Author: caudate nucleus
•6:20 AM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar..

Inilah pesanan agung ''malar hijau'' sepanjang zaman daripada Sayyidina Umar Al Khattab kepada panglima perangnya; Saad bin Abi Waqqas menjelang perang agung Al Qadisiyyah yang menumbangkan kerajaan Parsi.

Presiden PAS; Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang membaca pesanan ini dalam taklimat khas Himpunan Hijau yang berlangsung baru-baru ini di bumi sawah padi (yang saya rindui bagai nak rak T_T) - 1 Jun yang lalu.  



كتب عمر بن الخطاب رضي الله عنه إلى أمير جيشه سعد بن أبي وقاص ، فقال: 


أما بعد: فإني آمرك ومن معك من الأجناد بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العُدة على العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الناس أخوف عليهم من عدوهم، 

وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذاك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم، فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة، وإلا ننصر عليهم بفضلنا لم نغلبهم بقوتنا، 

فاعلموا أن عليكم في سيركم حفظة من الله يعلمون ما تفعلون، فاستحيوا منهم، ولا تعملوا بمعاصي الله وأنتم في سبيل الله، ولا تقولوا: إن عدونا شر منا فلن يُسلط علينا، فرب قوم سُلط عليهم شر منهم، واسألوا الله العون على أنفسكم كما تسألونه النصر على عدوكم.


''Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada ALLAH S.W.T dalam apa jua keadaan.''

''Sesungguhnya taqwa adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang amat kuat di dalam peperangan.''

''Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus di kalangan kamu sendiri, lebih daripada maksiat yang dilakukan musuh-musuh kamu.''

''Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka.''

''Sesungguhnya orang-orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada ALLAH S.W.T.''

''Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan meterial kita juga tidak lah sama berbanding persediaan meterial yang mereka miliki.''

''Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan lebih hebat daripada kita.''


tersentak bila baca. terlalu dalam maksudnya. amanat sepanjang zaman buat jundullah sekalian. 

bermula 1400 tahun lalu sehingga hari ini masih segar untuk disematkan dalam jiwa-jiwa yang ingin pergi berjihad. Barakah yang mengalir terlalu agung..masyaAllah. Hebatnya insan-insan terdahulu.. 

dan kamu wahai diri, persiapkan dan bina taqwa dalam jiwa..kerana itulah sebaik-baik bekalan, alBaqarah:197. Dan  bertaubatlah atas segala maksiat-maksiat yang telah kamu lakukan..kerana boleh jadi maksiat yang kamu biarkan bergelumang itu bakal menjadi asbab Islam tak capai kemenangan hingga ke hari ini. astaghfirullah.. (T_T)~

ku lihat hijau :)

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•12:38 AM
Bismilllah walhamdulillah Allahuakhbar~




19 Mei 2012 dalam kenangan. Pada hari tersebut saya telah melewati suatu pengalaman mendebarkan. Cuaknya Allah saja yang tahu tapi digagahkan juga kerana hadafnya telah jelas, jadi tidak sepatutnya untuk berpaling mengundurkan diri. Moga semuanya diberkati Allah. Tersentak juga dengan soalan yang pelbagai. Terkapai-kapai juga saya mencari jawapan untuk dijawab. Main kaut mana yang terlintas, tapi insyaAllah datang dari hati yang waras. Rasa macam kena tembak pun ada. Sabar jela. @_@. Rasa nak tembak balik, tapi, hoho, tapi rasanya kalau ada pun tak terungkap. simpan dalam hati jek. 

Dalam situasi berbeza, pada pagi hari dikejutkan dengan satu peristiwa lain yang juga mendebarkan. Allah uji saat-saat begini. Sungguh, menjadi peringatan buat hati-hati yang terlalu lalai dalam mengingatiNya. Seharian jugak memikirkan perkara itu, tak senang hati dibuatnya. Sampai hampir-hampir nak ponteng kelas Quran sebab tak mampu nak fokus, tapi digagahkan juga untuk lawan. Tapi akhirnya tak pergi juga sebab ustazah memang tak datang. hehe. apa lagi, melompat laa.

Pada ketika yang lain saya diingatkan supaya dalam menanti benda yang tak pasti jangan terlalu berharap, hanya perlu berdoa dan bertawakkal kepada Allah. Kalau tak, nanti hanya akan jadi sangat sakit. Moga Allah beri jalan keluar untuk semua bagi menghadapi masa-masa yang mendatang. Sungguh tiada daya dan tiada kekuatan melainkan segalanya datang daripada Allah. Ya Allah peliharalah diri-diri kami daripada segala macam fitnah kehidupan dunia ini. Moga yang terbaik untuk semua, untuk kehidupan, untuk Islam. insyaAllah.:)

18 Mei 2012, dapat berjamuan makan malam bersama-sama kawan sekelas.  Tak dapat nak makan banyak sebab tak da selera sangat, baru baik demam. Lepas makan ada pulak dorang susun game. Memang gelak habes, nak gelak guling-guling pun ada dibuatnya. Lepas tu direct dapat tazkirah. Ustaz Zuhdi, suami Amal ingatkan tentang hakikat kematian. Alhamdulillah. Lengkap semua pakej, ukhwah, makanan perut dan rohani. moga ukhwah fillah makin utuh, susah senang kita bangun bersama. Dah tak lama dah untuk duduk bersama,hanya berbaki 6-7 bulan untuk sama-sama berjuang di tahun akhir :D





*15, 16, 17 Mei 2012 berlalu dengan leganya..lengkap sudah end round exam special surgery. moga kheir segalanya insyaAllah. Balik-balik exam  @_@ terus demam, tapi alhamdulillah demamnya cepat kebah. perasan la jugak, kalau time nak exam lama3 sket mudah jatuh sakit, demam especially. Lepas ni kena take note kesihatan. :)


p/s: tolong doakan Allah kuatkan hati saya, 
dan istiqamah dalam memegang janji dan amanah ini.


umi mesej, katanya jatuh dalam bilik air.
sesak dada dibuatnya, moga cepat sembuh umi.
*saya hanya bahagia bila umi abah bahagia..*

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•11:57 AM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~



detik masa terus berjalan tanpa pernah behenti seketika apatah lagi untuk mengorak ke belakvang. Hari berganti hari,pementasan dunia terus dimainkan membawa bersama 1001 taqdir Allah buat semua hambaNya. Alhamdulillah ucapkan kalimah syukur andai saat ini Allah masih taqdirkan kita masih menggenggam nikmatNya. 

alhamdulillah seinfiniti kesyukuran buat Yang Maha Esa..dada terasa lapang. Terlalu banyak nikmat yang saya kecapi. Minggu ini mendapat 2 berita gembira. Moga Allah redha segalanya. Dan Allah beri bantuan daripada arah yang tidak disangka-sangka. Moga yang terbaik untuk semua! amiin.

kata-kata yang terkesan untuk bulan ini: 

lemahnya tapak,pasak bangunan yang dibina mendedahkan bangunan untuk runtuh pada bila-bila masa~ (iman dan aqidah yang kukuh itulah pasaknya)..-Mustafa Masyhur


sekarang fatrah pertengahan tahun, musim panas baru memunculkan diri. perlu bersedia untuk bermujahadah di musim soifi ini menuju ke kelas-kelas di hospital. Musim panas=musim tafaqquh. Tak sabar menunggu saat Ramadhan tiba, berbaki 80 hari(+/-) saja lagi. End round special surgery juga dah tak lama. Fighto! sekian. :P


~meniti hari-hari/bulan-bulan akhir di bumi Tanta, Mesir.


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•9:08 PM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar!~

hakikat usrah~

anda suka usrah/halaqah/smart circle? kalau tak suka pernah terfikir tak kenapa kita tidak suka dengan salah 1 sunnah baginda SAW pada suatu ketika dahulu..mungkin cara pembawakan yang kurang menarik salah satu faktornya..namun saya rasa masalah niat datang usrah bukan ikhlas kerana Allah itu sebenarnya faktor utama yg menyebabkan kita merasakan usrah itu sia-sia dan membosankan.

tahun ni kali ke4 saya diamanahkan menjadi naqibat smart circle di sini..alhamdulillah banyak yang saya belajar, makin lama potensi diri diasah sikit demi sikit. Amanah yang berat, mahu mendidik ahli dalam keadaan diri kita bukan yang terbaik. tapi andai ditunggu kita sesempurna para malaikat, sampai kiamat pun usrah tak akan pernah berjalan..bagi saya kata kuncinya adalah kefahaman dan kehendak, bak ungkapan seorang murabbi.."untuk Islam apa sahaja"

‎10 kaedah fiqh dakwah oleh Syeikh Juma’ah Amin dalam buku beliau yang berjudul Ad-Da’wah, Qawaid wa Ushul ialah :

1. Menunjukkan keteladanan/qudwah sebelum berdakwah (al-Qudwah qabla dakwah)
2. Mengikat hati sebelum memperkenalkan (ar-Ta’lif qabla ta’rif)
3. Memperkenalkan sebelum memberi tugas (at-ta’rif qabla taklif)
4. Bertahap dalam memberikan tugasan (at-tadarruj fi taklif )
5. Memudah bukan menyusahkan (at-taisir la ta’sir)
6. Memulakan yang pokok sebelum cabang (al-Usul qabla furu’)
7. Memberi harapan sebelum ancaman (at-targhib qabla tarhib)
8. Memberi kefahaman bukan menyampaikan semata-matan (at-tafhim la al-talqin)
9. Pendidikan bukan menunjukkan keburukan (at-tarbiyah la at-ta’riyah)
10. Murid kepada guru bukan murid kepada buku. (Tilmizu imam la tilmiz kitab)


saya bahagia saat melangkah pergi halaqah/usrah/smart circle..sebab di situ sahabat-sahabat saya berkongsi ilmu mereka yang saya tidak tahu, di situ saya kenal dan jumpa ukhwah islamiah, di situ saya diceritakan kisah orang-orang hebat..di situ saya kenal sunnah Rasulullah, di situ saya diingatkan tentang neraka dan juga indahnya balasan syurga..makanan yang sedap-sedap (^0^) dan banyak lagi..jom pergi usrah a.k.a smart circle :)

copy paste satu ungkapan~

Where 1 problem is solved by MANY people. Thats is usrah.
Where a happiness is shared together, that is Usrah.
When 1 people forget, others reminding, that is Usrah.
Instead of hanging out alone, hang out together, that is Usrah.
In short, Usrah is all about WE, not ME.
Lets join any Usrah group today, having fun, connecting with people, while generating more and more pahala insyaAllah!


semoga jalan susur galur Rasulullah SAW ini juga adalah jalan yang kita sedang lalui..alangkah indahnya jika baginda juga ada bersama :(
sollu a'lan Nabi..sallallahu 'alaihi wasallam

*baru sedar..bila terlalu gembira, terlalu sedih dan hati tak keruan baru ada post baru kat sini..bad habit~doakan Allah berikan yang terbaik buat saya
Allahu musta'aan (^__^)

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•12:45 AM



tatkala dihidangkan sebuah lakonan
bait-bait nasyid ini dipasangkan
dan hati ini terus laju menahan hiba
sungguh, alangkah indahnya andai diri yang hina ini
dapat menatap wajah baginda yang indah

cita-cita agar dapat berjumpa biarpun seketika 
dipasak tegak, biarpun terlalu segan dan
tidak layak untuk berhadapan dengan baginda
kerana diri ini sentiasa culas..

ya Rasulullah..semoga kasih dan cinta yg dibumikan ini
akan menjadi syafaat buat kami di hari akhirat kelak
ya Allah, tempatkan kami di syurgaMu 
agar dapat kami bersama kekasihMu ini..amiin
andai rindu dan cintakan Nabi SAW
buktikan dan ungkapkan..

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu..


12.45am/10 jan 2012/Tanta, Mesir

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~