


****************************************************
post kali ini saya saya nk letak gambar byk2 je
semua ini adalah gambar2 yg memberi pengajaran buat saya
pernah diletakkan pada post2 lepas saya hadiahkan buat seorang sahabat
sahabat yang dikenali sejak kecil..sama-sama ditarbiyah di madrasah SRIDU
utk sahabat itu: sori la..xde idea lain, tiba-tiba rasa nak buat camni. 
heh..tak da masalahkan? kira special edition la for you..lillahi Taala.
tak da niat lain~ (peace!)

 hakikatnya iman manusia turun dan naik~
tapi Nabi SAW ajar kita agar selalu membacakan doa 
agar ditetapkan hati-hati kita pada agama dan ketaatan kepada Allah
"Yaa Muqallibal Quluubb..Thabbit Quluubanaa 'ala Diinik , 
wa 'ala To'atik wa 'ala jihadi fi Sabiilik"
(wahai Tuhan yang membolak balikkan hati-hati manusia..tetapkanlah hati-hati kami kepada AgamaMu,serta ketaatan kepadaMu, dan juga jihad di jalanMu) ameen~


Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya~
selalu manusia beranggapan bahawa hujan kadang-kadang menyusahkan
sedangkan hujan itu adalah rahmat
diturunkan untuk menyuburkan bumi Tuhan
dan adakalanya selepas hujan Allah hadiahkan pelangi yang indah~
begitu juga la dengan ujian yang Allah kurniakan
istimewa buat hamba-hamba yang mampu sahaja
Allah uji kerana Dia sayangkan kita..
tapi mampukan kita bersabar dan berfikiran positif tatkala diuji? 
(T_T)
 

jalan hidup ini tidak selalunya lurus..
smg Allah luruskan jalan kita dulu, kini dan pada masa akan datang
dalam langkah untuk menujuNya..semoga Allah redha~


ketahuilah bahawa semua binatang dan makhluk lain 
di langit serta di bumi sentiasa berzikir dan bertasbih
memuji Allah y Maha Esa..namun manusia sering pula lalai~(T_T) 


selangkah kita rapat kpd DIA 
seribu langkah Allah menghampiri kita
Allah sntiasa bersama..

 Rasulullah mengetahui apa yg terjadi kpd umatnya
biarpun baginda jauh di sana..di alam sana
wahai Rasulullah kami merinduimu
seorang Rasul yang diangkat menjadi kekasih Allah..
rasa bertuah menjadi umatmu..Dirimu insan mulia
disayangi dan dicintai semua makhluk langit dan bumi
semoga dapat bertemu di hari pembalasan..
di dalam keadaan yg membahagikan jiwa-jiwa yg rindu kpdmu~
(ayuh selawat ke ats Nabi SAW..agar beroleh syafaat..
itulah pertolongan yg digila2kan manusia saat hari pembalasan kelak


alQuran juga sebaik-baik sahabat~
carilah al-Quran di masa suka dan duka
nescaya kitab suci ini mampu menenagkan jiwa-jiwa yang resah
memberi peringatan kpd hati-hati yang sering leka dgn dunia~
alQuran itu mukjizat terbesar Rasul kita..
ayat-ayat sucinya memberi pedoman dan hala tuju
agar tidak tersalah arah di persimpangan kehidupan
(wajib miliki alQuran terjemahan utk tadabbur mafhum ayat-ayatNya!)

 tidak ada istilah putus asa di dalam diri seorang mukmin!~


"manusia itu umpama musafir yang sedang dalam perjalanan jauh..berhenti dia di sepohon pokok yang rendang (dunia) lalu lalai dan leka dia berehat di situ (perkara-perkara dunia) sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju akhirat kekal abadi)" kata-kata hikmah
[[copy paste balik entry yg dulu..]]

semuanya adalah peringatan kepada diri sendiri~(T_T)
generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•9:41 PM
Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar walillahil hamd~

selamat hari raya..copy paste PCT punya =)

satu perkongsian buat sahabat-sahabat. saya akan lihat video ini bila saya rasa hati ini makin lalai untuk mengingati Allah. Semoga memberi kesan di hati-hati yang sentiasa beriman kepada Allah dan hari akhirat...




salam aidilfitri..salam kemenangan. Alhamdulillah Allah beri ruang untuk mencoret di sini. Ramadhan sudah pun berlalu meninggalkan kita, namun tetap meninggalkan ruh dan semangat beribadah kesan pentarbiyahan selama sebulan untuk kita teruskan perjuangan menghadapi 11 bulan yg mendatang. Semoga Allah beri kekuatan untuk istiqamah melakukan amalan-amalan mulia seperti yang dilakukan di bulan Ramadhan.

hari ini 4 Syawal 1431H..sudah hampir 6 hari saya di bumi Malaysia. Masih mengalami jet lag, susah jugak nak beraya. Alhamdulillah Allah beri peluang untuk berjumpa dan beraya bersama keluarga serta sanak saudara. Semoga saya boleh cari hikmah dan memanfaatakn pertemuan ini sebaik mungkin. Raya tahun ni ada insan yang telah pergi selamanya..rasa kehilangan. namun Allah Maha Pengasih, dihadirkan insan-insan baru sebagai penyeri kehidupan saya di sini.

Hari ni ada kenduri kat rumah. kenduri kesyukuran dan aqiqah buat anak sedara yang sulung sudah berusia 55 hari (lebih kurang la). Ehsan Nufayl bin Eizzat Syuaqi. alhmadulillah selesai sudah. dapat jumpa semua sanak saudara. "bila balik sini?", "berapa lama cuti nih?", "aiihh..awat makin kecik (kurus kering) skrg ni..duk sana tak makan ka?", "bila nak habis belajar nih..lama lagi ke kat sana?" inilah soalan-soalan yang mesti ditanya oleh tetamu-tetamu hari ini. Soalan semua sama je, kalau la boleh copy paste jawpan~ aiyok..rasanya saya dah makan banyak sepanjang di Mesir. Orang lain yang diet orang lain yang kurus eh?. maaf kepada semua sahabat handai kerana tidak dapat menjemput antum semua. sangat kelam kabut sejak beberapa hari ni dan sangat bermasalah untuk menghubungi antum semua-masih tidak memilki nom msia dh kini hp sudah hilang. Ada peringatan Allah nak beri kat situ.

Rindu dengan sahabat-sahabat di bumi Tanta. seminggu sudah meninggalkan mereka. apa khabar korang sekarang eh?. maaf tak dapat bantu antum semua. semoga tabah dan thabat di sana. terima kasih buat semua yang telah membantu urusan saya untuk pulang ke Malaysia termasuk memasak juadah berbuka,beli barang teman pegi airport espc najwa, amani, nomaliyana, amrah, anis dan ain. Ramadhan kali ni istimewa dengan kehadiran antunna..tetapi faizah tetap tak dilupakan =)

tahniah dan takziah buat semua sahabat-sahabat yang telah mengambil dur thani(saya pun sekali). Semoga Allah janjikan rahmatNya buat kita semua. Allah tahu apa yang terbaik buat kita semua. Apa yang Allah beri insyaAllah itu yang terbaik. Semuanya datang dari DIA, semoga Allah bantu dari arah yang tidak disangka-sangka. teruskan perjuangan sahabat-sahabat..Alhamdulillah syukur atas segala ujian dan nikmat. satu perkara saya belajar daripada ujian-ujian yan lepas- jangan lupa tawakkal sepenuh hati dan doa tak putus-putus kepada Allah kita panjatkan. Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk berdoa sepanjang permusafiran yang lalu. insyaAllah tak lupa doakan sahabat-sahabat semua

oh..bumi Malaysia sangat mendebarkan. pergerakan saya di sini agak terbatas berbanding di bumi Mesir. Biarpun di sini tidak ada sistem mushrif dan boleh je nak keluar malam..tapi sangat susah untuk bergerak. aiyok camna nih? pantas2..sila bergerak dan harus bagi saya umtuk menyusun planner sebaik mungkin. TERIMA KASIH BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT yang mendokan saya dan memberi dorongan sepanjang imtihan yang lalu. sangat-sangat berterima kasih..hanya Allah dapat membalasnya..~

*p/s nom msia belom ada, nt dah ada saya umukan satu malaysia =)
*sapa2 nak kontek boleh hubungi saya di YM dan facebook lah ye~
*balik sini 6 miggu je, insyaAllah pulang ke sana 1.30pg 13 oktober..


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•9:42 PM
Bismillah walhamdulillah~Ramadhan Kareem..

alhamdulillah, malam ini melewati malam ke17 Ramadhan 1431H..masih berbaki 13 malam untuk diimarahkan. Moga Allah kurniakan keberkatan..Ramadhan semakin hari semakin berkurang, ayuh kita genggam barakah yg diberi, rebut balasan yg berlipat kali ganda, dan sentiasa mengharapkan keampunan Allah..alangkah sukarnya utk mendidik nafsu yg degil ini, dan masihkah ada waktu untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu? sungguh kematian sedang menantikan kita tanpa kita tahu bila dan dimana..

lewat pukul 1.00pagi 26 Ogos 2010,sedang saya membelek-belek buku Otorhinolaryngology buat kesekian kalinya..satu mesej dpd umi masuk ke dlm inbox hp yg dipinjamkan oleh seorang adik junior (jazakillah khair atas kebaikan yg diberikan), Allah..saya sitighfar panjang pabila membacanya.."salam.ni pak wa dan meninggal pukul 5.30pg td..". mesejnya ringkas tp cukup menyentak hati. Akhirnya Allah tetapkan 16 Ramadhan 1431H adalah hari terakhir pak wa menghembuskan nafas sebagai hambaNya setelah beberapa hari di dalam keadaan yang tenat dan kritikal... 

 kali terakhir bergambar-family abah dan family pakwa 
2-3 hari sebelum fly ke mesir okt 2008..(arwah berbaju biru)

perginya seorang bapa saudara yg paling saya kasih..sedih, tak dapat bertemu buat kali terakhir. hampir 2 tahun menanam rindu buat keluarga di Malaysia..sekali sekala, ada mendengar perkhabaran beliau dari corong telefon..kali terakhir saya berjumpa dan menyalami tangan tuanya adalah pada pertengahan oktober 2008. Dan sekarang, lagi 10 hari saya bakal menapak di bumi Malaysia (dgn izin Allah), dan tak dapat nak gambarkan bagaimana situasinya nanti. Doa kami mengiringi permergiannya. Semoga arwah tenang di dalam persemadiannya bersama orang-orang yang soleh~ameen!

arwah insan yg ceria, selalu menghidupkan suasana dengan usikan-usikannya. perjumpaan ahli keluarga sentiasa meriah dengan telatahnya. Saya akan merinduinya, rumahnya adalah lokasi tempat kami sanak saudara berkumpul. Teringat kenangan yang lepas-lepas, pak wa la yg selalu memberi ganjaran yg lebih  kpd saya berbanding abang dn adik-adik sy (sbb dpt result yg baik). Kira special la kalau nk dibandingkan dengan yang lain. Sehinggakan umur remaja dn sebelum datang ke sini juga, pak wa masih  memberi.. sy sayang pak wa bukan kerana ganjarannya tetapi kerana jiwanya yg tak tumpah seperti seorang ayah kpd saya..ambil berat, sokongan dn dorongan  itu tak pernah lekang..Allah..tak tahu mcm mna nk cerita lagi~ hakikat yang perlu diterima-kehilangan itu lumrah, manusia semuanya akan mati..

sy terima taqdir Allah ini seadanya. Allah taqdirkan saya  tidak punya peluang untuk berjumpa dengan arwah setelah hampir 2 tahun tak bertemu mungkin punya hikmah tersendiri yang perlu saya singkap. Sampai saat ini saya masih tidak dapat membuat panggilan kepada keluarga di Malaysia..hanya membalas mesej umi yg semalam. Semoga isteri, anak dn cucu arwah tabah dengan kehilangan tunggak keluarga mereka. Tok (nenek) juga, sudah kehilangan anaknya yg sulong..abah sudah hilang seorang abang yg banyak berkorban untuk mereka adik-beradik satu ketika dahulu. saya kira satu kehilangan besar di dalam keluarga kami..sungguh yg kekal itu hanya Allah..alBaqa' lillah..

saya perlu meneruskan baki-baki perjuangan di sini. Perlu kuat untuk mengawal hati yang sentiasa berbolak-balik. Kepada Allah jua saya berserah dan pohon kekuatan..oh kehidupan yg sangat pelbagai~dunia di akhir usianya..akhirat jua destinasi yg dituju..wallahu'alam. 


salam rindu buat keluarga..semoga kita semua beroleh Maghfirah Allah~
10pm-17 Ramadhan~

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~