Author: caudate nucleus
•11:36 AM
Bismillahirrahmaanirrahiim
Alhamdulillah2. Finally dapat menembusi sel-sel otak yang dah berkarat, gilap balik untuk recall tentang google account dan password untuk blog ni. Legaaa. Banyak sangat memori yang terkandung dalam blog ni. Rasa mcm nak update semua benda kt sini sekarang juga!
Alhamdulillah2. Maka today is the day! InsyaAllah saya nak hidupkan balik blog ni dengan contengan peribadi sebagai tatapan di hari tua. Biiznillah.
Sekian. Ibu. Ameer Zakwan. Papa. 👪
|
Author: caudate nucleus
•8:18 AM
bismillah walhamdulillah
alhmdulillah. selesaI melalui zaman perit di orthopaedic,tagging time. tagging seronok actually sbb kita boleh try and error..bila buat salah org tak expect nk marah lebih2 sbb kita masih dlm proses nk belajar,plg best bila dpt turun kecemasan pergi cari case ,but then tagging period is a tiring time. kalau keja dekat ward xsibuk mana..xpa ja nk tagging sampai 12mlm. tapu..hakikatnya adalah sebaliknya. so mental akn feel burden. not only physical.direct 2 weeks tagging no offday in between.
as usual..kalau masuk dept baru,baru nk adapt dgn environment..kalau tak kena marah, memang tak sah. pernah sekali kena tegur dgn specialist (mr.k) sbb tak konfem status booking emergency operation utk sorg pt..bila kena tegur, tapi bukan salah kita..automatic rasa sedih. termenangis. time tuu mybe sbb rasa penat. then kena marah utk benda yg kita xtahu menahu. aiyak. dah besar kot. maluu juga lepas tu. nangis xberlagu je time tuu.
pengalaman kedua..seminggu yang lepas kena ugut dengan m.o nak bagi full extension. juga sebab kesalahan yang orang lain buat..saya kena tanggung. mula2 tak kisah lagi bila dgr m.o tuu mencarut mencaci bagai...tp bila dia ckp nk bg full extension..automatically xdpt tahan emosi. terlalu cepat lacrimal gland terstimulate. serius sy sgt allergic dgn perkataan extension.cukup la sekali..siapa sangka pg tuu bru nk start round sy dh berdrama menangis teresak2 hanya kerana ugutan m.o tersebut. dan paling sayu..bila mr.k dtg time klimaks kena marah kaw2..dia redakan keadaan. specialist relax je..m.o yg lebih2 pulak.
orthopaedic buat jiwa saya sakit dn terasing. rasa mcm dlm satu dunia berbeza. perlu menanam minat...dan perlu utk perform. yg penting perform utk pesakit..tak perlu perform utk org9 puji kita. sbb nk cari redha manusia sampai bila pun xkan dpt. sbb manusia sifatnyaa xpenah puas dgn apa yg ada. dan berurusan dgn manusia memang menyakitkan terutama dgn org yg xda kasih dan syg terhadap org lain.
semalam first time oncall. semalam juga pesakit spine sy pergi. pemergiaannya dlm keadaan penuh kesakitan. ahli keluarga minta kami hentikan smua supportive management utk pesakit tersebut. tak perlu lagi utk dipanjangkan hayat pesakit tersebut katanya..coz.it is too pain for them by looking that pt in such struggling time with his death. ubat inotropes kami hentikan dgn sengaja..langsir katil ditutup rapat..maka bermulalah saat sakaratul maut. bayangkan..anda lepaskan pesakit anda pergi secara voluntary dlm keadaan anda tahu dia akan menghadap Allah dlm keadaan kufur tanpa islam di hati. moga Allah ampunkan dosa2nyaa..dan semoga pengakhiran itu adalah sebuah kerehatan baginya bukan saat bermula azab yg lebih pedih. dlm hati.".uncle,sy minta maaf andai saya xmenyampaikan islam dgn baik kpd uncle" speechless.
*coretan pada jun 2014..dah lama simpan sampai lupa nk publish..then here it is..
give. even when you know you can get nothing back.
|
Author: caudate nucleus
•8:10 AM
bismillah walhmadulillah.
Oktober menjengah. rasa macam baru je lagi jumpa september. WAlaupun sebenanrnya jauh dlm sudut hatI mengharapkn masa cepat berlalu..sebab tak suka duduk paediatric. environment yg sgt terkongkong. salah sikit habeslaahh semuanya scary...serba serbi is medicoloegal. Naseb laa kanak-kanak semua comel..sangat innocent. cuteness overload..kalau tak ada juga yg stress tak mau pi keja.
setahun dalam kerjaya houseman ni. walaupun selalu ja rasa nk quit espc bila kena bagi explaination letter..bila buat discharge summary yg xhabes2 dlm 3-4 jam..but after day by day im still here..keep moving on my track. Semuanyaa daripada Allah. paediatric is my 4th. lewat sket dpd kawan2 yg lain but it's ok. tak bersedia pun lagi nk jadi medical officer tapi semua org pun akn anggap senior poster dh boleh jadi junior m.o.
tahun ni juga banyak buat decision dlm hidup..indicator bahawa diri semakin dewasa walaupun duk rasa muda lg. tinggal dengan mak ayah pulak tu banyak benda tak perlu fikir hatta nk service kereta pun abah yg tolong buatkan. huhu. hakikatnya itu adalah nikmat terindah sebab tak semua org rasa nikmat ada ibu dn ayah. Tak boleh bayang nanti kalau dah kawen mcm mana la eh..garu kepala jap. :p
berbalik kepada decision..banyak sangat yg saya putuskan dengan hati yang berat. satu demi satu. disebabkan ummi dn abah adalah aset terbesar saya maka setiap keputusan saya akan ada penilaian terhadap mereka walaupun keputusan itu berat meruntunkan jiwa dn membuatkan saya fikir kali kedua. setiap kali akan pujuk hati sendiri..bukankah inI hasil istikharah kenapa perlu sedih kalau sudah diimani bahawa tak kan pernah rugi org yg berisitikharah.
dan tak lama lagi rumah ummi abah ni bakal menerima kehadiran org baru. hurm. bersedialah menerima dn menjawab perta yaan demi pertanyaan. sebulan je lagI. banyak persiapan dah siap..saya je yang x menyumbang apa2 lg. haiyak. >_<
pada saat menulis ini..saya rindu akn dua sahabat. sorg di bumi kelantan...sorg di bumi tanta. banyak rasa yg nk dikongsikan bersama dgn mereka tapi Allah x bagi kesempatan utk berjumpa lagi. doakan Allah beri kesempatan itu dalam pertemuan yg terindah. aminn.
mode: rindu orthopaedic dan kenangan di dalamnyaa. spine team dalam kenangan. rindu dewan bedah. nah satu hadiah utk semua..
give. even you know you can get nothing back.
|
Author: caudate nucleus
•12:24 PM
bismillah walhamdulillah.
wahh . setahun berdebu . kalah debu padang pasir . harapnya moga istiqamah di sini . kadang2 lagi banyak membebel dn berkongsi di twitter . tapi tak puas act sebab space dia sempit tak boleh postpost panjang2. :))
Alhmdulillah im done with OnG and medical dept. fuhh. it has been such a long time that I've spent in medical, but yet Alhmdulillah Allah bagi rasa bahagia. cuma ada la satu dua rasa kesengalan tuu..tak nak oncall dgn specialist tuttt dan m.o tuttt. Alhmdulillah. doa diperkenankan. tak pernah ada jodoh oncall dgn mereka. hehe.
tomorrow will start with 'my beloved' orthopaedic.come again with tagging time. the most tiring period one compared to other depts. redah jela. pejam mata. segan nak masuk ortho act banyak senpai2 6th poster kat sana. but then.hopefullu they will be kind to me.with no bullies.
aiyak..mula revise balik xray2 berharga dlm orthopaedic. fractures. calcifications. dislocations..huawaa..zZzz
give. even when you know you get nothing back
|
Author: caudate nucleus
•6:49 PM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~
berusaha untuk mencoret kenangan minggu pertengahan dan terakhir februari 2013. Bermain dengan emosi seketika. :)
|
last day in Cairo-DMAK-20 feb..Us Ishak warden, abah, ummi, wardah and me. |
Alhamdulillah tanggal 12.2.2013 Allah realisasikan jejak langkah menuju tanah haramain. Dipilih menjadi tetamu Allah dan RasulNya sangat bermakna buat insan penuh berdosa. Biarpun pada mulanya meragui adakah Allah pilih untuk ke sana..kerana masalah passport. Pasport saya, ummi dan abah masih berada di Malaysia untuk urusan visa..hanya pada jam 8.00 pagi tanggal 12 february saya mendapat kiriman passport itu dari Malaysia. Tepat jam 8.00 dapat passport, jam 10 pagi terus check in dan jam 12 tgh hari langsung berangkat ke Jeddah. Alhamdulillah semuanya lancar sperti yang dirancang, semua hajat Allah tunaikan walaupun pada mulanya berprasangka negatif. Astaghfirullah~ Atas flight, 1st time dapat duduk sekali dlm flight dengan ummi dan abah. :) alhmdulillah. berangkat ke Jeddah dengan hati yang berdebar-debar dan 1001 harapan.
seminggu berada di Haramain..3 hari Madinah dan 3 hari di Mekkah (baki 1 hari tu dlm perjalanan). Memperbanyakkan sujud syukur kehadrat Allah Rabbul Jalil kerana Dia telah menerima doa dan tercapai impian yang satu ini. Sungguh Allah Maha Mendengar. Sahabat, berdoalah seolah-olah tiada hijab di depanmu dan yakinlah Allah akan memperkenankan hajat itu andai itu YANG TERBAIK. Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi adalah pada 5 pagi 13 feb. Indah, taajub dengan suasana pagi itu, melihat manusia berbondong-bondong ke arah masjid yang tesergam indah,itulah subuh pertama saya di sana.
Saat melewati kota madinah, menziarahi maqam Rasulullah dan para sahabat, berada di medan Uhud, melewati kaki bukit Jabal Nur, singgah solat di Masjid Quba', merasai kehangatan padang arafah (teringat khutbah terakhir Rasulullah) dan yang paling mulia..menghadap Kaabah Asy-Syarif semuanya mampu menggetarkan jiwa dan perasaan. Kelazatan air zamzam. Doa di sana sangat mustajab, apa yang didoakan..memang Allah pekenankan. Saya rasakan sendiri perkara ini. MasyaAllah. Patut la sesiapa sahaja yang pernah ke sana menjadi tetamu Allah akan sentiasa merindui, jiwa meronta untuk kembali semula ke tanah haramaian ini. Maha suci Allah atas kebesaran SyiarNya.
Dan yang paling berbekas di hati adalah ketika melewati tapak Masjid Nabawi yang asal..sekitar kawasan Raudhah. ketika berkejaran dan menunggu untuk masuk ke tapak asal masjid ini saya terpandang ke atas..terukir nama para sahabat Rasulullah di dinding atas. sayu. sangat sayu. Sahabat-sahabat inilah yang dahulu pernah bertentangan wajah dengan Rasul yang akhir di masjid itu, yang melindungi Rasulullah dan yang sentiasa menyebarkan risalah Islam bersama Rasulullah dengan sepenuh jihad tanpa jemu.
last view from outside, before going to Mecca..after subuh prayer.
Tak percaya pun ya jugak tatkala kaki mula mendekati raudhah. Menyampaikan salam buat Sayyiduna Rasulullah, Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Umar RA sambil minda ligat mengenang sirah kehidupan dan perjuangan insan-insan hebat ini, air mata melimpah. deras mengalir. Seolah terngiang-ngiang kisah sirah yang dibincangkan dalam Usrah. (memang tak sempat nak buka kitab sirah sebelum berangkat, hanya berbekalkan perbincangan dan perkongsian2 sirah dlm usrah selama 6 tahun di sini, dan kelas2 tafaqquh)
Tak habes kalau nak cerita moments sepanjang di haramaian. Terlalu banyak kenangan. Ibadah umrah bagi saya yang pertama kali mengerjakannya-adalah sangat mencabar. Memang selayaknya pergi haji dan umrah ketika usia muda, kerana sangat menuntut ketahanan mental dan fizikal. InsyaAllah berazam untuk mengerjakan umrah sekali lagi..nak pergi lama at least 2 minggu. Seminggu memang tak puas. Banyak lagi tempat tak dijejaki, Jabal Nur pun tak daki lagi (Jabal Rahmah sampai pula). Bercita-cita untuk i'tikaf lama-lama dalam masjidil haram sambil merenung kaabah-tak berkesempatan haritu. Nak bawa kitab Sirah,hadis duduk tadabbur kat sana. InsyaAllah next time!
outside of masjidil Haram..a view from marwa's exit. after finished our last umrah
21 Feb
tarikh keramat..hari graduasi rasmi untuk meraikan kami..julung-julung kali diadakan oleh pihak universiti. 19hb sampai dari Jeddah, 20hb balik ke Tanta lepas hantar ummi abah pulang ke Malaysia. Malamnya gi makan-makan dengan batch tahun 6, Esoknya nak konvo dah. Memang kepenatan, tak ready, dantak da feel nak pegi G-Day. Hari konvo yang rasmi ni lah nak jadi cerita saya datang lambat. Naseb bek sempat juga buat persediaan..pakai jubah, pin tudung dsbg. Convocation ceremony memang gah, ucapan-ucapan VVIPs, juga sangat bermakna. Benar-benar terasa itulah hari terakhir kami bergelar mahasiswa setelah menyelusuri perjalanan selama 6 tahun! 6 tahun yang saya takkan lupa sampai bila-bila, insyaAllah. Sangat berharap ummi dan abah hadir ketika itu. Nak peluk. Nak Cium..nak ucap terima kasih atas segala-galanya. Tapi tak ada. Mereka tak dapat datang,masalah tiket (dan makluman lambat).
my awesome classmates..all of us without Afif and Noi
Hari tu sepatutnya hari gembira buat kami..tapi untuk junior-junior, ada yang bersedih. Perpisahan semakin mendekati-kata mereka. Ada sorang tu bila dia start nanges, abes dengan saya sekali menangis macam orang hilang anak. huhu. Jumpa Faten..tapi Najwa tak ada. She was not there, and i know that she could not be there actually...(how i miss them a lot!!!)
28 February
ini adalah tarikh terakhir saya di bumi badawi untuk tahun 2013. (Harapan, moga lepas ni boleh jejak kaki ke sana lagi, amiiinn). Flight jam 11mlm, janji tremco untuk ke airport pukul 4.30 petang, takut jalan jam-sebab hari khamis. 5.30 lebih baru dpt bertolak keluar dari maarad..tak sangka ramai adik-adik datang wida', mungkin sebab time tu semua dh balik kelas. bersalaman dengan sorang demi sorang sahabat, dan sket demi sket air mata mengalir laju. Baru terasa bahang perpisahan..sebelum ni tak berperasaan sebab tak sempat pun nak feeling2-kelam kabut. a week before deperture: every day was a hectic day for me.
seminggu terakhir di bumi kinanah, terlalu banyak perkara yang berlaku. tak mampu dicoretkan di sini. Last MTC-Kahero-Mercato-junainah-stereo-ahli beit Isra'-adiah ulul albab (ceroi cmni pun kasik?)-Cairo International Airport-Taujihat-Sahabat dunia akhirat-Wida' dll. Jazakumullah khair. Semoga berjumpa lagi..andai bukan di dunia, moga di Syurga sana. Amin. Moga di perkampungan sana kita peroleh syurgaNya.
dan sekarang..bermulah jihad sebenar, di medan sebenar..bumi Malaysia, Aku pulang ke pangkuanmu..Sahabat, jaga aku daripada tersasar. Ingatkan aku tika aku lalai dengan kenikmatan dan keselesaan. Hidup kita menuju perkampungan akhirat. moga tidak mencintai dunia..
february 2013 melabuhkan tirai..berlalu bersama coretan taqdir Tuhan. Moga Allah redha segalanya. Sungguh aku rindu bumi Mesir, dan sahabat di sana~ :)
generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
|