Author: caudate nucleus
•7:51 PM
 BiSmiLLahi walHamduLillah waLLahu Akhbar~     

 
buat semua sahabat-sahabat perubatan di Tanta. Selamat berimtihan.
Semoga Allah pandang usaha kalian

awal pagi 20 Februari. Hampir 8 jam lebih lagi detik bermula semula sebuah kembara. Kuliah akan kembali seperti sedia kala. Kesibukan tak pernah meninggalkan kami hatta di musim cuti. 14 hari saya rehat di rumah tanpa ke kuliah. Alhamdulillah atas nikmat masa lapang itu. Semoga Allah terima amalan yang telah dilakukan selama 14 hari itu, amin ya Rabb..


Cuti kali ni saya tak bermusafir jauh, hanya sekitar kota Kaherah dan bumi Tanta. Itu sahaja. Banyak perkara saya belajar, banyak perkara baru saya dapat, ada kefahaman baru yang datang meyuntik, ada seruan agama hadir menyapa, ada kesedaran tentang hakikat kehidupan yang sedang saya lalui ini menyentak ruang hati. Semua tu cukup untuk membuatkan saya 'berehat' sebentar daripada menghadap buku-buku medik.


Cuti ritu, dapat menyertai Jaulah Maqam sekitar kota Kaherah. Banyak manfaat rupanya pegi lawat maqam-maqam orang soleh ni. Dah hampir 4 tahun saya kat sini, baru kali ni saya dapat  jaulah maqam secara besar-besaran dan memberi kesan di hati, sebelum ni sekadar ziarah satu dua maqam gitu je.Banyak cerita perihal karamah para auliya' dan para ulama' disampaikan setiap kali sampai di setiap maqam. Kisah hidup syeikh Soleh Jaafari, al-imam Syaarani, Sultan Hanafi dan telaganya yang hampir serupa dengan telaga zam-zam, kisah Sayyida Nafeesa dan banyak lagi ahli-ahli ulama' dan sufi yang lain cuba untuk kami tadabburkan kisah hidup mereka di dalam hati. Mereka orang yang dekat dengan Allah, biarpun dikatakan telah lama pergi meninggalkan dunia hakikatnya mereka hidup bahkan diberi rezeki oleh Allah.


Paling meruntun hati dan perasaan bila melewati di sekitar maqam al-Imam asy-Syafie Rahimahullah Taala. Sebelum masuk ke masjid tempat imam syafie bersemadi, Ustaz Nazrul ada menceritakan tentang latar belakang imam Syafie. Ada satu kisah tu berlaku antara sorang anak murid dan seorang Tok Guru- saya tak ingat sangat dengan detail, tak nak tokok tambah. Tapi yang jelas kesimpulan daripada cerita itu ialah Rasulullah SAW mengharapkan si Tok Guru akan datang meziarahi baginda bukan di Madinah, tapi cukuplah di maqam Imam Syafie pada setiap hari khamis lepas asar hingga hari jumaat. Tiba-tiba minda saya tersentak, lidah seakan kelu untuk berkata. Dalam hati berbisik :"eh, sekarang ni bukankah lepas asar petang khamis??. Aish,betol ke ni?" bermonolog sendirian. Tiba-tiba rasa excited nak masuk ke dalam. Nak rasa suasana membahagikan itu. Nak lihat situasi di dalam. Suasana di luar masjid itu begitu tenang,sangat damai. Masjid yang terletak di perkampungan, jauh sikit la dari hiruk-pikuk bandar yang sibuk tu.



Saat menjejakkan kaki ke ruang maqam imam Syafie, hati rasa sebak. Rasa malu. Rasa hina diri. Ustaz mula bercerita pengalamannya pernah datang ke situ satu ketika dulu- datang duduk  di perkarangan ruang tersebut sambil membaca kitab ar-Risalah, Kitab pertama karangan imam Syafie dari pagi hingga ke petang. Tak lama selepas itu Allah taqdirkan ustaz dapat bermimpikan Imam Syafie, biarpun hanya menampakkan  susuk tubuhnya dari belakang. Dan al-Imam sempat berpesan sesuatu kepada ustaz.. 


waaa.Lagi la saya rasakan diri ni terlalu kerdil. Rasa macam tak layak nak jejakkan kaki di situ. Ini adalah maqam cucu cicit Rasulullah. Bukan maqam orang sebarangan. Insan yang sangat hebat. Pengasas kepada salah satu mazhab di dalam Islam. Kefaqihannya di dalam menuntut ilmu sangat dikagumi. Sumbangannya untuk Islam sangat luas. Jantung saya tiba-tiba berdegup kencang. Rasa sebak di dada. Saya cepat-cepat  menadah tangan berdoa sebanyak mungkin kepada Allah setelah membacakan selawat dan menghadiahkan ayat suci al-Quran buat beliau. Berdoa sepenuh hati..juga mengharapkan kehadiran saya dan rakan-rakan pada petang penuh barakah itu Allah berkati dan rahmati. Semoga al-imam mengenali saya pada masa itu dan di padang mahsyar nanti. Dan Semoga Rasulullah juga mendengar doa saya lantas mengaminkannya. Amien. [hadiahkanlah Al-Fatihah utk Rasulullah dan al-Imam asy-Syafiie]


Kemudian, kami bergerak ke maqam yang terakhir. Tersentak pada saat mula maqamnya diumumkan sebagai destinasi kami yang seterusnya. Al-Imam Hassan Al-Banna. Sekali lagi rasa excited. Rasa berdebar-debar. Rasa terkejut pun ada juga. Tak tahu pula yang rombongan kami akan ke sana. Lokasinya terletak di sekitar kawasan maqam Imam Syafiejuga. Jauh sikit je. Tak banyak. Lagi sekali, tempat sekitarnya dirasakan tenang, damai. Jauh dari hiruk-pikuk. Tiba-tiba terasa seperti berada di BUmi SIwa. Bumi BArakah yang pernah saya lewati pada cuti musim panas tahun lepas. Suasananya seakan sama. Banyak blok-blok maqam-maqam auliya’ lain kami lintasi sebelum sampai ke blok maqam pengasas Ikhwanul Muslimin itu. Setelah tiba, di depan pintu blok maqam mujahid dakwah itu-seperti biasa, ustaz akan bercerita tentang latar hidupnya.


 Sebahagian rentetan kisah hidup beliau pernah saya dengarkan sebelum ini. Tapi kali tu,paling menyentuh hati apabila ustaz menceritakan tentang tragedi kematiannya yang sebenarnya adalah sebuah perancangan pihak yang ingin menghancurkannya. Mereka takut melihat pejuang Islam ini hidup dan merancang pelbagai rancangan untuk menentang mereka. Diceritakan selepas beliau ditembak bersama seorang lagi rakannya, (yang juga merupakan orang penting di dalam IKhwan al-Muslimin) mereka berdua sempat melarikan diri dan asy-syahid berusaha  membantu sahabatnya yang cedera parah-mendapatkan rawatan di hospital terdekat tanpa memikirkan tentang kecederaan dirinya sendiri. Dan sahabatnya itu ALHAMDULILLAH, Allah taqdirkan dapat diselamatkan manakala al-imam pergi menemui Tuhannya pada masa dan ketika yang telah dituliskan baginya. Saat itu, dunia Islam kehilangan seorang tokoh mujahid dakwah yang hebat..[Al-Fatihah]


Ustaz berpesan, lihatlah bagaimana pengorbanan seorang pejuang hinggakan di saat-saat akhir kehidupannya- tidak pernah memikirkan tentang nasib dirinya sendiri, bahkan mengutamakan sahabatnya yang memerlukan pertolongan.  Mampukah kita untuk menjadi sebegitu di dalam situasi dan detik yang sama??. Saya terpana. Diam sambil memandang sahabat-sahabat lain.

Lagi,di depan pintu maqam asy-Syahid itu Kami diingatkan untuk menyumbang kepada Islam, berkorban untuk Islam dengan apa jua cara sekalipun tanpa meletakkan kepentingan diri sendiri di hadapan. Andai  Hassan al-Banna di saat akhir kehidupannya tidak menolak untuk berkorban untuk ummah…bagaimana dengan saya, anda, kamu, dan kalian wahai sahabat-sahabat?? Tertanya dan tercari, apakah yang telah saya sumbangkan untuk Islam sehingga hari dan detik ini?  Sama-sama muhasabah..bersama kita saling ingat-mengingatkan.


Musafir ke kota Kaherah hari itu memberi kesan mendalam pada jiwa saya…semoga Allah merahmati mereka yang telah berusaha menjayakannya..barakallahu lakum~


{Sahabat..ingatkan saya saat saya lupa akan tanggungjawab kita di muka bumi Allah ini..}


Setakat ini dulu perkongsian daripada saya. Ada masa saya ceritakan lagi pengalaman yang lain. Wallahu'alam. Andai ada salah dan silap minta betolkan. Jzkk.  


pagi,20 Februari 2010.
 

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~



Author: caudate nucleus
•11:56 PM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..selawat dan salam dihadiahkan ke atas junjungan besar Sayyidul 'Alamien,Nabi Muhammad SAW berserta ahli keluarga dan para sahabat baginda yang telah bersusah payah,penuh jerih dan perit menyampaikan risalah Islam hingga ke hujung dunia dan sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ucapkanlah kalimah syukur itu, Alhamdulillah kerana dengan iradahNya denyutan nadi kita masih rancak. Proses "pulmonary ventilation" masih normal. Sympathetic dan parasympathetic juga sedang mengikut gerak kerja yang telah diciptakan oleh Penciptanya. Subhanallah walhamdulillah wallahu akhbar. NikmatNya terlalu banyak kita kecapi. Masihkah perlu untuk kita kufur kepadaNya??


Hari ni hari ke-6 daripada 2 minggu tempoh cuti musim sejuk. Alhamdulillah, hari yang menyegarkan. Tenang dan damai saya rasakan. Cuti ni nak rasa rilek lebih sikit. Rilex tu bukan maksudnya berehat goyang kaki. Rasa rilek tu perlu ditafsir melalui kamus medic (hehe). Nak baca apa yg tak terbaca. Nak tulis apa yg tak tertulis. Dan yang paling penting saya target nak habiskan semua nota-nota Forensic dan Toxic yang terbengkalai. Mampukah? Biarpun ada 14 hari cuti, separuh daripadanya telah dan akan saya peruntukan untuk aktiviti di Cairo. Sebelum ni 3hari sudah saya luangkan untuk ke kota Kaherah menyertai Mesyuarat Agung PERUBATAN ke7 dan melawati Pameran Buku Antarabangsa-Cairo.  Dan bakinya bakal menyusul. Semoga dapat hasilkan yang terbaik.

[Kat Maarad Kutub rambang mata juga la nampak buku yang sangat banyak. Rasa macam nak beli je semua buku di situ. But mostly dalam bahasa Arab la, kalu dah bahasa Melayu tu banyak dah kot yg akan saya angkut balik Tanta. Buku-buku bahasa Inggeris mahal sangat la pulak. Buku rujukan pun. Cukup la buku yang disediakan Universiti.  Last2 beli Sudoku je..heee =)

Hari Isnin ada kelas pengajian Ust Salman, tapi sebelum tu pada sebelah petangnya ada exam dulu untuk mereka-mereka yang amik extra kelas (Akademi Ust Salman). Tak dapat buat yang terbaik sebab saya mula buka buku hanya 3-4 jam sebelum exam bermula, dah tu bab tertentu terlupa pulak  nak baca. Pergi ke Cairo memang tak ingat langsung nak bawa sebarang nota. Alhamdulillah sebelum tu ada juga la Ain tetiba rasa nak main soal-menyoal (last-last dia yang jawab) sementara kami menunggu ketibaan train untuk  ke Cairo yang lewat 30 minit. Dapat juga saya recall balik ilmu-ilmu yang sudah saya hafal itu. Ada sebahagian soalan-soalan yang Ain tanya masuk exam, hihi..memang kasyaf la sahabat saya yang sorang nih~!! 

Hari Isnin juga selepas exam balik rumah, dapat surprise..macam tak percaya je ada tetamu yang hampir setahun lamanya saya tak jumpa!!. Kak Aishah datang bersama dua kanak-kanaknya yang nyata semakin membesar. Seronok tengok Dhiya’@ Bang Long aktif, dah boleh bercakap  dah. Siap tolong kitorang memasak lagi (tak tipu). Mantap betol didikan mak ayah dia masa kecik-kecik dulu. Sekarang baru 3 tahun. Baihaqi pulak manja sikit. Kak Aishah kata biasa la tu, symptom nak dapat adik baru. Hoho..kena kaji psycho kanak-kanak ni. Menarik..
*******************

Hurm, tahun ni tahun saya menambah thaqafah. Awal tahun 2010 ini saya memperoleh jawapan kepada satu persoalan yang saya cari jawapannya sejak saya di Tingkatan 2 lagi. Dan baru sekarang saya dapat jawapan yang paling memuaskan hati. Dah ramai orang saya soalkan, banyak jawapan. Macam-macam versi. Dan saya tak nafikan persoalan saya timbulkan punyai jawapan yang mukhtalifah. Tapi awal januari lalu melalui kelas tafaqquh yang saya lalui hasil curahan ilmu Ust Salman (Kelas fiqh) dan Ust Nazrul Nasir (kelas sirah) juga pengajian secara klinikal melalui subjek yang lebih spesifik di Universiti- saya gabungkan dan campur gaulkan maka saya peroleh jawapan kepada “bagaimana nak niatkan di hati supaya menuntut ilmu ikhlas kerana Allah??”. Soalan yang common dikalangan pelajar muslim. Dan inilah jawapannya  yang paling memuaskan bagi saya “tujuan menuntut ilmu sebenarnya adalah untuk kita mengenal  dan semakin dekat dengan Allah. Selayaknya kita perlu menuntut ilmu kerana Allah. Sesungguhnya Hanya redhaNya yang kita kejar.” Tiba-tiba diri terasa kerdil. Hebat dan luasnya ilmu Allah. Penuh hikmah dan manfaat yang pelbagai .


Ilmu Tauhid, Feqah, al-Quran dan tafsirnya, Sirah Nabawiyah, Tasawwuf, Mantiq, Sains, Geografi, Matematik dan semua jenis ilmu yang ada, tidak syak lagi semuanya membawa kita untuk semakin dekat dengan Sang Pencipta, Untuk kita lebih bertadabbur, merendah diri, dan merasakan diri adalah HAMBA!!.. Allahuakhbar, sungguh Engkau Maha Besar~


Sesunguhnya Allah adalah sumber kepada Ilmu-ilmu yang wujud. Perlu diakui bahawa semua ilmu yang kita pelajari sebenarnya sedang melayarkan nakhoda kehidupan kita untuk menuju Allah. Baru sekarang saya jelas hakikat ini. Baru sekarang Allah campakkan petunjukNya. Ilmu Allah itu luas dan mempunyai kepelbagaian bidang, topik, perbahasan, bentuk dan lain-lain lagi. Namun sedikit pun tidak membawa manusia untuk jauh daripadaNya andai ditadabbur dengan Iman yang sempurna dan oleh hati yang tidak gelap dengan dosa dan noda. Ilmu perubatan antaranya adalah ilmu yang dapat membuktikan kebenaran al-Quran dan Hadis Rasullah SAW. Tidak ada yang dapat menyangkal kebenaran apa yang telah Allah firmankan 1400 dahulu, baru kini akal manusia dapat merungkaikan rahsianya. Proses kejadian manusia contohnya, semuanya telah Allah ungkapkan ke dalam kitab suciNya. Ilmu perubatan hanya merungkaikan dengan lebih detail. Sebahagian ayat berkenaan proses ciptaan manusia..

Firman Allah SWT:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَـٰنَ مِن سُلَـٰلَةٍۢ مِّن طِينٍۢ ﴿١٢﴾ ثُمَّ جَعَلْنَـٰهُ نُطْفَةًۭ فِى قَرَارٍۢ مَّكِينٍۢ ﴿١٣﴾ثُمَّ خَلَقْنَا ٱلنُّطْفَةعَلَقَةًۭ فَخَلَقْنَا ٱلْعَلَقَةَ مُضْغَةًۭ فَخَلَقْنَا ٱلْمُضْغَةَ عِظَـٰمًۭا فَكَسَوْنَا ٱلْعِظَـٰمَ لَحْمًۭا ثُمَّ   أَنشَأْنَـٰهُ خَلْقًا ءَاخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحْسَنُ ٱلْخَـٰلِقِينَ ﴿١٤﴾ثُمَّ إِنَّكُم بَعْدَ ذَ‌ٰلِكَ لَمَيِّتُونَ ﴿١٥﴾

(12) Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
(13) Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
(14) Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
15) Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
Al-Mukminun:12-15


Lagi, ilmu forensic terbukti telah diajarkan di dalam al-Quran melalui kisah Nabi Yusuf yang dituduh cuba menggoda Zulaikha..Firman Allah berbunyi:

قَالَ هِىَ رَ‌ٰوَدَتْنِى عَن نَّفْسِى ۚ وَشَهِدَ شَاهِدٌۭ مِّنْ أَهْلِهَآ إِن كَانَ قَمِيصُه, قُدَّ مِن قُبُلٍۢ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنَ ٱلْكَـٰذِبِينَ ﴿٢٦﴾ وَإِن كَانَ قَمِيصُهُۥ قُدَّ مِن دُبُرٍۢ فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ ﴿٢٧﴾ فَلَمَّا رَءَا قَمِيصَهُۥ قُدَّ مِن دُبُرٍۢ قَالَ إِنَّهُۥ مِن كَيْدِكُنَّ ۖ إِنَّ كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌۭ ﴿٢٨﴾

(26) Yusuf pula berkata: "Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.
(27) Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar".
(28) Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.
Yusuf:26-28

 Namun realitinya sedikit sahaja ilmu di dalam Al-Quran yang dirungkaikan oleh akal yang cetek, hanya sebahagian sahaja. Banyak lagi ilmu yang belum diterokai. Terkenang kepada guru-guru saya di sini, sebahagiannya sebelum mengajar sesuatu topik mereka papar dan bacakan ayat-ayat suci al-Quran atau mafhum Hadis yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran. Serius, hati yang mendengar dan melihat ketika itu akan merasakan kerdilnya kita dengan Sang Pencipta, Maha Suci Allah-kagum dengan isi kandung al-Quran yang menerangkan pelbagai analogi dan kata kunci kepada perkembangan ilmu perubatan. Sungguhlah Al-Quran itu adalah mukjizat maknawi hanya untuk orang yang berfikir.


Melalui kelas pengajian Sirah Nabawiyah juga-yang disampaikan oleh Ustaz Nazrul bin Mohd Nasir [nama yang sudah tidak asing lagi di bumi Mesir], kisah hidup Rasulullah kami tatapi dan Ustaz cuba bawa kami semua menghayati dan memerhati  penyelusuran sirah Nabi Muhammad melalui gambar rajah dan peta-peta sekitar lokasi yang berkaitan perjalanan sirah Nabi. Pembacaan kitab Syamail Muhammadiyah membicarakan pula tentang sifat dan ciri-ciri fizikal Rasulullah. Indah sungguh. Tak terbayang bagaimana kekacakan Rasulullah. Rupanya Baginda adalah lelaki yang paling handsome kat muka bumi ni, kerana diceritakan kekacakan Nabi Yusuf as hanyalah separuh daripada kecantikan Rasulullah.Sesekali ustaz menyelit tentang wahabi ,[tak sah kalu tak sebut-membuatkan kitorg arif la sikit tentang wahabi, sebelum ni zero langsung] ada juga kisah syurga dan neraka, hari kiamat dan fitnah dajjal, kisah Nabi dan ummat terdahulu, kisah hidup para ulama’ dll.. Semua yang disampaikan sangat memberi kesan kepada hati-hati yang leka dengan dunia. Best. Kelas pengajian ini adalah di antara kelas yang sgt best pernah saya ikuti sejak di Mesir. Penyampain Ustaz sangat unik. Mengagumkan. Dan yang paling penting mampu mengetuk dan meggegarkan jiwa-jiwa yang tersasar untuk kembali mencari Al-Khaliq. Itulah antara hikmahnya mempelajari Sirah Rasulullah, kekasih Allah.

definisi syurga..

Kelas Ustaz Salman Maskuri pulak, lagi la..tak perlu diceritakan. Memang sah-sah seronok. Ustaz banyak mendidik jiwa-jiwa kami anak muridnya. Boleh kata, ustaz menyumbang jasa dalam mentarbiyah diri kami. Melalui kitab Bidayatul Hidayah, bayak sangat peringatan, nasihat dan perkongsian ilmu yang kami dapat. Cara penyampaian menggunakan analogi-analogi yang simple dan kelakar tapi tegas, mempunyai mesej yang tersirat sangat berkesan dengan jiwa yang mendengar. Pernah sekali Ustaz memberikan analogi tentang penjenayah yang melakukan kesalahan, lalu melarikan diri dan dirinya dikehendaki oleh polis. Sudah pasti penjenayah itu berasa tidak tenteram dan gelisah apabila disebut padanya perkataan "polis". Tapi berbeza dengan manusia pada zaman ini yang melakukan pelbagai maksiat dan kesalahan kepada Allah. Namun hatinyak langsung tidak gementar dan takut mahupun gelisah apabila nama Allah disebut. Apatah lagi apabila diperdengarkan bacaan suci ayat Al-Quran..Tiada tadabbur pada jiwa-jiwa yang kotor itu. Sahabat saya pernah mengingatkan saya tentang satu Firman Allah yang berbunyi :

إِنَّمَا ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَـٰتُهُۥ زَادَتْهُمْ إِيمَـٰنًۭا وَعَلَىٰ  رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٢﴾

(2) Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
Al-Anfal:2


Ustaz Salman juga adalah figure yang boleh mengaitkan perubatan dari perspektif Islam. Feqh-feqh perubatan kebanyakanya di dalam mindanya. Secara tidak langsung mendorong kami untuk menguasai ilmu-ilmu fiqh dengan baik agar dapat melaksanakannya ketika mengendalikan pesakit yang hadir ke hospital dengan bermacam kondisi dan ragam. Banyak sangat hukum Allah dan syariatNya yang dipermudahkan oleh kebanyakan masyarakat pesakit hari ini. Dan tidak dapat saya ketepikan slot muhasabah selepas pengajian sangat "best", kadang-kadang rasa seperti bermunajat di sepertiga malam. Syahdu sangat. Rugi sape tak datang kelas pengajian 2 orang tok guru muda hebat yang saya sebutkan ini. Rugi sangat-sangat. Melalui mereka Allah buka hati saya, Allah sedarkan diri yang lalai dan mengejar dunia. Sahabat-sahabat, carilah ilmu kalau rasa nak mencintai Allah dan RasulNya. Dengan ilmu kita kenal Allah. Tak kenal maka tak cinta.

Ok, akhir kalam daripada saya untuk kali ni suka untuk saya ungkapkan kata-kata seorang lagi guru yang sangat hebat pada pandangan mata saya, ustaz ni dah balik Malaysia dah pun. Serius, sangat mengkagumi beliau..dapat belajar 2-3 kali je dengan beliau tapi ilmu yang disampaikan sangat bermanfaat sampai bila-bila. Pernah saya katakan padanya bahawa

:: tak perlu kot rasanya belajar  ilmu pharmacology sebabnya Al-Quran tu bukan ke dah cukup sebagai syifa’- cth plg dekat, tak perlu la nak telan ubat anti-depressant tu bila tertekan, dah la banyak side effects!~ sebab bukankah telah Allah janjikan di dalam Al-Quran bahawa dengan mengingatiNya [berzikir,bermunajat]  hati-hati  akan menjadi tenang?? :: [masa ni saya kena study Pharma-sebab kena reseat subjek ini utk Final Exam 3rd Year yang lepas. Tension juga kot asyik mengadap buku pharma je =) ]

 Respon daripada insan itu “tp pharma juga ilmu yg asasnya daripada Allah swt, Al-Quran dah melengkapkan kesemuanya. Pharma itu ibarat pendetailan apa yg dah Al-Quran berikan sbg asas. Dan tiada 1 pun ilmu yg terbentuk dan berkembang drpd otak manusia... adalah bkn drpd Allah SWT. Semuanya adalah cara bagaimana Allah SWT mendidik manusia dan merahmati manusia dgn lautan kepelbagaian ilmuNya, Al-Quran adalah segalanya utk manusia. Usaha lain tanpa hikmah daripada Al-Quran tiada maknanya.”


Baru tahun ini saya betol-betol menghayati dan memahami maksud kata-kata ustaz. Tak rugi saya catit dan simpan molek-molek kata-kata ini. Tak sangka akan saya gunakan sebagai kesimpulan kepada satu penemuan ilmu baru dalam kamus hidup saya sebagai pelajar. Semoga kalian beroleh manfaat, walaupun sedikit.Maaf kalau ada salah dan silap. Mohon beri petunjuk, wallahu’alam~
 


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~