Author: caudate nucleus
•2:26 PM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar~

Meniti Jalan


Teman,
Perjalanan yang kau susuri ini jauh
Penuh berliku dan tidak pernah mudah
Ketika kau merangkak dan bertatih
Jatuh tersungkur, luka berdarah itu lumrah
Kerana irama hidup ini tak selalunya indah

Sekali jatuh tak beerti selamanya tersungkur
Namun itulah pemangkin impian yang dikejar
Memang sakit dan perit saat hiba tersungkur
Kuatkanlah hatimu agar tetap tabah dan bersabar
Kentalkanlah semangatmu agar tak pernah pudar
Percayalah kesakitan itu bakal pergi beransur

Teman,
Saat kau rasa putus asa dan tiada daya
Tolehlah, lihatlah kekuatan yang kau ada
Kau punya Tuhan yang Maha Berkuasa
Tuhan yang sangat dekat kepada hambaNya
Bahkan lebih dekat dari urat nadi manusia
Pohonlah kekuatan dan pertolongan daripadaNya

Dan bukankah kau mempunyai sahabat sejati
Yang seiringan bersama menempuhi jalan ini
Yang sedia menghulur tangan saat kau mencari
Yang tak pernah lupa mendoakanmu tanpa henti
Itulah doa yang diaminkan para malaikat Ilahi
Apakah layak untuk kau kufuri semua nikmat ini
Dengan mengaku kalah dalam jalan juang ini

Teman,
Hayatilah sirah perjuangan Rasulullah tercinta
Terus mara menyebarkan risalah biar diri terluka
Singkaplah rahsia kejayaan AlFateh si putra raja
Pemuda berjiwa besar yang berjaya menawan kota
Teladanilah kisah ketekunan usaha sang kura-kura
Pantang menyerah kalah sebelum tegar berusaha

Teman,
Bangunlah..gagahkan diri dan hati nurani
Teruskan meniti jalan yang masih berbaki
Tanamkan azam dan tekad, janji pada diri
Demi Allah dan Rasullah yang dirindui
Perjalanan ini takkan pernah kau akhiri
Melainkan hanya jika kemenangan kau genggami
Atau syahid membawa dirimu pergi

Moga Allah menjadi saksi jihadmu
Disepanjang jalan juang yang berliku.

Rejab 1433H..
Maarad, Tanta elGharbiyah~

Buat sahabat-sahabat (kecik dan besar) di luar sana
terus mara menyelusuri jalan~
saya mendoakan kalian dari kejauhan :)

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•6:20 AM
Bismillah walhamdulillah Allahuakhbar..

Inilah pesanan agung ''malar hijau'' sepanjang zaman daripada Sayyidina Umar Al Khattab kepada panglima perangnya; Saad bin Abi Waqqas menjelang perang agung Al Qadisiyyah yang menumbangkan kerajaan Parsi.

Presiden PAS; Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang membaca pesanan ini dalam taklimat khas Himpunan Hijau yang berlangsung baru-baru ini di bumi sawah padi (yang saya rindui bagai nak rak T_T) - 1 Jun yang lalu.  



كتب عمر بن الخطاب رضي الله عنه إلى أمير جيشه سعد بن أبي وقاص ، فقال: 


أما بعد: فإني آمرك ومن معك من الأجناد بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العُدة على العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الناس أخوف عليهم من عدوهم، 

وإنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، ولولا ذاك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم، فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة، وإلا ننصر عليهم بفضلنا لم نغلبهم بقوتنا، 

فاعلموا أن عليكم في سيركم حفظة من الله يعلمون ما تفعلون، فاستحيوا منهم، ولا تعملوا بمعاصي الله وأنتم في سبيل الله، ولا تقولوا: إن عدونا شر منا فلن يُسلط علينا، فرب قوم سُلط عليهم شر منهم، واسألوا الله العون على أنفسكم كما تسألونه النصر على عدوكم.


''Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang bersamamu agar bertaqwa kepada ALLAH S.W.T dalam apa jua keadaan.''

''Sesungguhnya taqwa adalah sebaik-baik persediaan dan strategi yang amat kuat di dalam peperangan.''

''Aku perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar-benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus di kalangan kamu sendiri, lebih daripada maksiat yang dilakukan musuh-musuh kamu.''

''Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke atas mereka berbanding musuh-musuh mereka.''

''Sesungguhnya orang-orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat yang dilakukan oleh musuh mereka kepada ALLAH S.W.T.''

''Jika tidak demikian, tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka kerana bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan meterial kita juga tidak lah sama berbanding persediaan meterial yang mereka miliki.''

''Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan lebih hebat daripada kita.''


tersentak bila baca. terlalu dalam maksudnya. amanat sepanjang zaman buat jundullah sekalian. 

bermula 1400 tahun lalu sehingga hari ini masih segar untuk disematkan dalam jiwa-jiwa yang ingin pergi berjihad. Barakah yang mengalir terlalu agung..masyaAllah. Hebatnya insan-insan terdahulu.. 

dan kamu wahai diri, persiapkan dan bina taqwa dalam jiwa..kerana itulah sebaik-baik bekalan, alBaqarah:197. Dan  bertaubatlah atas segala maksiat-maksiat yang telah kamu lakukan..kerana boleh jadi maksiat yang kamu biarkan bergelumang itu bakal menjadi asbab Islam tak capai kemenangan hingga ke hari ini. astaghfirullah.. (T_T)~

ku lihat hijau :)

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~