Author: caudate nucleus
•6:49 PM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~
berusaha untuk mencoret kenangan minggu pertengahan dan terakhir februari 2013. Bermain dengan emosi seketika. :)

last day in Cairo-DMAK-20 feb..Us Ishak warden, abah, ummi, wardah and me.
12-20 february 
Alhamdulillah tanggal 12.2.2013 Allah realisasikan jejak langkah menuju tanah haramain. Dipilih menjadi tetamu Allah dan RasulNya sangat bermakna buat insan penuh berdosa. Biarpun pada mulanya meragui adakah Allah pilih untuk ke sana..kerana masalah passport. Pasport saya, ummi dan abah masih berada di Malaysia untuk urusan visa..hanya pada jam 8.00 pagi tanggal 12 february saya mendapat kiriman passport itu dari Malaysia. Tepat jam 8.00 dapat passport, jam 10 pagi terus check in dan jam 12 tgh hari langsung berangkat ke Jeddah. Alhamdulillah semuanya lancar sperti yang dirancang, semua hajat Allah tunaikan walaupun pada mulanya berprasangka negatif. Astaghfirullah~ Atas flight, 1st time dapat duduk sekali dlm flight dengan ummi dan abah. :) alhmdulillah. berangkat ke Jeddah dengan hati yang berdebar-debar dan 1001 harapan.

seminggu berada di Haramain..3 hari Madinah dan 3 hari di Mekkah (baki 1 hari tu dlm perjalanan). Memperbanyakkan sujud syukur  kehadrat Allah Rabbul Jalil kerana Dia telah menerima doa dan tercapai impian yang satu ini. Sungguh Allah Maha Mendengar. Sahabat, berdoalah seolah-olah tiada hijab di depanmu dan yakinlah Allah akan memperkenankan hajat itu andai itu YANG TERBAIK. Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi adalah pada 5 pagi 13 feb. Indah, taajub dengan suasana pagi itu, melihat manusia berbondong-bondong ke arah masjid yang tesergam indah,itulah subuh pertama saya di sana. 


Saat melewati kota madinah, menziarahi maqam Rasulullah dan para sahabat, berada di medan Uhud, melewati kaki bukit Jabal Nur, singgah solat di Masjid Quba', merasai kehangatan padang arafah (teringat khutbah terakhir Rasulullah) dan yang paling mulia..menghadap Kaabah Asy-Syarif semuanya mampu menggetarkan jiwa dan perasaan. Kelazatan air zamzam. Doa di sana sangat mustajab, apa yang didoakan..memang Allah pekenankan. Saya rasakan sendiri perkara ini.  MasyaAllah. Patut la sesiapa sahaja yang pernah ke sana menjadi tetamu Allah akan sentiasa merindui, jiwa meronta untuk kembali semula ke tanah haramaian ini. Maha suci Allah atas kebesaran SyiarNya. 

Dan yang paling berbekas di hati adalah ketika melewati tapak Masjid Nabawi yang asal..sekitar kawasan Raudhah. ketika berkejaran dan menunggu untuk masuk ke tapak asal masjid ini saya terpandang ke atas..terukir nama para sahabat Rasulullah di dinding atas. sayu. sangat sayu. Sahabat-sahabat inilah yang dahulu pernah bertentangan wajah dengan Rasul yang akhir di masjid itu, yang melindungi Rasulullah dan yang sentiasa menyebarkan risalah Islam bersama Rasulullah dengan sepenuh jihad tanpa jemu.

last view from outside, before going to Mecca..after subuh prayer.

Tak percaya pun ya jugak tatkala kaki  mula mendekati raudhah. Menyampaikan salam buat Sayyiduna Rasulullah, Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA sambil minda ligat mengenang sirah kehidupan dan perjuangan insan-insan hebat ini, air mata melimpah. deras mengalir. Seolah terngiang-ngiang kisah sirah yang dibincangkan dalam Usrah. (memang tak sempat nak buka kitab sirah sebelum berangkat, hanya berbekalkan perbincangan dan perkongsian2 sirah dlm usrah selama 6 tahun di sini, dan kelas2 tafaqquh)

Tak habes kalau nak cerita moments sepanjang di haramaian. Terlalu banyak kenangan. Ibadah umrah bagi saya yang pertama kali mengerjakannya-adalah sangat mencabar. Memang selayaknya pergi haji dan umrah ketika usia muda, kerana sangat menuntut ketahanan mental dan fizikal. InsyaAllah berazam untuk mengerjakan umrah sekali lagi..nak pergi lama at least 2 minggu. Seminggu memang tak puas. Banyak lagi tempat tak dijejaki, Jabal Nur pun tak daki lagi (Jabal Rahmah sampai pula). Bercita-cita untuk i'tikaf lama-lama dalam masjidil haram sambil merenung kaabah-tak berkesempatan haritu. Nak bawa kitab Sirah,hadis duduk tadabbur kat sana. InsyaAllah next time! 

outside of masjidil Haram..a view from marwa's exit. after finished our last umrah

21 Feb 
tarikh keramat..hari graduasi rasmi untuk meraikan kami..julung-julung kali diadakan oleh pihak universiti. 19hb sampai dari Jeddah, 20hb balik ke Tanta lepas hantar ummi abah pulang ke Malaysia. Malamnya gi makan-makan dengan batch tahun 6, Esoknya nak konvo dah. Memang kepenatan, tak ready, dantak da feel nak pegi G-Day. Hari konvo yang rasmi ni lah nak jadi cerita saya datang lambat. Naseb bek sempat juga buat persediaan..pakai jubah, pin tudung dsbg. Convocation ceremony memang gah, ucapan-ucapan VVIPs, juga sangat bermakna. Benar-benar terasa itulah hari terakhir kami bergelar mahasiswa setelah menyelusuri perjalanan selama 6 tahun! 6 tahun yang saya takkan lupa sampai bila-bila, insyaAllah. Sangat berharap ummi dan abah hadir ketika itu. Nak peluk. Nak Cium..nak ucap terima kasih atas segala-galanya. Tapi tak ada. Mereka tak dapat datang,masalah tiket (dan makluman lambat). 

my awesome classmates..all of us without Afif and Noi

Hari tu sepatutnya hari gembira buat kami..tapi untuk junior-junior, ada yang bersedih. Perpisahan semakin mendekati-kata mereka. Ada sorang tu bila dia start nanges, abes dengan saya sekali menangis macam orang hilang anak. huhu. Jumpa Faten..tapi Najwa tak ada. She was not there, and i know that she could not be there actually...(how i miss them a lot!!!)

28 February 
ini adalah tarikh terakhir saya di bumi badawi untuk tahun 2013. (Harapan, moga lepas ni boleh jejak kaki ke sana lagi, amiiinn). Flight jam 11mlm, janji tremco untuk ke airport pukul 4.30 petang, takut jalan jam-sebab hari khamis. 5.30 lebih baru dpt bertolak keluar dari maarad..tak sangka ramai adik-adik  datang wida', mungkin sebab time tu semua dh balik kelas. bersalaman dengan sorang demi sorang sahabat, dan sket demi sket air mata mengalir laju. Baru terasa bahang perpisahan..sebelum ni tak berperasaan sebab tak sempat pun nak feeling2-kelam kabut. a week before deperture: every day was a hectic day for me. 

seminggu terakhir di bumi kinanah, terlalu banyak perkara yang berlaku. tak mampu dicoretkan di sini. Last MTC-Kahero-Mercato-junainah-stereo-ahli beit Isra'-adiah ulul albab (ceroi cmni pun kasik?)-Cairo International Airport-Taujihat-Sahabat dunia akhirat-Wida' dll. Jazakumullah khair. Semoga berjumpa lagi..andai bukan di dunia, moga di Syurga sana. Amin. Moga di perkampungan sana kita peroleh syurgaNya.

dan sekarang..bermulah jihad sebenar, di medan sebenar..bumi Malaysia, Aku pulang ke pangkuanmu..Sahabat, jaga aku daripada tersasar. Ingatkan aku tika aku lalai dengan kenikmatan dan keselesaan. Hidup kita menuju perkampungan akhirat. moga tidak mencintai dunia..

february 2013 melabuhkan tirai..berlalu bersama coretan taqdir Tuhan. Moga Allah redha segalanya. Sungguh aku rindu bumi Mesir, dan sahabat di sana~ :)


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~