Author: caudate nucleus
•7:21 PM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengampun..
Dialah tuhan yang membolak-balikkan hati manusia~


wala haula wala quwwata illa billah..tiada daya dan tiada kekuatan melainkan semuanya dtg dpd Allah. saya sedang memasuki minggu ke 3 keberadaan di bumi jelapang padi. Alhmdulillah atas nikmat dan kelapangan ini. percutian saya masih berbaki 2 minggu, masa yg begitu singkat, perlu saya manfaatkan sepenuhnya. 

kini saya sedang menjalankan elective posting di Jabatan Kecemasan, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. alhamdulillah seronok duduk kat sana, dapat kawan baru, dapat ilmu baru. hari-hari dapat lihat insan-insan bertarung nyawa utk meneruskan kehidupan. dari si anak yg masih kecil hingga nenek yang tua. sesekali pegi melewati bilik bersalin, tengok proses kelahiran ummat-ummat Nabi Muhammad SAW. mahasuci Allah dan Allah Maha Besar, pertama kali dapat lihat secara live ibu-ibu melahirkan anak. sangat menyentak jiwa. pilu melihat jeritan dan raungan kesakitan yg dilalui oleh insan yg bernama ibu. tetapi jabatan itu diceriakan dengan tangisan anak-anak kecil yang baru dilahirkan, comel-comel belaka,mereka suci bersih ibarat kain putih.semoga ibu ayah dapat mencorakkan mereka dengan iman dan taqwa~


****************************************************
post kali ini saya saya nk letak gambar byk2 je
semua ini adalah gambar2 yg memberi pengajaran buat saya
pernah diletakkan pada post2 lepas saya hadiahkan buat seorang sahabat
sahabat yang dikenali sejak kecil..sama-sama ditarbiyah di madrasah SRIDU
utk sahabat itu: sori la..xde idea lain, tiba-tiba rasa nak buat camni. 
heh..tak da masalahkan? kira special edition la for you..lillahi Taala.
tak da niat lain~ (peace!)

 hakikatnya iman manusia turun dan naik~
tapi Nabi SAW ajar kita agar selalu membacakan doa 
agar ditetapkan hati-hati kita pada agama dan ketaatan kepada Allah
"Yaa Muqallibal Quluubb..Thabbit Quluubanaa 'ala Diinik , 
wa 'ala To'atik wa 'ala jihadi fi Sabiilik"
(wahai Tuhan yang membolak balikkan hati-hati manusia..tetapkanlah hati-hati kami kepada AgamaMu,serta ketaatan kepadaMu, dan juga jihad di jalanMu) ameen~


Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya~
selalu manusia beranggapan bahawa hujan kadang-kadang menyusahkan
sedangkan hujan itu adalah rahmat
diturunkan untuk menyuburkan bumi Tuhan
dan adakalanya selepas hujan Allah hadiahkan pelangi yang indah~
begitu juga la dengan ujian yang Allah kurniakan
istimewa buat hamba-hamba yang mampu sahaja
Allah uji kerana Dia sayangkan kita..
tapi mampukan kita bersabar dan berfikiran positif tatkala diuji? 
(T_T)
 

jalan hidup ini tidak selalunya lurus..
smg Allah luruskan jalan kita dulu, kini dan pada masa akan datang
dalam langkah untuk menujuNya..semoga Allah redha~


ketahuilah bahawa semua binatang dan makhluk lain 
di langit serta di bumi sentiasa berzikir dan bertasbih
memuji Allah y Maha Esa..namun manusia sering pula lalai~(T_T) 


selangkah kita rapat kpd DIA 
seribu langkah Allah menghampiri kita
Allah sntiasa bersama..

 Rasulullah mengetahui apa yg terjadi kpd umatnya
biarpun baginda jauh di sana..di alam sana
wahai Rasulullah kami merinduimu
seorang Rasul yang diangkat menjadi kekasih Allah..
rasa bertuah menjadi umatmu..Dirimu insan mulia
disayangi dan dicintai semua makhluk langit dan bumi
semoga dapat bertemu di hari pembalasan..
di dalam keadaan yg membahagikan jiwa-jiwa yg rindu kpdmu~
(ayuh selawat ke ats Nabi SAW..agar beroleh syafaat..
itulah pertolongan yg digila2kan manusia saat hari pembalasan kelak


alQuran juga sebaik-baik sahabat~
carilah al-Quran di masa suka dan duka
nescaya kitab suci ini mampu menenagkan jiwa-jiwa yang resah
memberi peringatan kpd hati-hati yang sering leka dgn dunia~
alQuran itu mukjizat terbesar Rasul kita..
ayat-ayat sucinya memberi pedoman dan hala tuju
agar tidak tersalah arah di persimpangan kehidupan
(wajib miliki alQuran terjemahan utk tadabbur mafhum ayat-ayatNya!)

 tidak ada istilah putus asa di dalam diri seorang mukmin!~


"manusia itu umpama musafir yang sedang dalam perjalanan jauh..berhenti dia di sepohon pokok yang rendang (dunia) lalu lalai dan leka dia berehat di situ (perkara-perkara dunia) sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju akhirat kekal abadi)" kata-kata hikmah
[[copy paste balik entry yg dulu..]]

semuanya adalah peringatan kepada diri sendiri~(T_T)
generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post
Author: caudate nucleus
•9:41 PM
Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakhbar walillahil hamd~

selamat hari raya..copy paste PCT punya =)

satu perkongsian buat sahabat-sahabat. saya akan lihat video ini bila saya rasa hati ini makin lalai untuk mengingati Allah. Semoga memberi kesan di hati-hati yang sentiasa beriman kepada Allah dan hari akhirat...




salam aidilfitri..salam kemenangan. Alhamdulillah Allah beri ruang untuk mencoret di sini. Ramadhan sudah pun berlalu meninggalkan kita, namun tetap meninggalkan ruh dan semangat beribadah kesan pentarbiyahan selama sebulan untuk kita teruskan perjuangan menghadapi 11 bulan yg mendatang. Semoga Allah beri kekuatan untuk istiqamah melakukan amalan-amalan mulia seperti yang dilakukan di bulan Ramadhan.

hari ini 4 Syawal 1431H..sudah hampir 6 hari saya di bumi Malaysia. Masih mengalami jet lag, susah jugak nak beraya. Alhamdulillah Allah beri peluang untuk berjumpa dan beraya bersama keluarga serta sanak saudara. Semoga saya boleh cari hikmah dan memanfaatakn pertemuan ini sebaik mungkin. Raya tahun ni ada insan yang telah pergi selamanya..rasa kehilangan. namun Allah Maha Pengasih, dihadirkan insan-insan baru sebagai penyeri kehidupan saya di sini.

Hari ni ada kenduri kat rumah. kenduri kesyukuran dan aqiqah buat anak sedara yang sulung sudah berusia 55 hari (lebih kurang la). Ehsan Nufayl bin Eizzat Syuaqi. alhmadulillah selesai sudah. dapat jumpa semua sanak saudara. "bila balik sini?", "berapa lama cuti nih?", "aiihh..awat makin kecik (kurus kering) skrg ni..duk sana tak makan ka?", "bila nak habis belajar nih..lama lagi ke kat sana?" inilah soalan-soalan yang mesti ditanya oleh tetamu-tetamu hari ini. Soalan semua sama je, kalau la boleh copy paste jawpan~ aiyok..rasanya saya dah makan banyak sepanjang di Mesir. Orang lain yang diet orang lain yang kurus eh?. maaf kepada semua sahabat handai kerana tidak dapat menjemput antum semua. sangat kelam kabut sejak beberapa hari ni dan sangat bermasalah untuk menghubungi antum semua-masih tidak memilki nom msia dh kini hp sudah hilang. Ada peringatan Allah nak beri kat situ.

Rindu dengan sahabat-sahabat di bumi Tanta. seminggu sudah meninggalkan mereka. apa khabar korang sekarang eh?. maaf tak dapat bantu antum semua. semoga tabah dan thabat di sana. terima kasih buat semua yang telah membantu urusan saya untuk pulang ke Malaysia termasuk memasak juadah berbuka,beli barang teman pegi airport espc najwa, amani, nomaliyana, amrah, anis dan ain. Ramadhan kali ni istimewa dengan kehadiran antunna..tetapi faizah tetap tak dilupakan =)

tahniah dan takziah buat semua sahabat-sahabat yang telah mengambil dur thani(saya pun sekali). Semoga Allah janjikan rahmatNya buat kita semua. Allah tahu apa yang terbaik buat kita semua. Apa yang Allah beri insyaAllah itu yang terbaik. Semuanya datang dari DIA, semoga Allah bantu dari arah yang tidak disangka-sangka. teruskan perjuangan sahabat-sahabat..Alhamdulillah syukur atas segala ujian dan nikmat. satu perkara saya belajar daripada ujian-ujian yan lepas- jangan lupa tawakkal sepenuh hati dan doa tak putus-putus kepada Allah kita panjatkan. Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk berdoa sepanjang permusafiran yang lalu. insyaAllah tak lupa doakan sahabat-sahabat semua

oh..bumi Malaysia sangat mendebarkan. pergerakan saya di sini agak terbatas berbanding di bumi Mesir. Biarpun di sini tidak ada sistem mushrif dan boleh je nak keluar malam..tapi sangat susah untuk bergerak. aiyok camna nih? pantas2..sila bergerak dan harus bagi saya umtuk menyusun planner sebaik mungkin. TERIMA KASIH BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT yang mendokan saya dan memberi dorongan sepanjang imtihan yang lalu. sangat-sangat berterima kasih..hanya Allah dapat membalasnya..~

*p/s nom msia belom ada, nt dah ada saya umukan satu malaysia =)
*sapa2 nak kontek boleh hubungi saya di YM dan facebook lah ye~
*balik sini 6 miggu je, insyaAllah pulang ke sana 1.30pg 13 oktober..


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post