Author: caudate nucleus
•2:26 PM
 Bismillahi walhamdulillah wallahuakhbar~


Segala puji-pujian selayaknya hanya kepada Tuhan sekalian 'alam.Selawat dan salam ke atas insan mulia Junjungan Besar Sayyiduna Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan sekalian sahabat baginda. Lama sudah tak mencoret di sini, banyak  je nak kongsi dengan sahabat-sahabat kat luar sana. Tapi disebabkan terlalu banyak masa lapang, tak tertulis kat sini. Maaf la ye utk mereka yg datang jenguk2 kat sini tapi berhabuk plak.

TENTANG PALESTIN 




Semasa ini,saya terlibat dengan satu projek yg saya kira bakal punya impak buat sahabat di bumi Gaza (dengan izin Allah jua). Kempen besar-besaran di Tanta unutk mengumpulkan dana bagi disalurkan bantuan kepada sahabat-sahabat perjuangan di bumi Al-Aqsa,melalui jalan laut dengan bantuan NGOs dari serata dunia. Serius, seronok buat kerja ni. Sama-sama berkempen (dr rumah ke rumah), mengutip derma, menjual,  memasak (dgn cuak,sebab xreti sgt pun), membungkus, menghantar makanan (sy xrasa pengalaman ini-ikhwah je yg buat), memang menyeronokkan!. Penat tu macam tak terasa bila difikirkan sumbangan ini hanyalah seberapa dan tidaklah sama seperti usaha rakyat Palestin bergelumang dengan rejim zionis israel membebaskan tanah suci ketiga itu..


Alhamdulillah. Allah lancarkan pergerakan kami sehingga ke hari ini. Kagum melihat kerjasama dan kesungguhan sahabat-sahabat sekelas dalam usaha mencapai matlamat projek ini. LE 35 000 itu sasaran kami, dan dana ini bakal diserahkan kepada pihak penganjur LIFELINE 4 GAZA di Malaysia. Mari kita doakan semua sumbangan ini dapat diserahkan kpd penduduk Gaza!! berharap juga semoga Allah redha, dan Allah terima ibadah ini,ameen (ikhlaskan hati-hati kalian,jangan rugikan lelah dan keringat itu tanpa redha dpdNya). Kempen di sini bakal berakhir 1 Mei ini , namun doa daripada kita semestinya tak akan dihentikan sehingga kemenangan di pihak Islam.insyaAllah.

jiddiyah mereka sangat tinggi biarpun sekolah hanyalah sebuah khemah, semoga Allah permudahkan bagi mereka..

doakan bantuan yang kita salurkan sampai kepada mereka..doa jangan pernah dihentikan~

TENTANG MESIR (jiran Gaza)

Al-kisah lain pula berbunyi, kebelakangan ini sahabat-sahabat pengajian agama di Univ Al-Azhar Mesir diuji dengan pelbagai masalah. Lepas satu isu, datang pulak isu lain. Dan dalam banyak-banyak isu, isu ketetapan pihak Univ Al-Azhar yang ingin memindahkan semua pelajar wafidin (luar negara) di setiap cawangannya ke kota Kaherah sangat menyedihkan. Menakutkan pun ada juga. Tak terbayang oleh akal bagaimana akibatnya jika tiada ustaz-ustaz dan madame-madame pelajar jurusan agama di bumi Tanta ini.

Persatuan mereka-DPMT yang sudah lama bertapak di sini bakal dilenyapkan kerana tiada ahlinya? serius-merekalah yang banyak membantu kami di awal kedatangan kami di sini sampailah sekarang. Tak pernah jemu menolong kami pelajar Perubatan Tanta menyelesaikan pelbagai masalah, masalah dengan pihak polis, masalah dengan orang arab, masalah cari rumah, masalah unit hisbah, tolong jadi musyrif, tolong masak untuk program kami, paling penting tolong didik dan ajar kami kenal Islam,Allah dan RasulNya..serta banyak lagi, tak tersenarai di sini. Saya dan rakan-rakan yang lain hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Hanya Allah sebaik-baik perancang. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segalanya yg terbaik. Terdetik di hati, mampukah kami (pelajar Perubatan) utk menjaga biah di sini (Tanta) dan mendidik generasi mendatang tanpa mereka (pelajar al-Azhar)?. Ya Allah, semoga Engkau taqdirkan yg terbaik buat kami semua. Usahlah diuji kami dengan sesuatu yang kami tidak mampu kami menanggungnya. (minta sahabat-sahabat. adik-adik junior dan semuanya tolong doakan yg terbaik utk kita semua di bumi Mesir ini!)



ini adalah insan yg saya nasihatkan supaya belajar di Univ Al-Azhar Caw Tanta..senang sikit nak suruh jadi muhrif,saya pun boleh tengok2 kan dia.huhu..doakan yg terbaik utk dia..(hensem ke?-soalan sengal :) )

Bergelumang dengan imtihan

if you FALL DOWN,please try AGAIN..Allah is always with you!

salam mujahadah untuk sahabat-sahabat tahun 1,2 dan 3. Exam practical dah lepas (utk tahun 2 masih tinggal satu subjek). Yang lepas biar berlalu dan serahkan semuanya kepada Allah, tak perlu lagi nak difikir-fikirkan. Kalian dah usaha yang terbaik. Tumpu untuk written exam pulak. Jaga masa dengan baik, buat soalan-soalan past year, jaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. InsyaAllah, ramai yg sedang mendoakan kalian dari jauh. Semoga kejayaan cemerlang milik kita semua


Betulkan niat, belajar bukan hanya sebab nak dapatkan mumtaz@tajaan semata. Tapi sebab nak kuasai salah satu cabang ilmu Allah ini dan nak faqihkan diri dengan sebaiknya agar nanti boleh menyumbang bakti untuk umat Islam. Belajarlah kerana Allah. Pasti di sana ada satu kekuatan pada jiwa-jiwa kita untuk terus berusaha. Pesanan khas buat diri sy sendiri JANGAN MALAS dan Jangan kufur nikmat belajar yg Allah berikan ni, sebab tak semua insan dapat merasainya. Sahabat kita di Palestin, jika nak ke sekolah perlu berhadapan dengan senjata dan bom-bom tentera Israel..tetapi mereka tetap juga mahu belajar. Pelajaran sangat dititik-beratkan buat mereka. Biarlah terpaksa belajar dengan keadaan yang dhaif (di bawah khemah-khemah) dan penuh susah payah daripada menjadi orang jahil dan bodoh. wahai diri, Malu la sikit dengan mereka..ya Allah ampunkan kami~

akhir kalam..ucapan selamat berjuang saya tujukan khas utk mereka yg berada di bawah (yg xda pun masuk sekali)!
bittaufiq wannajah fil imtihan..saya sayangkan anda semua kerana Allah, antunna daaieman fi du'aaii..








wallahu'alam. sekadar coretan hati
jumaat, 30 April 2010
 
generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~