Author: caudate nucleus
•1:13 AM
bismillah walhamdulillah Allahuakhbar.
terkenang detik dan saat mencemaskan menunggu panggilan telefon sahabat-sahabat membawa khabar berita dari Dr. Howaida tentang natijah kami,di Maarad Kitab ke44 3 February 2013 jam 1.00pm bersama ummi dan abah. penuh debaran. berakhir dengan sebuah kegembiraan. rasa nak sujud syukur tengah3 jalan tu juga.
Alhamdulillah, perjuangan menuntut ilmu di sini dah berakhir. maka bermulalah perjuangan jihad di bidang kesihatan lepas ni. Allahuakhbar, besar amanah dan besar anugerah ini. Tak terhitung nilaian budi, keringat dan pengorbanan ummi, abah dan sahabat-sahabat demi menjulang kejayaan ini.
hamdan Lillah, segalanya daripadaNya. moga aku tidak lalai dengan nikmat ini. Perjalanan masih panjang, jangan cepat berpuas hati di permulaan perjalanan. Masih banyak yang perlu ditempuhi.
sebelumnya, tanggal 1 February 2013 hati berbunga-bunga dapat menyambut kedatangan ummi dan abah ke bumi Mesir. Allah, sebak hati ni melihat raut wajah mereka yang semakin tua dimakan usia. Dua tahun lamanya menahan rindu. Syukur alhamdulillah di sini kami bertemu. Dan tercapai hasrat abah untuk datang ke bumi Mesir.
Masa muda dulu, abah lulus dengan cemerlang maahad thanawi dan ditawar peluang menyambung pelajaran ke Mesir di Universiti Al-Azhar tapi tak ada rezeki sebab keluarga susah time tu, Tok Wan dah lama meninggal dan Pak Wa sebagai abang yang sulung tak mampu nak biaya perbelanjaan di sini. Sayu je dengar cerita abah ni.
..to be continued..
generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
|
Author: caudate nucleus
•9:52 PM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~
24 Disember 2012
alhamdulillah..hari yang bermakna. Tak tahu bakpe rasa sedih sangat di pagi harinya..dan Allah beri semangat dan kekuatan melalui sahabat2 secara tak langsung di sore harinya. Penghayatan sirah Nabi Yusuf hari ini sangat bermakna. Memang diri kena ketuk la dengan beberapa peringatan lain dari sahabat2 yang hebat belaka. speechless saya dibuatnyaa. Dan saya diingatkan untuk mengenangkan sahabat yang lebih hebat diuji-dan saya tak mampu nak tolong banyak..itu suatu yang menyakitkan juga. Apa peranan saya sebagai sahabat? monolog yang sentiasa berlegar..moga Allah terus beri kekuatan buat saya dan sahabat2 untuk terus bersatu kerana Dia, bantu membantu antara satu sama lain dan saling mendoakan. ~~
tarikh graduation day ditetapkan pada 24 februari..anjuran fakulti Perubatan,Univ Tanta. Dan Majlis Kecemerlangan pula bakal berlangsung pada 10 Februari 2013 anjuran persatuan Perubatan Cawangan Tanta dengan Kedutaan. Ummi dan abah bakal tiba ke bumi Mesir pada tanggal 1 Februari..dapat la dorang join program 10hb tuu. Serabut otak juga la kami denganbenda ni, kami adalah pelajar tahun akhir=1st batch pelajar MoU..jadi 1st time nak buat graduation day..moga turn junior2 nanti semua urusan graduasi lebih dipermudahkan~ *ada sorg sahabat cakap..dia tak nak datang masa hari konvo nanti..takut dia nangis sorang2 kat belakang dewan..T_T sedih sgt2 bila dengar!!*
insyaAllah lepas konvo nanti..ummi abah bercadang nak gi umrah sama-sama. dalam seminggu cmtu jek sebab dorg dh nak kena balik Msia 20hb februari. baru perancangan awal. doakan semoga saya dpt jejakkan kaki ke tanah haramain bagi menunaikan umrah dan melewati maqam Rasulullah di madinah. Itu impian saya dalam setahun dua nii. biarlah tak dapat sampai tempat lain..asal dapat pegi sini dlu. mungkin berbaki 2 bulan saja lagi di bumi Kinanah (moga lulus la exam final nii) insyaAllah, cepat pulak rasa masa berjalan..hari tu duk kira-kira dlm 5bulan..skrg dh tinggal 2 bulan jek.
exam surgery dan tamat. selepas hampir 2 bulan exam untuk surgery sahaja. ada satu perasaan lega. tawakkal la dengan hasilnya. sahabat pesan..kejayaan bukan bergantung kepada sejauh mana usaha kita..tapi adalah hak mutlaq Allah Taala utk dihadiahkan buat kita. bersediakan saya untuk hadapi keputusannya nanti. Moga saya dan sahabat2 dikalangan orang yang redha. Najahkan kami Ya Allah, andai itu yang terbaik buat rusan kami, kehidupan kami, dan agama kami..
generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
|
Author: caudate nucleus
•9:18 PM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~
23 Disember 2012
Jiran umah atas ditimpa musibah. salah sebuah bilik apartment dorang terbakar. kami semua sedar kebakaran berlaku jam 5.30 pagi..time ni semua baru nak solat subuh..semua ahli imarah masih bertelekung lagiii. kebakaran bermula di salah satu bilik yang mmg ditinggalkan berkunci oleh tuannya. Pada mulanya anak baba yg jadi hero nak pecahkan pintu bilik..tapi last2 api makin besar..asap yang keluar dari celah pintu makin tebal, bomba juga yang datang selamatkan. kecoh kejiranan maarad~ 1st time laa dalam hidup saya mengalami situasi kebakaran. panik. kalut. serius kaget. Makin gelabah bila kawan-kawan, junior dan jiran2 yang lain semua call saya..dorang ingat rumah kami yang terbakar!!~ T_T terharu dengan mereka..
Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa berlaku. Bilik Nani rentung dijilat api..alhamdulillah dia sendiri tak tido kat rumah malam tu. Lepas 30-45 minit,bomba sampai dan keadaan agak kelam kabut..bomba dah suruh kitorang semua turun. Dan kami bertiga (saya dan housemates) decide bawa barang2 penting. serba salah dibuatnya, barang apa nk amik?? 3 benda asas..laptop, wallet dan passport yg kotrg capai 1st. dilema juga mcm mana dgn buku2 OnG..saya nak final exam paper OnG lg 2 minggu kot~ Alhamdulillah tak lama kemudian dpt makluman api dpt dikawal. Dikatakan kejadian berlaku kerana litar pintas. sebelum ni tak pernah berlaku pun..beberapa lampu rumah kami rosak. Wayar laptop kami kecuali najwa juga rosak. dan beberapa barang yang lain~ @_@
Nampaknya hilang la jiran atas rumah..dorang mungkin pindah rumah lepas nii. insyaAllah kami mungkin terus di sini. Hanya perlu lebih berhati-hati dengan barangan dan penggunaan elektrik. Tarik plug utama extension sebelum keluar rumah, tutup sakhonah, jangan pakai heater dengan kuantiti yang banyak dalam 1 rumah especially heater yang murah tuu..yang mcm pembakar rotii tuu~sangat bahaya sebenarnyaa..dan sebenarnya heater tu lagi banyak pakai elektrik kalau tak salah. lebih baik beli heater yang mahal sket..tapi keselamatan terjamin~ Moga Allah terus pelihara kami di sini..
generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
|
Author: caudate nucleus
•2:14 PM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~
kenangan bersama ketika Program Seminar Perubatan Islam..
selasa 13 November 2012..satu kejadian letupan dan kebakaran di makmal kuliah pergigian mengakibatkan kecederaan seorang pelajar Malaysia tahun 2 dari kuliah tersebut.
Sungguh menyayat hati mendengarkan kisah musibah ini. Dan ini adalah pertama kalinya sepanjang saya di sini ada pelajar terlibat dengan kebakaran. Dan paling tak sangka Ummu Nabilla orang yang Allah pilih untuk menghadapi musibah ini. Allahu Rabbi..adik yang saya kenal ini berjiwa besar, berani dan periang orangnya. antara adik junior yang banyak berdampingan dengan saya ketika cuti musim panasnya baru3 nii.
kejadian berlaku ekoran pelita yang digunakannya untuk membuat 'oral screen'nya meletup, cairan alkohol di dalam bekas tersebut terpercik ke separuh badan dan muka pelajar ini lalu menyebabkan api menyambar baju dan bahagian muka pelajar ini dengan sepantas kilat. Alhamdulillah,mujur ada lecturer dan sahabat yang cepat datang membantu memadamkan api walaupun ada sebahagian yang lain panik dengan situasi itu dan bertindak melarikan diri. Ummu telah disahkan doctor mengalami 1st to 2nd degree of burn di bahagian muka, leher dan kedua belah tangannya. sayunya hati melihat keadaan adik saya ini..tapi dia sangat kuat. InsyaAllah.
moga Allah bantu dia, beri kesembuhan yang cepat padanya dan Allah redha segalanya ke atas dia~ yuk doakan srikandi ini!!~
kisah lanjut boleh baca kat sini dan sini
p/s: terngiang-ngiang kata2 ustaz salahuddin..syeikh Rohimuddin pernah berpesan padanya, "bukankah kesusahan itu juga nikmat? maka bersyukurlah"..Allahu Rabbi~ minggu depan 22 November dah start perang..written exam surgery paper 1. doakan kami pelajar tahun akhir kuliah perubatan, Univ Tanta. jzkk.
generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
|
Author: caudate nucleus
•12:05 AM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~
Firman Allah dalam kitab yang agung “Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari adzab yang pedih ?” (As Shaff : 10)
apa yang dapat dijual mu'min kepada Allah yang menciptakan segala sesuatu di alam semesta termasuk dirinya sendiri? Alangkah uniknya, kita ini ciptaan Allah dan milik-Nya belaka namun dapat dibeli oleh-Nya dengan harga yang sangat mahal yaitu dengan “bebas dari api neraka”. Adakah jual yang lebih menguntungkan dari keselamatan dari api neraka?
Apakah yang dapat diberikan kepada Allah untuk menebus diri ini dari adzab yang pedih? Allah memberikan jawaban yang jelas tentang ini dalam huraian ayat tersebut,
“(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu Mengetahuinya”. (As Shoff: 11)
Artinya, untuk dapat berjual beli dengan Allah, setiap mu’min hendaknya beriman kepada Allah dan Rasulnya, yaitu beriman kepada pengertian syahadat Laailaha illa-llah dan ma’na syahadat Muhammadur Rasulullah dengan sesungguhnya. Kemudian berjihad di jalan Allah baik dengan harta maupun nyawa. Itulah yang dapat diberikan kepada Allah. Maka seruan Allah dan sambutan mu’min ini diabadikan dalam ayat lain dari Kitabullah yang mulia dengan ungkapan,
“Sesungguhnyà Allah telah membeli dari orang-orang mü’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka dibunuh atau terbunuh. Itu yang menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al Qur-an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan, dan itulah kemenangan yang besar”. (At Taubah: 111)
mari berjual beli dengan Allah, moga ketemu bahagia :)
"Doakan selalu org2 yang kau cintai, bangsa yang kau cintai, agama yang kau cintai. Doakan mereka setiap hari. Kau adalah pahlawan tersembunyi" Habiburrahman ElShirazi.
generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
|