Author: caudate nucleus
•10:25 PM
  Dengan Nama Allah..Allah Yang Maha Dekat~

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya; (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan (seseorang) melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” [QS. Qaaf : 16-18].


Alhamdulillah telah kembali berada di bumi Tanta. sungguh pantas masa berlalu. sekelip mata saya kembali berada di bumi badawi ini untuk meneruskan jihad ilmu yang masih berbaki 2 tahun, insyaAllah. sudah 2 minggu saya meninggalkan rumah kesayangan di Alor Setar, Kedah. Diakui, tempoh percutian selama 5 minggu yang lalu begitu singkat a.k.a cuti itu tak cukup sehingga tidak dapat untuk saya melakukan beberapa perkara. masa yang begitu terbatas. maaf utk sahabat2 handai atas ketidak-sempatan untuk merantaikan lagi bunga2 ukhwah..i.Allah panjang umur kita jumpa lagi~ ummi pesan, "belajar rajin-rajin. insyaAllah 2 tahun lagi kita jumpa". hukhuk..sedih2~ lamanya 2 tahun tu...(T_T)

dan hari ini..seakan tidak menyedari hakikat bahawasanya sudah berada di tahun 5 pengajian di sini. kalau kat Malaysia tahun 5 tu dah nak habis dah belajar Medic..oh Allah give me the strength, and bless my efforts! semoga Allah bantu..saya tak punya kudrat andai perjuangan di sini tanpa Dia. dan sekarang sedang di dalam round untuk subjek Pediatric. Subjek yang saya perlu minati..dan perlu saya hadami sebaiknya. ilmu kajian tentang si anak kecil..mengajar saya untuk mengenali jiwa suci tanpa dosa yang Allah uji dengan perjuangan meneruskan kehidupan..sayu melihat keadaan mereka yang pelbagai~

situasi di bumi Tanta ini agak kritikal bg pandangan saya..diuji dengan perpecahan. ada yang cuba melakukan satu perubahan besar di sini. perubahan yang saya fikir satu hari nanti akan membawa kepada masalah yang besar. saya sangat terkilan dengan sebahagian insan yg berpaling tadah untuk sama-sama menggenggam kesatuan ini. mereka satu ketika dahulu diberi susu, tapi sekarang membalas dengan air tuba. dan mereka ini..saya sayangkan ukhwah kami yg dulu~ huhu..semoga Allah beri penyelesaian yang terbaik untuk kami di sini..ameen3~ ayuh sama-sama genggam kesatuan bersama PCT =)

biarlah apa saja yang berlaku..Allah sentiasa bersama. Allah itu Maha Dekat. Lebih dekat dari urat nadi.
siapalah kita, semua adalah hambaNya dan apabila ditimpa dengan kesenangan mahupun kesusahan serta masalah wajiblah untuk kembali kepadaNya..hurm speechless..sama-sama doakan yang terbaik untuk ISLAM

p/s : Al-Fatihah untuk arwah zainuddin yang telah kembali ke rahmatullah di saat saya menjejakkan kaki di bumi Tanta..terkilan kerana tak dapat membantu keluarga Chaq ketika arwah di jabatan kecemasan HSBH..
: saya datang ke bumi Mesir kali ini membawa hati yang terpaut erat di Malaysia..huhu camna nak setelkan ni. Allahu akhbar..maha suci Allah yang menciptakan rasa kasih dan sayang ini  (T_T) ~













*pernah terdetik untuk berhenti setakat ini..seolah meragui kemampuan diri sendiri untuk bergelar sebagai seorang doktor..mampukah? perlu cepat-cepat beristighfar~
ya Allah kuatkan hati ini (T_T) (T_T)...
generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Author: caudate nucleus
•8:09 PM
Bismillahi walhamdulillah wallahuakhbar~

alhamdulillah masih bertemu di sini, jari-jemari masih diberi peluang untuk rancak menaip. semua yang kita perolehi pada hari ini, detik ini semuanya adalah nikmat yang Allah beri. apa sahaja yang kita kecapi itu semua adalah nikmat. marilah sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dengan beribadah kepadaNya dan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya~


hari ini memasuki lewat minggu ke3 keberadaan saya di Jabatan Kecemasan, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. semakin lama keberadaan saya di sana, semakin banyak ilmu dan pengalaman saya peroleh. semakin menarik. mencabar tu ada la jugak sikit-sikit. banyak benda juga yang tak tahu dan masih belum dipelajari~

hari ini sepenuhnya saya berada di zon merah jabatan kecemasan, a.k.a zon kritikal jabatan kecemasan. detik demi detik beberapa orang pesakit datang memenuhi katil-katil kosong. saat saya melangkah ke zon merah itu, kelihatan seorang pak cik tua sedang berada di atas katil dengan darah berlumuran di mukanya. Doktor yang bertugas segera datang memberi rawatan kecemasan. semua staf bertumpu di katil pak cik itu. Ada yang mengenali pesakit itu, Pak Mid gelarannya.

seperti kebiasaan, saya lebih memilih untuk melihat secara jauh. takut dan cuak sebenarnya melihat keadaan patient tersebut yang berlumuran darah di hampir seluruh permukaan wajahnya. tapi dalam keadaan cemas seperti itu mana ada insan yang boleh duduk relax saja, semua perlu berfungsi. at least menyumbangalah walau sedikit usaha, utuk menyelamatkan nyawa pesakit. saya hanya membantu mana yangtermampu. sedih melihat keadaan pak cik tua itu. entah apakah sebab dan bagaimana berlakunya kemalangan...selepas beberapa ketika beliau di bawa untuk pergi ke bilik X-ray.

sekembalinya pesakit itu dari X-ray, saya diminta oleh rakan pelajar perubatan yang lain untuk meneruskan peyedutan darah daripada rongga hidung dan mulut pesakit itu. saya lakukan setiap 30-60 saat. begitu banyak pendarahan, darah yang disedut sudah sampai separuh daripada beg sedutan yang disediakan. tiba-tiba kedengaran satu alunan suara yang saya kira belum pernah saya dengar di zom merah ini. itu adalah alunan suara seorang mak cik yang membacakan ayat suci al-Quran buat suaminya yang sedang kritikal berikutan penyakit jantung. dapat dirasakan ketenangan mendengar alunan itu. "kan best kalau kat tempat kritikal mcm ni ada org boleh mengalunkan ayat suci alQuran setiap hari.."

lewat jam 12-1 tgh hari, saya sedang memerhatikan keadaan seorang pesakit yang +ve HIV, tiba-tiba kedengaran riuh rendah di katil hadapan. pesakit jantung yang kritikal td sedang tenat. saya bergerak ke katil pesakit tersebut, sekali lagi doktor2 dan semua staf sibuk melakukan prosedur rawatan kecemasan...antaranya adalah CPR. namun akhirnya sampai pada satu tahap mereka berhenti secara tiba-tiba. doktor MO itu kelihatan tenang dan bersahaja. musykil.."erm,kenapa xda respon pun pak cik ni, mmg dorg dh tak le buat ap-apa ke? huhu. seorang doktor MO keluar dari sebalik tirai dan memaklumkan waris di luar sana "meh mak cik..meh masuk meh~masuk la dgn anak2 sekali, masuk ramai-ramai dan anak2 boleh la mengajar pak cik mengucap"

huhu..itukah kesudahannya. tak lama kemudian esakkan tangisan sendu kedengaran dari sudut ruang pesakit jantung tersebut..innalillah..~ kaget sebentar, saya kembali kepada pesakit HIV tadi. tekanan darahnya menurun. pernafasannya tidak stabil. bacaan SPO2 pada skrin mejadi rendah- hypoxia. kelihatan di luar tirai katil Pak Mid ditolak menuju ke ruang katil bilik 4. oh..dia baru balik dari KMC melakukan CT scan. 

5 minit kemudian saya menghala ke katil Pak Mid..oh? doktor tgh buat CPR. pak cik ni collapse ke?. "ni kamu..get ready nanti buat CPR. tp sblm tu panggil semua kawan-kawan kamu ke sini skrg!" doktor HO bersuara. huhu..kaget sebentar. "apa..doktor nak suruh buat CPR? huhu..cuaknya~" saya dan beberapa rakan bersedia berbaris utk bergilir-gilir melakukan CPR. namun, belum  sempat kami mencuba, pulse pesakit sudah dpt dikesan..legaa kat situ. saya tak konfiden boleh buat CPR. sangat cuak~
(huhu..camna nak jadi doktor kalau selalu cuak camni..T_T)


lewat 3 petang, selepas menzirahi ibu seorang adik junior..saya kembali ke red zone semula. meninjau kali terakir sebelum berangkat pulang. abah dah OTW, dalam setengah jam lagi baru sampai. di hujung sudut zon merah ini kelihatan semua staf tertumpu kepada katil Pak Mid lagi..Allah, kali ni mereka melakukan CPR lagi. kali ini saya diajak untuk melakukannya, namun saya menolak secara baik. memang takut. tengok keadaan pesakit yang dah semakin layu, saya tidak berani mengambil sebarang risiko. biarlah para doktor berpengalaman mengendalikan sepenuhnya. 15 minit kemudian mereka berhenti. huhu..kali ini sudah tidak berjaya untuk men"stimulate" jantung pesakit untuk kembali mengepam darah. innalillahi wainna ilaihi rajiun. semua staf kelihatan bersahaja. saya je yang terkesima..1st day saya lihat semua ni depan mata.

(benarlah janji Allah iaitu apabila saat ajal itu tiba tak dipercepatkan atau dilewatkan walaupun sesaat. mati itu pasti. kita semua juga akan melaluinya. semoga husnul khatimah milik kita. erm, ada juga sorg doktor HO pesan, lepas tengok mayat ni balik mandi terus. takut kena badi. macam-macam. apapun semoga roh kedua arwah tenang di pesemadian~)

sebelum semua keluar dari sudut katil tersebut..Dr. ARMAN mengajar kami teknik-teknik dan jenis-jenis CPR yang tepat. rupanya semua oranag pernah je buat salah, tapi semua tu pengalaman. mereka belajar dari kesalahan. yang penting kena sahut cabaran. demi menyelamatkan nyawa pesakit, sumbanglah semaksimum mungkin kudrat yg ada. 
(nak buat CPR kena gilir-gilir..kalau sorg je mmg penat. ini kalau guna teknik yg pertama)

 
dalam kereta abah bertanyakan tentang keadaan sahabat usrahya yang kemalangan. naik motor katanya. hari ini saya sepenuhnya di zon merah, tak tahu apa yang berlaku di zon kuning. sembang punya sembang..rupanya Pak Mid itulah sahabat yg abah maksudkan. saya beritahu bahawa kawan abah tu dah meninggal dunia. alangkah terkejut abah saya. "baru semalam abah jumpa dia pegi berubat kat darus-syifa', masa tu dia ckp dia pening..ish dah meninggal rupanya. innalillahi wainna ilaihi rajiun.." abah berhenti memandu seketika dan menelefon sahabat-sahabatnya yg lain. ramai yang menyangkakan beliau akan pulang ke rumah kerana kecederaannya tak serius..namun sebaliknya yang terjadi.

itulah sedikit pengalaman hr ini. sengaja saya abadikan di sini agar dapat mengingatinya semula pd hari2 akan datang. semuanya pengalaman dan kenangan. saya telah merasakan nikmat berada di Jabatan Kecemasan HSB ini. memang betol terasa berat utk nak meninggalkan jabatan ini. tempoh saya di jabatan ini masih berbaki 2 hari. (T_T)

erm..lagi satu pengalaman menarik, semua staf di hospital dikejutkan dengan laporan ini kejadian di mana seorang cikgu yang datang ke dept A&E ini dan memberikan history yang palsu. sanggup pulak dia menipu. huhu, tak pasal-pasal jadi kecoh. dan lagi satu kenangan yang tersemat di sini, saya diberikan peluang untuk melakukan 2 jahitan terakhir kepada pesakit tersebut. Staf MA dah buat 10 jahitan, dia paksa juga saya lengkapkan 2 jahitan terakhir. terima kasih tak terhingga kpd staf MA dan student nursing yang mengajar dan memberi dorongan. mereka memang terbaik~


*p/s : alfatihah buat arwah pak Mid..dan sorang lagi pak cik (tak tahu namanya.huhu)
: masa di Malaysia berbaki 6 hari lagi..sangat sedih. sayang rasanya nak meninggalkan tanah air dan keluarga. 2 tahun pulak kalau nak balik semula pun~ ayuh sama2 hargai masa yang masih berbaki ini..semoga Allah redha segalanya..

wallahu'alam~

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~