Author: caudate nucleus
•1:13 AM
bismillah walhamdulillah Allahuakhbar.

terkenang detik dan saat mencemaskan menunggu panggilan telefon sahabat-sahabat membawa khabar berita dari Dr. Howaida tentang natijah kami,di Maarad Kitab ke44 3 February 2013 jam 1.00pm bersama ummi dan abah. penuh debaran. berakhir dengan sebuah kegembiraan. rasa nak sujud syukur tengah3 jalan tu juga. 

Alhamdulillah, perjuangan menuntut ilmu di sini dah berakhir. maka bermulalah perjuangan jihad di bidang kesihatan lepas ni. Allahuakhbar, besar amanah dan besar anugerah ini. Tak terhitung nilaian budi, keringat dan pengorbanan ummi, abah dan sahabat-sahabat demi menjulang kejayaan ini.

hamdan Lillah, segalanya daripadaNya. moga aku tidak lalai dengan nikmat ini. Perjalanan masih panjang, jangan cepat berpuas hati di permulaan perjalanan. Masih banyak yang perlu ditempuhi.

sebelumnya, tanggal 1 February 2013 hati berbunga-bunga dapat menyambut kedatangan ummi dan abah ke bumi Mesir. Allah, sebak hati ni melihat raut wajah mereka yang semakin tua dimakan usia. Dua tahun lamanya menahan rindu. Syukur alhamdulillah di sini kami bertemu. Dan tercapai hasrat abah untuk datang ke bumi Mesir.

Masa muda dulu, abah lulus dengan cemerlang maahad thanawi dan ditawar peluang  menyambung pelajaran ke Mesir di Universiti Al-Azhar tapi tak ada rezeki sebab keluarga susah time tu, Tok Wan dah lama meninggal dan Pak Wa sebagai abang yang sulung tak mampu nak biaya perbelanjaan di sini. Sayu je dengar cerita abah ni. 

..to be continued..

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~