Author: caudate nucleus
•12:45 AM



tatkala dihidangkan sebuah lakonan
bait-bait nasyid ini dipasangkan
dan hati ini terus laju menahan hiba
sungguh, alangkah indahnya andai diri yang hina ini
dapat menatap wajah baginda yang indah

cita-cita agar dapat berjumpa biarpun seketika 
dipasak tegak, biarpun terlalu segan dan
tidak layak untuk berhadapan dengan baginda
kerana diri ini sentiasa culas..

ya Rasulullah..semoga kasih dan cinta yg dibumikan ini
akan menjadi syafaat buat kami di hari akhirat kelak
ya Allah, tempatkan kami di syurgaMu 
agar dapat kami bersama kekasihMu ini..amiin
andai rindu dan cintakan Nabi SAW
buktikan dan ungkapkan..

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu..


12.45am/10 jan 2012/Tanta, Mesir

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•3:19 PM



Duhai Allah Yang Maha Lembut, Maha Berkuasa, Maha Mendengar, Maha Besar dan Maha Kaya... syukur kami kepadaMu makin mekar setiap saat. Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui rahsia alam ini. Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. 


Alhamdulillah kita masih di sini, masih diberikan peluang, masih mengecapi nikmat.. alhamdulillah,alhamdulillah.alhamdulillah..llafaz dan sujud syukur dipersembahkan ke hadrat Allah, kerana dengan izin dan kehendaknya saya sekarang sudah melepasi satu tangga menuju tangga teratas bagi menggenggam ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MB.Bch)..sebuah pedakian yang panjang. penuh jerih sampaikan perlu merangkak untuk sampai ke tahap ini..seperti dibuai mimpi, terdiam sejenak..dalam kepala penuh persoalan..dah nak masuk tahun akhir dah? lagi setahun saja lagi? huhu 1001 rasa ada~ Allahuakhbar..tanpaMu ya Allah,siapalah aku..mana mungkin untuk pergi sejauh ini!


berakhir sudah sessi pengajian tahun 5, akan bermula episod baru kuliah tahun 6..insyaAllah bersama misi baru bermatlamatkan visi yang sedia ada, semoga tahun akhir ini dapat saya manfaatkan sepenuhnya untuk menimba dan menambah ilmu dan skills dalam semua aspek,insyaAllah..sekarang juga sudah perlu untuk mengintai-intai ke dunia pekerjaan, dunia dakwah di Malaysia, dan tak dilupakan dunia/alam rumah tangga..erkk, terasa agak janggal dengan dunia-dunia yang disebutkan ini.tetapi itulah hakikatnya kehidupan.


alhamdulillah sekarang sedang bercuti selepas final exam tahun 5..berbaki 3 minggu saja lagi untuk memuliakan kuliah tahun 6. sedang menyusun jadual cuti, apa yang nak dibuat. balik Malaysia?? teringin sangat2, tapi boleh diketepikan dahulu. belum sampai masanya lagi. sekarang ini sangat berkeinginan untuk menambah thaqafah, segala macam buku semua nak dibaca, harap-harap dapat dihabiskan bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam..huuu. ada juga letak target nak habeskan semua 12 level kelas bahasa Arab kat Markaz Nil tuu,(bukan dalam 3minggu ni la..maybe berkala smp kuliah th6 nt) doakan semoga berjaya! Ummi pun dah kasik kebenaran untuk pergi jalan-jalan negara lain,tengok tempat orang..umrah pun boleh. tapi nampaknya itu bukan pilihannya buat masa sekarang. cuti winter nanti mungkin! (^__^)


blog ini juga akan dihidupkan semula, insyaAllah~ btw ada satu hebahan..tgk la classmates sy yang berdua nii..elok2 dapat result esoknya terus kawen..barakallahulakuma wabaraka 'alaikuma wajama'3a bainakuma bilkhair..tahniah buat Azzahra' dan Ahmad Rusydi.. alhamdulillah! doakan semoga berbahagia hingga ke syurga..insyaAllah (^__^)


dorang naik kereta kuda :)

kami 2nd batch..ramai lagi yang tak da nii..semua kat Msia


the end~


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•10:55 PM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar..


malam ke28 Ramadhan..alhamdulillah masih bisa bertamu!
sayu sangat sayu mengenangkan perpisahan-madrasah yg satu ini
Ramadhan ini bakal berlalu pergi..berjumpa lagi itu belum pasti~

namun..alhamdulillah3!! lafaz keramat diucapkan
alhamdulillah, Ramadhan tahun ini terasa lebih bermakna
atas kelebihan-kelebihan tertentu, pengalaman-pengalaman tertentu
tersimpul kenangan, terpahat di dalam memori 1432H~


terima kasih ya Allah, kerana mengetuk hati-hati yang lalai
terima kasih ya Allah atas setiap teguran kpd setiap kesalahan
terima kasih ya Allah atas setiap lontaran kata-kata hikmah
terima kasih ya Allah atas setiap ujian dah rahmat disebaliknya
terima kasih ya Allah atas setiap detik-detik pada Ramadhan 1432H ini
segalanya terasa indah, biarpun hakikatnya terlalu pahit (mmg pahit..)
segalanya dikutip dan ditelan satu demi satu 
digaul menjadi pengalaman sebuah kehidupan!

moga Ramadhan ini melepaskan kita dpd seksaan api neraka
moga Ramadhan ini membekalkan Taqwa sbg bekalan masa mendatang
moga berkat Ramadhan ini, Allah mengampunkan dosa-dosa kita
"celakalah jiwa-jiwa muslim yang melepasi madrasah Ramadhan
tanpa memperoleh MaghfirahNya"..itu doa yang diaminkan oleh Rasulullah
moga ramadhan ini lebih baik dpd tahun-tahun yg sebelumnya
semoga ramadhan ini melakar sebuah sejarah dlm medan juang ini!
amiin ya Allah, Amiin ya Rahmaan, Amiin ya Rahiim

selamat bermujahadah mengulangkaji pelajaran
menghafal semua fakta-fakta perubatan!
jihad di medan kesihatan ini masih panjang!
terlalu jauh, tapi perlu bermula dgn usaha pd saat ini
semoga Allah permudahkan, Allah kuatkan ingatan
Allah lancarkan penulisan, dan Allah lancarkan kata-kata
amin Ya Allah, amiin ya Rahmaan, ameen ya Rahiim


bittaufiq wannajah utk menghadapi peperiksaan akhir tahun 
buat semua rakan seperjuangan, pelajar tahun 5
*pengajian tahun 5 sudah berakhir,terlalu cepat masa berlalu*
peperangan bermula 8 Sept-3 Nov 2011..untuk hanya 2 subjek! :)
sekarang masa berjuang untuk menaiki tangga seterusnya!
semoga Allah kurniakan kejayaan kepada kita semua
amin ya Rabb, amin ya Rabb, amin ya Rabb
 (redha Allah matlamat kita, segalanya adalah untuk Islam:) )


doakan kami yaa! ^_^~
semoga kita semua dapat mengecapi kemanisan iman
sepanjang Ramadhan ini dan diteruskan kpd 11 bulan lain
maaf dipinta jauh dari sudut hati yg penuh dosa noda
untuk semua dosa, salah silap dn kekhilafan diri
semoga Allah reda dgn segala-segalanya....

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu)Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

fii amanillah, smg post-graduate beroleh kemanisan iman~
eidun saie3dun, kullu 'am wa entum ilallahi aqrab :)





p/s: barakallahulakum wa jama3a bainakum bilkhair untuk ukhti Nurul Liyana + supersenior Syafiq Affadi, juga ukhti Nurul Izzah + Ustaz Zahid..semoga mahligai kalian diberkati hingga ke jannah (^__^)~ tak dapat pergi walimah (+_+), mendoakan dari kejauhan =)

:) :) :)

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•7:47 PM
Bismillahi walhamdulillah Allahuakhbar


Lama tak meninggalkan jejak di sini. 
Hampir 3 bulan lamanya tersadai(=_=)
Moga beroleh keberkatan dpdNya~

Kini sudah pun berpijak pada pertengahan Jun 2011,
 Rejab 'bulan Allah' sessi 1423H juga sudah bertandang
Imtihan Akhir Tahun pula sudah menyapa sahabat2 tahun 1,2,3,4..
semoga kecemerlangan milik kalian..amiin3 ya Allah~

tinggallah kami senior tahun 5 dan 6 yg berapa kerat ini
meneruskan perjuangan di medan clinical..
makin hari makin mendekati diagnosis yang pelbagai..
moga semakin hari saya semakin memahami
 dan semakin menyintai dunia perubatan ini
juga berharap dikurniakan keberkatan ilmu..amin :)

Semakin hari juga akal yang terhad ini semakin bingung. 
Bermain dengan bayang-bayang sendiri? tak pasti
hanya mengharapkan keajaiban pertolongan Allah 
dikurniakan buat hamba yang lemah ini..
tak mampu rasanya untuk memilih apatah lagi menentukan
samada mahu ke kanan atau ke kiri kehidupan tanpa DIA
segalanya saya serahkan kpd Allah dengan sepenuh pengharapan
andai apa sahaja dlm segenap kehidupan ini 
jika perkara itu bukanlah yang terbaik, 
mohon dijauhkan sejauh3nya daripada diri ini..amiin~

Lately, tidur malam pula dibayangi orang2 tersayang
seringkali benar mereka muncul dgn bermacam2 episod
tak lain tak bukan hanya menambah sakit, pilu di hati
Allahu Rabbi...baru sahaja 3 bulan berpisah
tapi rasa macam dah setahun lamanya (T_T)
Abah, Umi, Khalil, Atif, Amat Apit,
K.Amal, Abg Eizzat sekeluarga
Ngah, Chaq, Mak wa, Mak Tam Pak Tam, Tok
K.Akma+Abg Ghani, Kak Idah..
dan ramai lagi yg lain..


 rindu pada nikmat kasih dan sayang itu

adik kesayangan ini semakin membesar 

..speechless..

umi selalu pesan,nt dh senang jgn sesekali lupakan insan2 ini
mereka banyak membantu perjuangan sy di sini
tak lupa juga..buat arwah Pak Wa (Hj Othman b. Mat Lazim)
moga berterusan aman damai di alam barzakh sana..amiin3.
hampir 10 bulan sudaa arwah pergi menemui Penciptanya
tanpa saya sempat menyalami tangan tuanya..
kali terakhir pertemuan adalah pada oktober 2008
2010 dan 2011 saya pulang ke bumi Malaysia
 belom pernah pula melewati pusaranya..
sedih, saya juga jarang3 menghadiahkan alFatihah buat arwah
apatah lagi bacaan surah Yassin..kenapa skrg bru sedar!!!
better late than never..alfatihah~


semalam pula diberi peluang untuk solat sunat khusuf berjemaah
pengalaman baru..solat ramai3 kat sutuh RUMAH KAMI
seronok sangat..dah lama tak rasa "kemanisan" itu
sama-sama dapat lihat langit di malam yg gelap
bintang masih berkerlipan bulan masih bersamanya 
tetapi dgn pemandangan yang luar biasa..
subhanallah Allahu akhbar..fenomena alam ini terlalu besar hikmahnya
hanya ORANG YANG MAHU BERFIKIR
akan memperoleh ibrah dan mampu menafsir hikmahnya
ayat2 kalam Allah dalam surah Yasin yang dibacakan
dan juga tadabbur surah At-Thariq itu..
sangat3 mengetuk pintu hati yg selalu lalai dgn dunia
alhamdulillah atas kemanisan itu..terima kasih atas tazkirah itu..
semoga Allah redha dengan segalanya
moga pengakhiran kita adalah yg terbaik~


Bukankah gerhana ini juga satu petanda bahawa
hari KEBINASAAN itu semakin menghampiri..??
sudah bersediakah? semstinya tidak..
seberat mana amalan soleh yg digalas..
mugkin maksiat dan dosa2 lebih berat dipikul..nauzubillah
sudah bersediakah pula menghadapi sakaratul maut 
yang dikhabar dan diimani akan datang pada bila2 masa
sungguh iman di hati sentiasa berubah naik dan turun
ya Allah..kurniakan aku kemanisan iman para RasulMu
ataupun paling tidak, kurniakan aku kemanisan iman
yang pernah dulu Engkau kurniakan 
kepada hamba2Mu yang soleh..
sungguh aku menjejaki kemanisan iman..
semoga masih mempunyai kesempatan utk merasakannya...
amin ya Rabbal 'Alamienn~



generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•3:12 PM
"Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi... Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis, Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (An-Nur: 35)


lewat hari ini 
kutemui jejakk kebenaran
selafaz kalimah suci
mengakui kebesaran Ilahi

Lewat hari ini
kudakap sejambak hidayah
seruan sebening subuh
mengukir kesaksian diri

lewat hari ini
senaskhah kitab kudakap erat
titis basah menyusur pipi
syukur pada petunjuk yang diberi

lewat hari ini 
7 anggota sujud ke bumi
solatku, ibadahku, hidupku dan matiku
hanya untukMu, Rabbi

~~~


Cahaya itu asli
Cahaya itu hakiki
Cahaya itu solusi

Siapa yang memberi cahaya?
Siapa yang membawa cahaya?
dan...
Siapa yang mendapat cahaya?

Cahaya itu satu
Cahaya itu jitu
Cahaya itu seru

DIA memberikan cahaya
RasulNya membawakan cahaya
dan...
HambaNya bisa mendapatkan cahaya

Cahaya itu bahagia
Cahaya itu sentosa
Cahaya itu agama sempurna

~~~


sungguh aku naik Saksi bahawa tiada TUhan yg berhak disembah
melainkan Engkau ya Allah, dan Nabi Muhammad itu PesuruhMu..

"hidayah itu milik Allah..hanya dicampakkan buat insan yang terpilih.
carilah ia biarpun sampai ke hujung dunia, andai Allah tidak taqdirkan ia milik kita maka siapalah kita di muka bumi ini tanpa petunjuk dpdNya Sang Pencipta~

sekali diberi HIDAYAH-petunjuk agar melalui jalan yg Lurus ini...maka genggamlah ia agar tidak lari meninggalkan kita terkontang-kanting dan meraba-raba dalam kegelapan di bumi TUHAN..

semoga HIDAYAH yg kita genggam membantu kita untuk melalui titian Sirat merentasi lautan neraka menuju ke pintu syurga..
amin Ya Rabbal 'Alamien~"

p/s: saya rindukan titisan basah air mata yg mengalir selepas membaca alQuran..Allah huwa Rabbi!~


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya!~