Author: caudate nucleus
•11:01 AM
Bismillahi walhamdulillah wAllahuakhbar

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah wa ifdhaalih..
exam Ophthalmology dah selesai. Alhamdulillah. Kali ini saya menghadapi exam tersebut dengan kecuakan, Sedih pun ada juga. Tapi takpa. Semuanya dah lepas. Hanya perlu menyerahkan segalanya kepada Allah. Biar Allah yang menaqdirkan apa yang terbaik, disamping kita tidak putus-putus untuk berdoa kepadaNya. Sungguh Allah Maha Dekat. Jazakumullah khair untuk sahabat-sahabat yang memberi kata-kata perangsang untuk saya meneruskan langkah.Sangat berterima kasih. Dan yang paling penting buat keluarga di Malaysia, umi dan abah yang tidak pernah lupa untuk mendoakan anak mereka ini..huhu,rindu sangat sama mereka~

...........................................................................


23hb Jun 2010 genap 8 tahun sudah pemergian AlMarhum Ust Fadzil Mohd Noor, semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya buat Al Marhum Ust Fadzil Noor, dan beliau ditempatkan bersama para mujahidin yang berjuang mendaulatkan agama Allah SWT. Perginya sukar untuk dicari ganti…

Saya mengenali beliau sejak kecil-especially selepas memasuki Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU). Beliau adalah pengasas sekolah tersebut. Saban tahun di situ saya akan berjumpa dengan Almarhum, dan tidak terlepas daripada mendengar amanat daripada Almarhum kepada kami anak-anak kecil yang bersekolah di situ. Sekurangnya ada juga kenangan bersama Almarhum di dalam hidup saya.

Paling bermakna-apabila beberapa kali menerima hadiah yang disampaikan oleh Almarhum di dalam Majlis Ihtifal akhir sessi sekolah (hadiah disediakan oleh pihak sekolah). At least pernah juga saya berbicara dengan Almarhum biarpun hanya sekadar ucapan "terima kasih ustaz". Bila dah besar sekarang saya terfikir sorang-sorang kenapa la detik-detik bersejarah itu saban tahun tak diambil gambar kenangannya?. Baru saya ingat, kamera kitorang  dulu memang kak Amal conquer kat dia sorang, dengan bawa pegi asrama...memang dia sorang je yang guna..huhu.

Seronok rasanya (masa kecik dulu) bila Almarhum datang ke sekolah kami (SRIDU). Kadang-kadang atas urusan rasmi. kadang-kadang datang ziarah (pd pemerhatian saya la). Saya sangat suka saat dapat menatap wajah Almarhum. Begitu tenang raut wajahnya. Senyumannya tak pernah lekang. Apabila Almarhum datang ke sekolah je semua akan kecoh. Baik guru-guru mahupun pelajar. Jelous juga tengok pelajar-pelajar lelaki yang lari berderu pergi mendapatkan Almarhum untuk bersalam dengannya. Saya nak salam juga. Tapi sebab saya perempuan, ahsannya tak digalakkan. Biarpun masa tu tak dikira berdosa pun (kecik lagi la). 

Di luar sekolah pun sering juga berjumpa Almarhum di majlis dan acara-acara yang lain terutamanya ceramah-ceramah. Kecik-kecik dulu memang umi dan abah suka angkut anak-anak mereka yang berderet ni pergi dengar ceramah. Terutama ceramah nuzul al-Quran pada bulan Ramadhan di Muasasah Darul Ulum yang diadakan saban tahun. Itu acara tahunan yang wajib kami sekeluarga pergi. Dan sudah menjadi tradisi umi untuk memasak juadah-juadah untuk dibawa pergi berbuka puasa di sana. Perlu berbuka di sana-Abah dah ingatkan, kena pergi awal sebab nanti ramai orang yang akan datang-kalau lambat memang tak dapat tempat langsung nak solat terawih. Seronok sangat. Kat situ boleh jumpa macam-macam orang. Beratus-ratus kot orang yang datang. Ada la juga jumpa kawan-kawan satu sekolah bersama keluarga masing-masing. Memang meriah. Kalau umi dan abah tak ajak pun memang kami adek-beradek berderet nak ikut. 

Sememangnya Almarhum adalah penceramah tetap untuk majlis ceramah tersebut pada setiap tahun bersama beberapa orang pencermah jemputan yang lain. Almarhum ini ceramahnya memang sangat sarat dengan ilmu dan nasihat.  Saya yang masih budak-budak masa tu takde la amik cakna sangat. Kadang-kadang time Almarhum dan yang lain berceramah je-saya,kedua abang kembar dan adik-adik saya akan pergi merayap ke gerai-gerai jualan yang dibuka. Macam-macam ada. Itulah di antara tujuan utama kami beriya sangat nak pergi ceramah-membeli-belah. Hoho. Memang nakal- ada udang di sebalik batu. Tapi lepas dah besar sket suma jadi baik. Umi pun pesan kalau pegi dengar ceramah cuba la amik ilmu sikit, jangan merayap je keja habiskan duit. huhu...

..........................................................

saya juga masih ingat, 8 tahun yang lalu pada tarikh 23 Jun 2002..tengah hari tu umi tiba-tiba datang ke pintu belakang kelas kami (di situ saya bertapa) dan umi bagitau nnt saya kena balik rumah sendiri-berjalan kaki. "umi nak balik dulu ni-ada kematian, umi ngn abah nak pi Muasasah..Ust Fadzil Noor dah meninggal". Innalillah.. tercengang sekejap masa tu. Nak ikut pon xboleh kot, waktu sekolah belom habis-lagi sejam loceng terakhir akan berbunyi. Umi takpe la,sebab dia cikgu kat situ-boleh minta excuse sebab dah xda kelas. Balik rumah, sampai ke malam kami tunggu umi ngan abah balik (nak dengar cerita apa yang jadi) tapi mereka tak sampai2. Esoknya tu bangun pagi umi cerita dorang tersekat di sana. Jalan memang jammed, banyak sangat kenderaan. Manusia tiba-tiba jd ramai macam semut, tak diketahui datang dari ceruk mana. Hanya semata-semata ingin memberi penghormatan terakhir buat Almarhum.

Subhanallah, ratusan ribu manusia yang datang berbondong-bondong ke Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena itu untuk menziarahi jenazah Almarhum. Jalan utama menuju ke Kuala Nerang itu tiba-tiba jadi sesak. Manusia sangat ramai. Pemimpin ini dimuliakan Allah di akhir kehidupannya. Almarhum disolatkan dan dikebumikan di bumi waqafan itu-Muasasah Darul Ulum, di bumi itu juga Almarhum menetap bersama ahli keluarganya dan di bumi itu jugalah tempat anak-anak generasi Islam menimba ilmu.

Kakak saya yang bersekolah di situ, ada menceritakan..selepas Almarhum meninggal dunia setiap hari akan ada pelajar-pelajar yg akan pergi menziarahi pusaranya selepas menunaikan solat..Pusara Almarhum betul-betul terletak di tepi masjid sekolah itu. Memetik satu laporan akhbar Harakah, bertarikh 24 Jun 2002- bartajuk "100,000 ziarahi jenazah Presiden PAS di Darul Ulum"
Jenazah Ustaz Fadzil yang tiba dengan pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia tiba bersama pimpinan PAS pada jam kira-kira 5.30 dan terus dibawa ke Muassah Darul Ulum dengan ambulan milik Pusat Khidmat Wakil Rakyat PAS Kawasan Pendang.
Jenazah beliau yang diiringi kereta peronda polis telah tiba di Muassasah di bawa ke rumah beliau untuk tatapan terakhir ahli keluarga sebelum di usung ke dalam musolla yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.
Di dalam musolla tersebut, jenazahnya di tempatkan ditengah-tengah musolla untuk memberi peluang kepada ribuan ahli dan penyokong PAS menziarahi pemimpin PAS itu.Pada jam 9.00 malam jenazah beliau telah disembahyangkan dengan diimamkan oleh Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan bacaan talkin disempurnakan oleh Sheikh Mohammad Abdullah"

saya mengnali Almarhum sewaktu kecil hanyalah dengan mengenali tubuh dan susuk fizikalnya. Bila Almarhum sudah tiada dan saya juga meningkat dewasa sikit barulah saya mengenali peribadinya, keluarganya, jasa dan sumbangannya serta perjuangannya. Sangat kagum. Rupanya insan yang selalu saya temui masa kecik-kecik dulu adalah seorang pejuang yang hebat. Almarhum sememangnya seorang mujahid.

Jasa dan sumbangannya terlalu banyak. Salah satunya dengan menubuhkan sekolah rendah-tempat saya belajar mengenal Allah dan Rasulnya, Belajar mengenali al-Quran-huruf, tajwid dan juga bahasanya (Bahasa Arab), belajar tentang solat, aqidah dan banyak lagi. Saya rasa bertuah disekolahkan di situ. Di situ tarbiyah awal pembentukan peribadi dan diri saya seperti saya yang sekarang. Banyak lagi sumbangan Almarhum terutama kepada perjuangan PAS. Boleh belek-belek artikel di sini sini dan sini yang menceritakan tentang Almarhum. 

Balik Malaysia dua tahun yang lepas saya menyaksikan sendiri penat-lelah perjuangan di medan dakwah, tarbiyah dan politik-Almarhum di bumi Kedah satu ketika dahulu kini dinikmati oleh rakyat di negeri Jelapang Padi. PAS berjaya memerintah negeri ini bukanlah merupakan satu kejayaan yang mudah, tetapi adalah satu kejayaan kesinambungan daripada hasil titik peluh pejuang-pejuang terdahulu yang kebanyakan mereka telah pun pulang menemui Sang Pencipta..Jasa dan usaha mereka dalam menabur bakti, menyampaikan Islam dan membina daulah Islam perlu diteruskan oleh generasi pada hari ini. Semoga Allah SWT menempatkan mereka di SyurgaNya, dan Allah memberkati perjuangan mereka yang ditinggalkan kepada generasi hari ini..Al-Fatihah~




boleh lihat video di atas dan sambungannya di You Tube..subhanallah!

Selamat beribadah di Bulan Rejab ini..semoga Allah ketemukan kita semua dengan Syaaban dan Ramadhan pula..Amien3x ya Rabb~

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~





Links to this post
Author: caudate nucleus
•2:57 AM
 Bismillahi walhamdulillah wAllahu akhbar! 


beberapa hari sebelum ni saya agak tertekan untuk berhadapan dengan subjek Public Health and Community Medicine, biarpun itu adalah subjek yang "paling relax" pd pandangan sesetengah individu tapi sebenarnya agak menggerunkan buat saya-sebab total marks subjek ini = 300m!! paling tinggi la setakat ni kalau nak dibandingkan dengan 3 subjek yg lain. Dan untuk exam3 kecik sebelum ini saya tak dapat buat dengan baik sebab terlalu amik mudah dengan subjek ni~haish

tengah tension-tension tuh tetiba terasa nak dengar nasyid. Sebelum tu dengar je (sehari tak sah kot kalau tak dengar nasyid). Tapi kali ni nak dengar nasyid dulu-dulu. Kerja memunggah files nasyid dalam laptop pun bermula. Punggah punya punggah tiba-tiba nampak satu tajuk lagu ni. Dah lama dah tak dengar lagu tuh...
Unic-Langkah Tercipta..boleh menangis kot dibuatnya bila saya dengarkan kembali. Lagu ni ada kenangan. Sejarah yang sangat manis, pahit pun boleh juga kot. (pahit-pahit manis? =P)

.........................................
Julai 2009, Kafru Esom: beberapa hari lepas balik dari jaulah Matruh dan Siwa ada sorang adik-beradik saya kat sini kasik lagu ni-Unic-Langkah Tercipta. Dia suruh saya dan Najwa dengar. Ingat lagi time tu, 1st time dengar tak dapat tangkap lagi lirik lagu ni. Najwa minta saya ulang lagi sekali. Kitorang dengar lagi sekali. Dan mulai saat itu saya ulang lagu ni setiap jam dan setiap hari sampailah saya jumpa lagu lain yg terkesan dihati (Maher Zain-InsyaAllah). Lama juga kot lagu ni jadi "peneman saya". 

Lepas-lepas tu sambil study Pharma untuk exam kali kedua itu, saya akan buka lagu ni dan 4 lagu  lain setiap hari. Masa tu study kat bilik Shaz. Bilik saya pulak jadik port Fashihah. Najwa pulak kat umah dia-kat bawah. Kadang-kadang dia dtg umah sy amek angin. Dia duk kt bilik Nad dan Piah.Saya je yang tak pegi umah dia. Masa tu dah dapat tempat study yg strategik (strategik: sebab malam-malam saya  akan nampak bintang2 dan bulan direcly dr meja study), so memang susah la nak bergerak study kat tempat lain. 

Ahli bait suma balik Msia. Insan-insan itulah peneman saya sepanjang Julai sampai Ogos. (tak lupa: peneman yg lain-Faizah-kat umah sebelah..dan adik-adik yang lain pun-kat umah bawah). Kami 9 orang je yang tinggal. Kebanyakan kami semua tengah berjuang masa tu. Syahdu sangat. Time tu juga kitorang masak dan makan sekali berjemaah-makan satu imarah.  Setiap hari semua akan kumpul sama-sama. Kalau tak buat camtu mesti susah nak jumpa sebab tengah cuti kan. Semua ada urusan masing-masing. Lagipun jimat masa dan tenaga juga. Best sangat time tu. Allah uji saya tapi sambil-sambil tu Dia kurniakan 1001 rahmat..alhamdulillah. Sayang dengan ukhwah dan kenangan itu! =)

Banyak lagi memori yang terimbas bila dengar lagu ni. Malas nak cerita panjang-panjang. Terima kasih utk insan berkenaan yg memperkenalkan lagu ini kepaa saya. Lagu ni berjaya buat saya rasa bahagia. Bahagia dengan ujian. Alhamdulillah. Hakikatnya semua ini adalah daripada Allah jua tetapi diwasilahkan kepada makhluk-makhluknya.Dengan lagu ini juga saya teringat akenangan yang syahdu di Kafru Esom. Biarpun dah tak duduk kat sana lagi tapi semua yang saya lalui di sana, tak da satu pun yang mampu untuk saya lupakan. Semuanya jadi indah belaka biarpun dulu mulanya rasa pahit. Subhanallah3x, percaturan Allah sangat hebat!

*kat bawah juga saya sertakan salah satu lagu lain yang saya asyik ulangi. Haikal-Alunan Munajat. Tak tahulah camna boleh jatuh cinta dengan lagu ni. Mungkin ada yg rasa biasa je bila dengar lagu ni, tapi ia sangat berjaya menusuk ke jiwa saya..membuatkan saya jatuh cinta dengannya pada ketika itu-cinta itukan buta? ceh~

*lagu-lagu ni juga mengingatkan saya kepada istilah bunga jihad. Masa saya tengah struggle summer ritu, ada orang kasik bunga-bukan bunga betol pun-katanya itu adalah bunga jihad!. Huhu 1st time dengar kalimah tu. Tapi sangat berterima kasih juga kpd insan tersebut sebab memberi sokongan dan dorongan kpd saya..mungkin dia takkan baca blog ni-tp sangat berterima kasih kepadanya =)

*maaf kalau rasa mengarut..sekadar coretan hati (^_^) jom dengar nasyid hari-hari!!~

Langkah Tercipta 

(dengar sini)

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,

menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..

inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,

namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,

pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,

di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..

pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,

agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,

Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU. 
 
**************************************************************

Alunan Munajat 

(dengar sini)

Alunan munajat berkumandang
Menusuk persada jiwa
Bergemalah suara azan
Mendayu memuji Ilahi

Ke mana hilangnya kesedaran

Hilang taqwa runtuhnya iman
Jiwa dicemari kealpaan
Kegelapan menemani insan

Gemersik bak desiran ombak

Membelah badai menghempas pantai
Begitulah perjuangan ini
Perlu teguh iman dan ukhwah

Bagai abid perintis sayu

Merintih memohon restu
Pengharapan penuh syahdu
Di dalam alunan munajat

Istiqamah diperindahkan

Menegak syiar yang suci
Semoga bersinar kembali
Fajar gemilang di ufuk hati
 
nasyid memang dengar setiap hari..tapi Quran jangan lupa plak ;)


generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~
Links to this post
Author: caudate nucleus
•12:47 AM
 Dengan Nama Allah Yang Maha Berkuasa ke atas segalanya..

31 Mei 2010 telah melakarkan sebuah lagi tragedi berdarah  hasil kekejaman Israel laknatullah, satu tarikh yang pasti akan dikenang oleh dunia Islam-dalam usaha memperjuangkan kemenangan Islam di bumi Palestin-akhir zaman ini. Berbahagilah buat mereka yang terkorban gugur syahid di tengah perjalanan menuju perairan bumi yg ditindas-bumi Gaza-pelayaran mereka hanya demi sebuah harapan murni-untuk membantu sahabat seaqidah yang mederita di sana. Subhanallah, syahid telah menjadi milik mereka..kita di sini belom pasti bagaimana pengakhirannya. 

doa demi doa kita panjatkan, tapi belum pasti bila dan bagaimana Allah akan realisasikannya. Yang pasti janji Allah itu benar. Dunia Islam akan kembali gemilang satu hari nanti. semoga kita termasuk di dalam golongan ansarullah yang ALLAH pilih untuk membawa kemenangan itu. Amien3x ya Allah! 

tadi belek-belek dan baca berita kat sini jumpa 3 karikatur yang agak menyentakkan:

mereka itu buta dan pekak@ dibutakan dan dipekakkan?


undang-undang dunia yang hanya pada kertas -dikencing oleh si yahudi itu?


 satu lagi mesej menggambarkan as-salam itu dihina oleh yahudi..

dunia sekarang bukan milik kita-orang Islam-dunia sekarang dikuasai oleh syaitan yahudi yang bertopengkan manusia. Di mana harus kita bermula? bagaimana kita nak gulingkan kerajaan Israel dan sekutunya Amerika..di dalam satu penulisan Ust Hasrizal ada menyatakan -Amerika adalah penyumbang terbesar dana bantuan kepada Israel..merekalah yg sedang membonekakan umat Islam hari ini. Ayuh jiwa-jiwa yang cintakan Islam, kita perlu bina kuasa Islam. Islam itu tinggi, tak sepatutnya dipijak sebegini. Bagaimana harus kita bermula?..mari kita kembali kepada Sang Pencipta. Sama-sama kita bina diri. Pohonlah keampunan, kekuatan dan petunjuk dariNya untuk kita kembali "memegang" Islam dan "membawanya" kpd dunia. Satu impian yang memerlukan mujahadah yg besar utk direalisasikan..banyak halangan menanti-seperti yag pernah ditempuh Nabi SAW dari dulu hingga sekarang, tak pernah mudah..mampu atau tidak? sekali lagi jawapannya: kembalilah kepada Sang Pencipta..Dialah yang Maha Penentu atas segalanya~

*menulis memang mudah hanya perlu menekan keyboard*..jom sama-sama kita islahkan diri hari ini untuk kita islahkan dunia pd masa yang sama juga! kita semua tak pernah sempurna dan kita semua tak punya masa yang panjang..entah bila akan dikembalikan kpd Sang Pencipta dengan pemergian yang tiada jalan pulangnya ke dunia...pesan sorg sahabat: ayuh, kembali kepada fitrah-kembali kepada Sang Pencipta, agar doamu tidak ditolak olehNya =)

#Pesanan@diri sendiri~

* teruskan doa agar Israel bakal dihancur dan dikalahkan! (Qunut nazilah)..doa,doa dan terus doa!

* yuk sama-sama kita cakna isu Palestin..ini isu kita bersama!

*Final exam baru bermula hari ini, masih berbaki 3 subjek yang lain. Doakan Allah bantu saya dan sahabat-sahabat yang lain di dalam peperiksaan ini. Tahun ini banyak bezanya dengan exam-exam pada tahun lepas (T_T) rasa ketara perbezaannya..doakan saya. Doakan juga sahabat-sahabat saya kuat-doakan khusus-buat 2orang sahabat yang diuji (kak Husna dan Huda)~ semoga Allah bantu mereka di dalam jihad ini..
amien3x ya Allah

saya pohon doa dari kalian..
saya pohon doa dari kalian..
saya pohon doa dari kalian..

doakan saya dan sahabat-sahabat berjaya di dunia dan akhirat...(ameen!)

sekadar coretan hamba berdosa@12.42 am

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~


Links to this post