Author: caudate nucleus
•9:41 PM
Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar walillahil hamd~

selamat hari raya..copy paste PCT punya =)

satu perkongsian buat sahabat-sahabat. saya akan lihat video ini bila saya rasa hati ini makin lalai untuk mengingati Allah. Semoga memberi kesan di hati-hati yang sentiasa beriman kepada Allah dan hari akhirat...




salam aidilfitri..salam kemenangan. Alhamdulillah Allah beri ruang untuk mencoret di sini. Ramadhan sudah pun berlalu meninggalkan kita, namun tetap meninggalkan ruh dan semangat beribadah kesan pentarbiyahan selama sebulan untuk kita teruskan perjuangan menghadapi 11 bulan yg mendatang. Semoga Allah beri kekuatan untuk istiqamah melakukan amalan-amalan mulia seperti yang dilakukan di bulan Ramadhan.

hari ini 4 Syawal 1431H..sudah hampir 6 hari saya di bumi Malaysia. Masih mengalami jet lag, susah jugak nak beraya. Alhamdulillah Allah beri peluang untuk berjumpa dan beraya bersama keluarga serta sanak saudara. Semoga saya boleh cari hikmah dan memanfaatakn pertemuan ini sebaik mungkin. Raya tahun ni ada insan yang telah pergi selamanya..rasa kehilangan. namun Allah Maha Pengasih, dihadirkan insan-insan baru sebagai penyeri kehidupan saya di sini.

Hari ni ada kenduri kat rumah. kenduri kesyukuran dan aqiqah buat anak sedara yang sulung sudah berusia 55 hari (lebih kurang la). Ehsan Nufayl bin Eizzat Syuaqi. alhmadulillah selesai sudah. dapat jumpa semua sanak saudara. "bila balik sini?", "berapa lama cuti nih?", "aiihh..awat makin kecik (kurus kering) skrg ni..duk sana tak makan ka?", "bila nak habis belajar nih..lama lagi ke kat sana?" inilah soalan-soalan yang mesti ditanya oleh tetamu-tetamu hari ini. Soalan semua sama je, kalau la boleh copy paste jawpan~ aiyok..rasanya saya dah makan banyak sepanjang di Mesir. Orang lain yang diet orang lain yang kurus eh?. maaf kepada semua sahabat handai kerana tidak dapat menjemput antum semua. sangat kelam kabut sejak beberapa hari ni dan sangat bermasalah untuk menghubungi antum semua-masih tidak memilki nom msia dh kini hp sudah hilang. Ada peringatan Allah nak beri kat situ.

Rindu dengan sahabat-sahabat di bumi Tanta. seminggu sudah meninggalkan mereka. apa khabar korang sekarang eh?. maaf tak dapat bantu antum semua. semoga tabah dan thabat di sana. terima kasih buat semua yang telah membantu urusan saya untuk pulang ke Malaysia termasuk memasak juadah berbuka,beli barang teman pegi airport espc najwa, amani, nomaliyana, amrah, anis dan ain. Ramadhan kali ni istimewa dengan kehadiran antunna..tetapi faizah tetap tak dilupakan =)

tahniah dan takziah buat semua sahabat-sahabat yang telah mengambil dur thani(saya pun sekali). Semoga Allah janjikan rahmatNya buat kita semua. Allah tahu apa yang terbaik buat kita semua. Apa yang Allah beri insyaAllah itu yang terbaik. Semuanya datang dari DIA, semoga Allah bantu dari arah yang tidak disangka-sangka. teruskan perjuangan sahabat-sahabat..Alhamdulillah syukur atas segala ujian dan nikmat. satu perkara saya belajar daripada ujian-ujian yan lepas- jangan lupa tawakkal sepenuh hati dan doa tak putus-putus kepada Allah kita panjatkan. Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk berdoa sepanjang permusafiran yang lalu. insyaAllah tak lupa doakan sahabat-sahabat semua

oh..bumi Malaysia sangat mendebarkan. pergerakan saya di sini agak terbatas berbanding di bumi Mesir. Biarpun di sini tidak ada sistem mushrif dan boleh je nak keluar malam..tapi sangat susah untuk bergerak. aiyok camna nih? pantas2..sila bergerak dan harus bagi saya umtuk menyusun planner sebaik mungkin. TERIMA KASIH BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT yang mendokan saya dan memberi dorongan sepanjang imtihan yang lalu. sangat-sangat berterima kasih..hanya Allah dapat membalasnya..~

*p/s nom msia belom ada, nt dah ada saya umukan satu malaysia =)
*sapa2 nak kontek boleh hubungi saya di YM dan facebook lah ye~
*balik sini 6 miggu je, insyaAllah pulang ke sana 1.30pg 13 oktober..


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
|
This entry was posted on 9:41 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On September 16, 2010 at 12:08 PM , Naim said...

rindu~~

sob2x T_T