Author: caudate nucleus
•2:26 PM
 Bismillahi walhamdulillah wallahuakhbar~


Segala puji-pujian selayaknya hanya kepada Tuhan sekalian 'alam.Selawat dan salam ke atas insan mulia Junjungan Besar Sayyiduna Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan sekalian sahabat baginda. Lama sudah tak mencoret di sini, banyak  je nak kongsi dengan sahabat-sahabat kat luar sana. Tapi disebabkan terlalu banyak masa lapang, tak tertulis kat sini. Maaf la ye utk mereka yg datang jenguk2 kat sini tapi berhabuk plak.

TENTANG PALESTIN 




Semasa ini,saya terlibat dengan satu projek yg saya kira bakal punya impak buat sahabat di bumi Gaza (dengan izin Allah jua). Kempen besar-besaran di Tanta unutk mengumpulkan dana bagi disalurkan bantuan kepada sahabat-sahabat perjuangan di bumi Al-Aqsa,melalui jalan laut dengan bantuan NGOs dari serata dunia. Serius, seronok buat kerja ni. Sama-sama berkempen (dr rumah ke rumah), mengutip derma, menjual,  memasak (dgn cuak,sebab xreti sgt pun), membungkus, menghantar makanan (sy xrasa pengalaman ini-ikhwah je yg buat), memang menyeronokkan!. Penat tu macam tak terasa bila difikirkan sumbangan ini hanyalah seberapa dan tidaklah sama seperti usaha rakyat Palestin bergelumang dengan rejim zionis israel membebaskan tanah suci ketiga itu..


Alhamdulillah. Allah lancarkan pergerakan kami sehingga ke hari ini. Kagum melihat kerjasama dan kesungguhan sahabat-sahabat sekelas dalam usaha mencapai matlamat projek ini. LE 35 000 itu sasaran kami, dan dana ini bakal diserahkan kepada pihak penganjur LIFELINE 4 GAZA di Malaysia. Mari kita doakan semua sumbangan ini dapat diserahkan kpd penduduk Gaza!! berharap juga semoga Allah redha, dan Allah terima ibadah ini,ameen (ikhlaskan hati-hati kalian,jangan rugikan lelah dan keringat itu tanpa redha dpdNya). Kempen di sini bakal berakhir 1 Mei ini , namun doa daripada kita semestinya tak akan dihentikan sehingga kemenangan di pihak Islam.insyaAllah.

jiddiyah mereka sangat tinggi biarpun sekolah hanyalah sebuah khemah, semoga Allah permudahkan bagi mereka..

doakan bantuan yang kita salurkan sampai kepada mereka..doa jangan pernah dihentikan~

TENTANG MESIR (jiran Gaza)

Al-kisah lain pula berbunyi, kebelakangan ini sahabat-sahabat pengajian agama di Univ Al-Azhar Mesir diuji dengan pelbagai masalah. Lepas satu isu, datang pulak isu lain. Dan dalam banyak-banyak isu, isu ketetapan pihak Univ Al-Azhar yang ingin memindahkan semua pelajar wafidin (luar negara) di setiap cawangannya ke kota Kaherah sangat menyedihkan. Menakutkan pun ada juga. Tak terbayang oleh akal bagaimana akibatnya jika tiada ustaz-ustaz dan madame-madame pelajar jurusan agama di bumi Tanta ini.

Persatuan mereka-DPMT yang sudah lama bertapak di sini bakal dilenyapkan kerana tiada ahlinya? serius-merekalah yang banyak membantu kami di awal kedatangan kami di sini sampailah sekarang. Tak pernah jemu menolong kami pelajar Perubatan Tanta menyelesaikan pelbagai masalah, masalah dengan pihak polis, masalah dengan orang arab, masalah cari rumah, masalah unit hisbah, tolong jadi musyrif, tolong masak untuk program kami, paling penting tolong didik dan ajar kami kenal Islam,Allah dan RasulNya..serta banyak lagi, tak tersenarai di sini. Saya dan rakan-rakan yang lain hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Hanya Allah sebaik-baik perancang. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya yg terbaik. Terdetik di hati, mampukah kami (pelajar Perubatan) utk menjaga biah di sini (Tanta) dan mendidik generasi mendatang tanpa mereka (pelajar al-Azhar)?. Ya Allah, semoga Engkau taqdirkan yg terbaik buat kami semua. Usahlah diuji kami dengan sesuatu yang kami tidak mampu kami menanggungnya. (minta sahabat-sahabat. adik-adik junior dan semuanya tolong doakan yg terbaik utk kita semua di bumi Mesir ini!)



ini adalah insan yg saya nasihatkan supaya belajar di Univ Al-Azhar Caw Tanta..senang sikit nak suruh jadi muhrif,saya pun boleh tengok2 kan dia.huhu..doakan yg terbaik utk dia..(hensem ke?-soalan sengal :) )

Bergelumang dengan imtihan

if you FALL DOWN,please try AGAIN..Allah is always with you!

salam mujahadah untuk sahabat-sahabat tahun 1,2 dan 3. Exam practical dah lepas (utk tahun 2 masih tinggal satu subjek). Yang lepas biar berlalu dan serahkan semuanya kepada Allah, tak perlu lagi nak difikir-fikirkan. Kalian dah usaha yang terbaik. Tumpu untuk written exam pulak. Jaga masa dengan baik, buat soalan-soalan past year, jaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. InsyaAllah, ramai yg sedang mendoakan kalian dari jauh. Semoga kejayaan cemerlang milik kita semua


Betulkan niat, belajar bukan hanya sebab nak dapatkan mumtaz@tajaan semata. Tapi sebab nak kuasai salah satu cabang ilmu Allah ini dan nak faqihkan diri dengan sebaiknya agar nanti boleh menyumbang bakti untuk umat Islam. Belajarlah kerana Allah. Pasti di sana ada satu kekuatan pada jiwa-jiwa kita untuk terus berusaha. Pesanan khas buat diri sy sendiri JANGAN MALAS dan Jangan kufur nikmat belajar yg Allah berikan ni, sebab tak semua insan dapat merasainya. Sahabat kita di Palestin, jika nak ke sekolah perlu berhadapan dengan senjata dan bom-bom tentera Israel..tetapi mereka tetap juga mahu belajar. Pelajaran sangat dititik-beratkan buat mereka. Biarlah terpaksa belajar dengan keadaan yang dhaif (di bawah khemah-khemah) dan penuh susah payah daripada menjadi orang jahil dan bodoh. wahai diri, Malu la sikit dengan mereka..ya Allah ampunkan kami~

akhir kalam..ucapan selamat berjuang saya tujukan khas utk mereka yg berada di bawah (yg xda pun masuk sekali)!
bittaufiq wannajah fil imtihan..saya sayangkan anda semua kerana Allah, antunna daaieman fi du'aaii..








wallahu'alam. sekadar coretan hati
jumaat, 30 April 2010
 
generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~




Author: caudate nucleus
•2:28 AM
 Bismillahirrahamaanirrahiim..

tenang dengan mukjizat yang satu ini~
 
saat saya menulis, hati sangat bahagia,sangat sedih..syahdu pun masuk juga
hampir menangis dibuatnya..ya Allah~
Alhamdulillah atas segalanya, tarbiyah Allah untuk saya sangat bermakna..
Allahu Akhbar..fatrah ini banyak saya belajar tentang erti perjuangan, erti pengorbanan
saya kenal erti sahabat, erti kerja berkumpulan, erti sebuah penghayatan
dan yang pasti Allah ingatkan saya tentang erti kehidupan, berharganya sebuah nyawa..kerana maut itu pada bila-bila masa shj..

dan saat belakangan ini juga baru selesai menjalankan sebuah amanah yang saya kira sangat besar
baru selesai imtihan yang paling bermakna buat saya
baru selesai bermuhasabah program yang sgt berprestij
tapi sering saya lupa bhw amanah itu tak pernah meninggalkan tubuh ini
juga  tak pernah selesai bermuhasabah diri bahkan sering lupa..
azam saya semoga takkan berhenti untuk bekerja..
lantas tak lupa bermuhasabah diri sendiri sebelum dimuhasabah di negeri Abadi
bahkan takkan berhenti utk berkhidmat,saya nak bekerja..biiznillah,ameen
doakan saya, ingatkan saya saat saya futur~


belakangan ini hati bingung, hati risau, hati takut
pada pujian manusia yang melangit,
apalah yang ada pada sebuah pangkat dan jawatan
tak lain dan tak bukan akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak
saya perlukan teguran atas semua kelemahan, 
saya perlukan penghinaan atas semua dosa-dosa kepada Allah
saya perlukan redha Allah dalam semua urusan
Mahalnya redha Allah, sukar untuk kita capai
sering saya persoalkan pada diri
banyak pekerjaan saya lakukan, banyak amal yang saya persembahkan
apakah nilainya disisi Allah..redhakah ALlah dengan semua amal-amal saya

hari ini hari yang sangat bermakna buat saya. Banyak benda saya dapat belajar
hari ni juga saya sangat merindui umi disebabkan terpandang seraut wajah yang seiras dgnnya
hari ni muhasabah program pula adalah muhasabah yg paling terkesan pernah saya rasa
Allah..alhamdulillah atas segala nikmatMu ya Allah~
semoga kami dikalangan orang yang berjaya di dunia dan akhirat 

mohon maaf atas segala dosa dan noda
 mohon doa Allah permudahkan perjuangan ini dan Allah bantu di dalam segenap sudut kehidupan..
Allahu Rabbi...~ 

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~


Author: caudate nucleus
•8:54 AM
 Bismillahi walHamdulillah..Allahuakhbar~

Mac 2009, ada kenangan padanya. Ada memori yang tersimpan. Ada ujian hadir menyapa. Ada cabaran tinggi mengunung. Ada perpisahan yang berlaku-perpisahan bersama Naqibah Smart Circle Sayu,satu demi satu pulang ke bumi  Malaysia. Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan kak Salwa di bumi Malaysia. Ada satu masa saya sangat tertekan kerana banyak komitmen dituntut daripada diri yang lemah ini. Namun setiap satu saya gagahkan juga untuk melaluinya. Alhamdulillah, satu demi satu berlalu pergi. Semuanya saya cuba lakukan yang terbaik. Hanya Allah yang dapat menilai prestasi dan nilai komitmen yang diberikan di dalam semua urusan. Harapan diri semoga Allah redha dengan amal-amal itu.

Pada saat itu juga saya diuji dengan karenah sahabat. Sahabat yang saya harapkan untuk membantu di saat-saat yang kegentingan ini. Memang Allah mahu menguji sejauh mana kesabaran jiwa saya yang lemah ..namun bersyukur sangat, apabila diuji dengan sorg sahabat, tapi Allah kurniakan sahabat-sahabat yang lain untuk kuatkan jiwa dan fikiran saya yang berserabut dan kacau bilau. Mereka jugalah yang mengingatkan saya tentang satu hadaf perjuangan yang kita semua sedang usahakan.  Ada nilai ukhwah yang saya hargai di situ. Saya sayang semua sahabat-sahabat seperjuangan. Daripada yang senior2 hinggalah kpd junior2 yang baru setahun jagung di sini.  Dan saya sedar bahawa sahabat yang berkarenah itu pula adalah satu wasilah untuk Allah mertarbiah diri saya tentang erti sabar..saya sayangkan sahabat2 saya~

Alhamdulillah, hari ini..semuanya bakal berlalu. Imtihan mid year Forensic dan Toxic telah berlalu. Eminent '10 juga bakal menutup tirai. Cuma final practicle exam utk subjek Forensic dan Toxic yang masih berbaki. Saya perlu kejar. Saya wajib gandakan usaha. Menghafal dan memahami sebaiknya. Yang pasti kena score yang terbaik. Dan tadi tiba-tiba terpandang mesej ini di sini:

SCHEDULES FOR WRITTEN EXAMS: 

FIRST YEAR
: 10/5/2010 - 20/6/2010
SECOND YEAR
: 15/5/2010 - 22/6/2010

THIRD YEAR
: 11/5/2010- 15/6/2010

FOURTH YEAR
: 5/6/2010 -20/7/2010
  
N.B :
1. The PRACTICAL EXAMS will be 1 MONTH before the WRITTENS but the exact date is still not informed yet.
2. The ORALS will be informed right after the University has notified us.

Huhu. Seperti yang dijangkakan, Exam Final memang akan bermula dan berkahir dengan lewatnya.
Di bawah adalah gambar yang dah lama saya upload dan saya simpan utk tatapan sahabat-sahabat di bumi Malaysia. Ini adalah sebahagian memori saya di sini pada musim cuti yang lepas-lepas. Hampir 4 tahun dah kat sini. Macam tak percaya, kalu pelajar Univ Al-Azhar 4 tahun tu dah nak habis belajar dah..huhu~
doakan saya utk imtihan 13 Mac 2010, Sabtu, 12.30 tgh hr waktu Mesir..buat sahabat-sahabat tahun 4 yang seangkatan selamat berjuang...semoga Allah permudahkan~ ameen...
wallahua'alam..

 
 dedaunan berguguran membawa bersama kenangan silam..



 
deruan ombak..::Cleopatra beach::


 
di kubu Qaitbay-Alexandria   


 
 merenung ciptaan Allah~ Julai 2009


 
Pantai Agibah..


 
Puncak Jabal Thur Saina'~ Februari 2008


 
Sawah..Kafru Esom 2009~


 
Taman Dr. Hammoudah~ 1 Februari 2010


 
Matruh dalam kenangan..


 
Juadah berbuka di Maidah el-Rahman..Ramadhan 1430


 
pengundian usul..Mesy Tahunan Cawangan, Disember 09 =)

 
Kak Nor dan Ust Firdaus dalam kenangan..insan berjasa ::Julai 2007::


 
Jabal al-Mauta..Ust Mushrif tak kasik naik!! [tempat Jin berkeliaran]

 
pray everywhere..Julai 2009

 
by huda- raya di perantauan 1430H


 
Pantai Dahab..Februari 2008

 
Montazah..Alexandria ::akhir sessi tahun 1 =) ::

 
 Disember 2007..by faten (tauke kek coklat) =)

 
Memburu jejak langkah Nabi Musa dan Bani Israel..

 
Kembara Matruh dan Siwa..Julai 2009


 
pagi 1 Februari 2010..menuju lokasi SC gabungan

  
comel kan?..hihi.::penonton setia games yg kami main::


Juadah berbuka di rumah Baba..Ramadhan 1430H


 
Puas hati dapat sampai ke Matruh..Pantai Agibah


  
Sekitar Pergunungan Sinai..Menjejak peninggalan Nabi Musa


 
Jemput Makan \(^_^)/


 
open house 1..Aidilfitri 1430H-bumi Tanta.

  
padang pasir..Cantik!

 
tempat Puteri Cleopatra mandi-manda..dorg pun nak juga =)


 
sakit mata..tp unik~ Pasar Libya..Jaulah Matruh dan Siwa

  
suka gambar ini..

  
suka benda warna hijau..suka masuk hutan juga act  \(^_^)/

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~