Author: caudate nucleus
•8:41 PM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar!

lama sangat bercuti sampai tergendala coretan di sini. Alhamdulillah sudah 3 minggu di bumi Malaysia. Allah panjangkan usia untuk kembali ke bumi bertuah, bumi kelahiran ini. Alhamdulillah3. Mahu mencoret kenangan-kenangan indah di penghujung keberadaan di bumi Mesir agar satu hari nanti dapat baca dan ingat semula bila rindu menyapa.

4 Februari



ummi dalam metro. komuter baru nii~
ummi abah berlatar belakangkan ramsis
menunggu train jam 6 petang. Sampai pukul 5 lagi

abah dalam metro :)
usaha untuk membawa Ummi dan Abah dari Cairo ke Tanta pada 4 Febuary itu sangat mencabar. Saya seorang akhwat bersama Ummi dan Abah yang tak tahu apa2, barang banyak pulak tu. Alhmdulillah ada yang sudi membantu. Bertolak dari arma menaiki metro menujumedan  ramsis dan kemudian berkesempatan membawa Ummi Abah naik train dari Cairo ke Tanta. Kami tiba di Mahattah Tanta ketika tu dah 8malam. Alkisahnya bermula apabila saya dah tak sedap hati tengok jalan sekitar Mahattah yg terlalu jammed. Dan kebanyak teksi menolak untuk ke kawasan penempatan saya. Maarad-Awwal Shober. Selepas 10-15minit, akhirnya ada satu teksi yang sudi menumpangkan kami tapi dengan syarat bayar LE10. Dia nak hantar tu pun dah lega, mahal sket pun tak kisahlah. Takkan nak duduk Mahattah sampai pagi.

Dalam perjalanan, apabila semakin menghampiri kawasan pejabar Gabenor (Muhafazah), kenderaan semakin lengang. Tiba2 pemandu teksi bagi arahan suruh abah tutup tingkap. Kami dah penat time tu, ikut jela apa yang dia cakap. Lepas dah tutup tingkap dia teruskan perjalanan...jeng3. Alangkah terkejutnya saya time tu bila sampai di persimpangan Syarie Nuhas dan Syarie Bahr , jalan lengang seperti ditutup..yang ada di kiri kanan ialah pasukan polis mengadapi puluhan pendemo jalanan yang bertindak menyerang pasukan polis dengan batu. Saya tergamam, dan pemandu teksi tersebut redah juga jalan tu, dia tekan minyak laju dan kereta memang terhuyunga hayang ke kiri dan ke kanan bagi mengelak terlanggar para pendemo yang bertempiaran lari. Dalam masa 1 minit kami berjaya melepasi mereka. "Alhamdulillaaaah...!!!!" tarik nafas panjang. itu je yang mampu saya ucapkan. masih terkejut dengan apa yang berlaku. Kaget. 

Dalam fikiran tadi dah bermain macam3, kalau terjadi apa-apa mcm mana, keselamatan Ummi dan Abah di bawah tanggunga saya sepanjang di Mesir. Mula2 tengok suasana tu memang pikir kena patah balik je, tapi tak sangka pemandu teksi tu redah juga. Katanya dia dah ulang alik hampir 10 kali di situ pada malam tersebut!. Kami tiba betol-betol depan gate rumah sewa dengan perjalanan dari Kaherah yang sangat memenatkan dan mencabar! Alhamdulillah~

10 Februari
Hari yang dinantikan, Wida' Wisuda anjuran Perubatan Cawangan Tanta namanya mungkin boleh difahami sebagai hari graduasi bagi kami mahasiswa di sini. Sebelum itu, pada malam 9 Feb 2013 ada slot perkongsian "Apple 2.0" bersama kami, graduan kuliah perubatan Univ Tanta bersama adik-adik junior. Saya jawab spontan je soalan malam tu sebab tak sempat nak buat persediaan-sibuk dengan ummi abah :D. 

Malam tu tiba-tiba dapat title Miss Mahsuri. Katanya sebab Mahsuri seorang yang lemah lembut. *muntah2* 1st time denga mende tu. Hanya yang rapat dengan saya shj tahu kekasaran saya tahap mana. =_=.  Pada malam tersebut saya datang sedikit-lewat..dan tak datang rehearsal pada petangnya, so kena tegur dengan AJK (secara baik). Jadi pagi 10hb tu datang awal giler, 8.30am dah terpacak dengan ummi abah kat depan dewan. Sekali program mula 10.30am. +_+. Sempat pulak saya balik semula ke rumah tukar tudung. 

Alkisah pada hari tersebut secara personal rasa terkilan. Sebab memang tak rasa macam hari graduasi. Pihak AJK memang dah maklum awal2, majlis itu akan simple habes..hanya sekadar untuk meraikan ibu bapa yang bergambar bersama anak-anak yang berjubah konvo. itu sahaja. Ini 1st time saya bergelar graduan, terkilan jugak la saya tak dapat rasa zouq hari graduasi yang "touching" disamping keberadaan ummi dan abah. Rasa macam biasa jek, majlis berlangsung sekitar 60-90minit sahaja! 

Mungkin kerana pengurusan pihak universiti yang lambat memaklumkan tentang penganjuran 'convocation ceremony' mereka. Semua perancangan kami berubah mendadak. Yang tak puas hati tu dengan pengurusan mereka yang pernah pada suatu ketika mereka menolak untuk menganjurkan majlis graduasi untuk kami-kalau nak, buat sendiri.. Dan lagi satu seperti kebiasaan, kami 1st batch MOU..so inilah nasibnya. setiasa menjadi bahan eksperimen. Malas nak cerita panjang. 'Ala kulli haal, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Saya salute adik-adik AJK. Dorang bekerja keras untuk kami, cuba ikut apa yang kami mahu seboleh mungkin, tanpa mereka tak ada hari graduasi untuk kami anjuran Universiti mahupun PCT. =)

geng Kedah Universiti Tanta batch 2006-2012.
ummi dan abah bersama kembar-kembar Tanta batch 06-12
berlatar belakangkan Universiti Tanta.
-
.
bersambung..

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post