Author: caudate nucleus
•7:47 PM
Bismillahi walhamdulillah Allahuakhbar


Lama tak meninggalkan jejak di sini. 
Hampir 3 bulan lamanya tersadai(=_=)
Moga beroleh keberkatan dpdNya~

Kini sudah pun berpijak pada pertengahan Jun 2011,
 Rejab 'bulan Allah' sessi 1423H juga sudah bertandang
Imtihan Akhir Tahun pula sudah menyapa sahabat2 tahun 1,2,3,4..
semoga kecemerlangan milik kalian..amiin3 ya Allah~

tinggallah kami senior tahun 5 dan 6 yg berapa kerat ini
meneruskan perjuangan di medan clinical..
makin hari makin mendekati diagnosis yang pelbagai..
moga semakin hari saya semakin memahami
 dan semakin menyintai dunia perubatan ini
juga berharap dikurniakan keberkatan ilmu..amin :)

Semakin hari juga akal yang terhad ini semakin bingung. 
Bermain dengan bayang-bayang sendiri? tak pasti
hanya mengharapkan keajaiban pertolongan Allah 
dikurniakan buat hamba yang lemah ini..
tak mampu rasanya untuk memilih apatah lagi menentukan
samada mahu ke kanan atau ke kiri kehidupan tanpa DIA
segalanya saya serahkan kpd Allah dengan sepenuh pengharapan
andai apa sahaja dlm segenap kehidupan ini 
jika perkara itu bukanlah yang terbaik, 
mohon dijauhkan sejauh3nya daripada diri ini..amiin~

Lately, tidur malam pula dibayangi orang2 tersayang
seringkali benar mereka muncul dgn bermacam2 episod
tak lain tak bukan hanya menambah sakit, pilu di hati
Allahu Rabbi...baru sahaja 3 bulan berpisah
tapi rasa macam dah setahun lamanya (T_T)
Abah, Umi, Khalil, Atif, Amat Apit,
K.Amal, Abg Eizzat sekeluarga
Ngah, Chaq, Mak wa, Mak Tam Pak Tam, Tok
K.Akma+Abg Ghani, Kak Idah..
dan ramai lagi yg lain..


 rindu pada nikmat kasih dan sayang itu

adik kesayangan ini semakin membesar 

..speechless..

umi selalu pesan,nt dh senang jgn sesekali lupakan insan2 ini
mereka banyak membantu perjuangan sy di sini
tak lupa juga..buat arwah Pak Wa (Hj Othman b. Mat Lazim)
moga berterusan aman damai di alam barzakh sana..amiin3.
hampir 10 bulan sudaa arwah pergi menemui Penciptanya
tanpa saya sempat menyalami tangan tuanya..
kali terakhir pertemuan adalah pada oktober 2008
2010 dan 2011 saya pulang ke bumi Malaysia
 belom pernah pula melewati pusaranya..
sedih, saya juga jarang3 menghadiahkan alFatihah buat arwah
apatah lagi bacaan surah Yassin..kenapa skrg bru sedar!!!
better late than never..alfatihah~


semalam pula diberi peluang untuk solat sunat khusuf berjemaah
pengalaman baru..solat ramai3 kat sutuh RUMAH KAMI
seronok sangat..dah lama tak rasa "kemanisan" itu
sama-sama dapat lihat langit di malam yg gelap
bintang masih berkerlipan bulan masih bersamanya 
tetapi dgn pemandangan yang luar biasa..
subhanallah Allahu akhbar..fenomena alam ini terlalu besar hikmahnya
hanya ORANG YANG MAHU BERFIKIR
akan memperoleh ibrah dan mampu menafsir hikmahnya
ayat2 kalam Allah dalam surah Yasin yang dibacakan
dan juga tadabbur surah At-Thariq itu..
sangat3 mengetuk pintu hati yg selalu lalai dgn dunia
alhamdulillah atas kemanisan itu..terima kasih atas tazkirah itu..
semoga Allah redha dengan segalanya
moga pengakhiran kita adalah yg terbaik~


Bukankah gerhana ini juga satu petanda bahawa
hari KEBINASAAN itu semakin menghampiri..??
sudah bersediakah? semstinya tidak..
seberat mana amalan soleh yg digalas..
mugkin maksiat dan dosa2 lebih berat dipikul..nauzubillah
sudah bersediakah pula menghadapi sakaratul maut 
yang dikhabar dan diimani akan datang pada bila2 masa
sungguh iman di hati sentiasa berubah naik dan turun
ya Allah..kurniakan aku kemanisan iman para RasulMu
ataupun paling tidak, kurniakan aku kemanisan iman
yang pernah dulu Engkau kurniakan 
kepada hamba2Mu yang soleh..
sungguh aku menjejaki kemanisan iman..
semoga masih mempunyai kesempatan utk merasakannya...
amin ya Rabbal 'Alamienn~



generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post