Author: caudate nucleus
•6:18 PM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~

artikel ini dicedok dari sini..saya copy paste untuk diabadikan sebagai peringatan buat diri dan sahabat..bukankah kita satu hari nanti bakal bergelar  ibu merangkap murabbi buat anak3? ;) biiznillah..hayatilah~


Ustaz, saya bercita-cita nak jadi murabbi” jawab seorang anak muda ketika saya sedang memberikan pengisian kepada bakal pejuang Islam masa hadapan insyaallah.

Tajuk yang diberikan kepada saya dalam program itu ialah “ Tarbiah Asas Perjuangan”

“ Owh ye ke…. Alhamdulillah. Tahniah..” Saya hampir menjerit…kegembiraan.

Sukar sebenarnya untuk melihat seorang anak muda bercita-cita untuk menjadi murabbi.

“ Lepas slot ust ni datang jumpa ust sekejap ye.” Pesan saya padanya, berbisik.

KECELARUAN TENTANG MURABBI

“ Akhi, apa yang nta faham tentang murabbi…” tanya saya padanya ketika beliau sedang menemani saya makan. 

Pastinya makanan asasi program.
Kek pisang dan teh sebagai santapan selepas pengisian tersebut.
Kek pisang dan teh amat sinonim tentang pentarbiahan. 
Semenjak saya menjadi peserta, setelah itu menjadi AJK program-program tarbiah dan sekarang menjadi penceramah…
"Hakikatnya sudah berbelas tahun berlalu, namun kek pisang dan teh tetap menjadi phujaan…hehe. Kenangan……….kenangan” monolog saya sendirian.

“Murabbi ni ust sebenarnya jawatan yang pimpinan berikan kepada orang-orang tertentu untuk meneruskan pentarbiahan kepada generasi-generasi seterusnya….” 

Jawab beliau.
Yakin sekali.
Langsung tidak kelihatan riak keraguan di wajahnya.


“Lagi…” pinta saya supaya disambung jawapan itu.

“ Emmmm…. Orang itu mestilah diutamakan orang yang takhassus dalam bidang agama…” 

“ Nta bidang apa ye….” Soalan cepu cemas saya padanya.

“Ana bidang kejuruteraan ust..” 

“ Kalau macam tu, boleh ke nta jadi murabbi..?”

“ Ini yang nak minta pandangan ust, ana bercadang untuk tukar bidang pengajian Islam ust, apa hemat ust?

“ Kenapa nak tukar?” Tanya saya kehairanan.

“ Ye la ust… pasal ana nak sangat nak jadi murabbi ust. Lagipun ana juga bercita-cita nak jadi ulama’” 

KEKABURAN MENGUNDANG PADAH


“ Ya akhi…ana sayangkan nta…”

“ Andai nta tiada nilai di hati ana, ana akan abaikan sahaja kekaburan nta. Biarkan nta terus dalam kebingungan dan kesalahan”

Sambil mata saya memandang tepat ke wajahnya, tangan saya memegang kakinya.

“Ya akhi, nta pernah tinggalkan solat fardhu di masjid dengan sengaja tak dalam seminggu ini?”

“ Pernah ust..”

“Pernah tak nta tak baca al-Quran dalam seminggu ini dengan sebab malas?”

“ Pernah ust…” sambil kepalanya semakin menunduk. Harapnya beliau dapat menangkap maksud saya.

“ Minggu ini pernah qiam?”

“ Em…. Tak ust. Banyak sangat urusan program kena buat”

Ya akhi….murabbi datang dari kalimah RABB yang bermakna TUHAN. Dan MURABBI itu bermakna orang yang dekat dan mempunyai sifat keTUHANan. 

Akhi, nta solat di bilik, qiam jarang-jarang, quran selalu tinggal…. Apakah itu tanda dekat dengan Tuhan?

“Cuba nta letak tangan di atas dada….. Pejamkan mata. Ust ada nak tanya sesuatu”

“ Penah tak nta berdengki dengan orang dalam seminggu ini?”

…………… (senyap) Mengangguk kepala.

“ Pernah hati ini menangis di hadapan Tuhan…keseorangan. Menghitung dosa dalam sepanjang nta terlibat dalam pentarbiahan?”

Menggeleng.

“ Pernah hati ini menangis kerana musibah saudaranya?”

Senyap…

Menggeleng kepala…. 

“ Jarang-jarang….” bunyinya perlahan.

“Buka matamu akhi..” 

Akhi, andai begitu adakah sudah engkau dekat dengan Tuhan?
Adakah engkau mempunyai dan mengamalkan sifat keTUHANan?
Bahkan akhi, engkau mengamalkan banyak sifat yang berlawanan. 
Lalu, bagaimana mungkin engkau akan rapat denganNya?
Andai engkau begitu, bagaimana mungkin engkau mahu menjadi murabbi.
Andai kekasihmu membenci wangian, engkau dengan sengaja memakai wangian..apakah itu tanda sayang?

ERTI MURABBI



Akhi, seorang murabbi itu hatinya hidup.
Jasadnya mendekap dengan Tuhan.
Hidupnya beralaskan agama.
Lintasan hati yang berdosa itu dirasanya seperti berzina.
Kalamnya itu sekadar keperluan, bukannya tutur dunia yang sia-sia.
Akhi, lapangan belajar di universiti bukan penentu utama dekatnya dia dengan Tuhan.
Yang penting dia menjadikan al-quran dan sunnah sebagai bicara hatinya dalam kehidupan.
Hatinya berfatwa dengan keimanan apabila berbuat dosa.
Hatinya berfatwa keihsanan apabila berbuat pahala.
Akhi,
Hanya hati yang hidup sahaja yang akan menghidupkan hati orang lain.
Mana mungkin hati yang mati, yang jauh dengan Tuhan…akan menyuburkan hati yang lain yang kegersangan. 

“Maaf, ana terpaksa beransur pergi” 

Saya tinggalkan beliau sambil bersalaman dan berpelukan.

“Maaf, ana tak boleh lama, ada program lain pula ni… Apa pun akhi, murabbi itu bukan hanya sekadar jawatan lantikan jemaah. Ia adalah lantikan Tuhan. Andai pada pandanganNya,kita sudah layak, Dia sendiri yang akan memberikan haibah dan ‘izzah pada manusia yang lain untuk menadah air keimanan dan keihsanan daripadanya…”

“ Carilah cintaNya…. Pasti engkau dilantik” pesanan akhir saya padanya.




jadilah kita insan yang apabila dipandang manusia 
mengingatkan mereka kepada Allah~ :)

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•5:22 AM
Bismillah walhamdulillah Allahu akhbar~

Alhamdulillah, akhirnya bangunan yang telah lama usang kembali tersergam indah..

24 Jun 2012 itulah tarikh keramatnya
detik umat Islam menangis,
lantas sujud mensyukuri anugerah 
kemenangan ini terlalu besar, terlalu berharga
bukan hanya buat rakyat jelata di bumi Mesir
bahkan adalah kemenangan umat Islam seluruh dunia
satu dunia meraikannya..satu dunia mendoakannya
(Allahu Akhbar)3x.. waliLlahil hamd~!
dunia Islam terasa makin dekat, makin hampir
khilafah yang dirindui bakal bertamu tidak lama lagi!
bumi Palestin akan bebas sedikit masa lagi..

justeru sahabat yang dicintai kerana Allah,koreksi diri kita
di akhir zaman ini saat janji Allah semakin dekat..
janji yang pasti=Islam akan kembali gemilang di akhir zaman
saat kalimah Laa ilaaha illaAllah adalah kalimah yg paling tinggi
dimanakah kita saat itu?


adakah kita dikalangan penyumbang kpd kemenangan itu?
atau kita dikalangan umat Islam yang lalai lalu terkandas
tidak mampu melakukan apa-apa untuk Islam tercinta?
kitakah jundullah? kitakah ansarullah untuk agama saat itu?
wahai pemuda..tanyalah pada diri kita semua
apa yang telah kamu sumbangkan untuk Islam saat ini?
sudahkah kita mewaqafkan diri ini untuk Islam
seperti Rasulullah dan para sahabat?



islam diibarat sebuah kapal besar yg sedang berlayar
menuju ke sebuah pulau yang sangat indah
pulau yang dicita-citakan umat Islam, di situ Islam kan dijulang
adakah kita bersama-sama dalam pelayaran terulung ini?
mengharungi segala ombak badai yang datang menyerang
tetap teguh berada di atas kapal, terus bertahan
sehingga destinasi yang dituju bakal tiba..
kitakah pengemudi bahtera itu? 
kita mungkin pengisi minyak?
kitakah yang menganalisa cuaca?
kitakah yang melabuhkan sauh?
atau kita hanya seperti buih-buih di lautan
tidak memberi sebarang manfaat 
bahkan tidak melibatkan diri.

janji Allah itu pasti
tidak bercita-citakah kalian menjadi golongan yang sedikit
yang membantu agama Allah di akhir zaman ini?
ayuh, selagi punya nyawa, punya kekuatan
sumbangkanlah jiwamu, hartamu, tenagamu, fikiranmu,
atau apa sahaja yang kau ada! untuk Islam
kembali gemilang..moga kita adalah mata-mata rantai
yang menyambung perjuangan Rasulullah
kerana bukan kita yang memulakannya 
dan bukan kita yang akan mengakhirinya~


*kemenangan Dr Mursy menunjukkan walaupun demokrasi bukanlah undang-undang Islam, namun pada dasarnya ia lebih bagus bagi gerakan Islam daripada diktator pelampau, dengan cara ini juga tampuk pemerintahan Presiden Mesir berjaya ditawan!~

disebut oleh Ustaz Muhammad Munir Ghatban di dalam kitabnya, 
Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi SAW:
Demokrasi adalah tempat ujian bagi tunas-tunas dakwah dan perkembangannya. Ia adalah undang-undang jahiliyyah, lebih baik kepada muslimin daripada undang-undang Jahiliyah yang lain. Ia mempunyai kebebasan memberikan pendapat dan kebebasan aqidah atau dengan kata lain kebebasan beribadah dan berdakwah. Maka perlulah dimanfaatkan sebaiknya~

:) :) :)

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~