Author: caudate nucleus
•12:44 AM
~Bismillahirrahmaanirrahim~


Alhamdulillah3..kerana nikmatNya kita masih bernafas, kerana nikmatNya yang tidak terhitung kita kenal dan merasai apa itu IMAN dan apa itu ISLAM walaupun hanya secebis dan mungkin tidak sehebat RASULULLAH dan para SAHABAT RASULULLAH>>syukur alhamdulillah 'ala kulli haal..

Lama saya tak ziarah blog sendiri. Sibuk satu. Memang tak dapat internet pon. Tak rasa nak update juga. Tapi ada je benda yang nak dicoretkan.



Akhir Oktober hingga November , hati gembira dan berbunga-bunga dapat melepaskan rindu kepada insan yang amat saya sayangi dan saya rindui~rasa macam mimipi. Tak sangka, Allah tunaikan hasrat umi saya untuk datang ke bumi Mesir buat kali ke2 dan dapat join majlis konvokesyen kak Amal. Sebulan juga umi di sini. Alhamdulillah,Allah permudahkan bagi umi. Dapat jumpa dengan umi di bumi Nil,mcm mustahil..tp tak mustahil pun hakikatnya. Rasanya inilah nikmat paling hebat telah Allah hadiahkan buat saya sepanjang saya di sini.

Namun, jauh di sudut hati, rasa sayu dan pilu kerana abah tidak dapat bersama. Abah perlu menguruskan bayak tugasannya, juga perlu mengambil alih tugas umi di rumah kerana adik2 saya akan berimtihan. Dan yang nyata, Allah tidak mempermudahkan baginya untuk menjejakkan kaki di bumi nabi Musa ini, sayu bila terpikir-sbb saya tahu Abah dah lama nak jejak kaki ke sini, sejak dari zaman muda remajanya lagi..tapi belum tiba masanya. Saya doakan semoga Allah maqbulkan hasrat abah satu hari nnt dan Allah taqdirkan yang terbaik buat abah~ameen..

abah dapat menantu =)

[[Umi ada cakap-nanti time sy konvo abah plak yang nak dtg sini..pastu abah pesan klu xbalik smp thn 6, boleh la dia kumpulkan duet untuk dtg ke sini plak nt]]
(ya Allah..sedih sangat mengenang kata-kata tuh. Abah-saya nak balik~saya rindu!!..)

lelaki yang paling saya sayangi dan kasihi..


Rindu mereka semua..

Saya masih ingt, Ahad 15 nov, di Ophthalmology department sementara menugggu doktor tiba ke kelas, saya call umi (di Cairo). Esok malamnya umi akan pulang ke Malaysia. Masa tgh bercakap tu saya menangis, sebab terkesan dgr umi menangis dan bercerita penuh hiba. Sedih sgt masa tuh. Kata2 umi sgt menusuk hati. Hati jadi sayu. Allah..besarnya pengorbanan seorang ibu. Besar juga pengorbanan seorang ayah. Terdetik dalam hati, saya juga perlu sangat2 berkorban utk mereka dan saya juga perlu hadiahkan mereka “sesuatu” ats segala penat dan lelah mereka selama ini. insyaAllah saya sedang berusaha ke arah itu. Semoga Allah permudahkan. Saya rindu umi dn abah. Hari-hari bermimpikan mereka. Seronok rasa bila dapat jumpa umi dan abah. Tapi bila buka mata, semua itu hanya khayalan minda ketika separa sedar..sakit2~

[[bersyukur atas nikmat kasih dn sayang ini, memang hati saya yang keras pun boleh cair bila bercakap tentang umi dan abah. Rasanya jiwa2 yang lain juga begitu. Tp Saya sedar dan saya tahu bahawa tak semua insan dapat milki nikmat ini dan memang sudah tidak berpeluang untuk memilkinya, mereka beruntung juga..Itu tarbiyah Allah untuk mereka, mereka kuat untuk ujian itu..semoga rahmat Allah bersama kalian , jom jadi anak soleh dan solehah yg bakal menjadi aset ibu dn ayah utk kehidupan di akhirat sana..Allah, kasihilah ibu bapa kami seperti mereka mengasihi kami waktu kami kecil,dan ampunkan dosa2 mereka.ameen Ya RAbb]]

******************************

24 november 09, kali ni pula 2 insan yang banyak bekorban buat kami di bumi Tanta pulang ke Msia. Semua sedih, semua rasa berat. Sangat berat. Mungkin kerana kepulangan ust Nik Syahir dan Kak Intan ke Msia melengkapkan ketiadaan semua insan-insan baitul muslim yg sangat byk membantu sy dn shbt2 lain ketika kami mula jejakkan kaki di Tanta.

kat airport hantar kak Intan

NASIHAT, CURAHAN ILMU, PENGORBANAN, gurau-senda dpd insan-insan ini sukar untuk kami putuskan. Sungguh kami masih memerlukan semua itu. Biarpun dah besar sikit. Dah jadi senior dah pun. Hanya Allah mengetahui jasa2 mereka. Dan dia saja yang selayaknya untuk membalas. Saya doakan Kak Intan sekelurga dipermudhkan urusan dan sentiasa dimurahkan rezeki.Ameen. Semoga kita berjumpa lagi. InsyaAllah! [perjuangan kita teruskan ]

[[rindu kanak2 yang membesar seiring dengan kematangan acik2nya itu - umair, huzaifah, usamah]]

******************************

1 Disember 09-tarikh penting bagi kehidupan saya di sini-berpindah kembali ke tempat asal saya bermukim pada tahun-tahun permulaan di Tanta, lantas meninggalkan perkampungan yang telah saya duduki selama setahun (sessi 08/09)..sedih2~ Mungkin pelik..kenapa saya perlu sedih-sedih, sedangkan saya sendiri yag memilih untuk meninggalkan perkampungan itu. Saya pindah dengan sebab-sebab tersendiri. Sedih meninggalkan perkampungan itu kerana terkenang pengalaman kami semua yg menjadi perintis penempatan di sana. Banyak pahit manisnya. Di kampung itulah saya belajar dengan lebih lanjut kisah ukhwah, ukhwah yang tidak kenal perbatasan umur, kat situ saya jatuh..di situ saya bangun. Di situ kami diherdik. Di situ kami dihormati. Di situ sahabat2 saya menangis. Di situ juga sahabat2 saya ketawa. Di situ saya dapatkan ketenangan. Di situ saya dapat damai. Di situ kami berlari. Di situ kami sesat jalan. Di situ Hati kami tenang melihat hijau subur bumi Tuhan, semua tekanan ketika belajar hilang dalam damai angin dan pemandangannya ketika kami pulang dari menuntut ilmu. Di situ saya jadi insan penakut. Di situ saya berubah jadi insan yang berani. Semuanya di situ.

jalan-jalan waktu petang (study leave sebelum final exam pathology)

Setahun je pun kat situ. Tapi disebabkan banyak perkara yg dipelajari menjadikan diri saya sebati dengan suasana di sana. Perlu rasa bertuah sebab Allah pilih untuk ditarbiyah di situ. Kini saya bukan lagi ahli Kafru Esom, saya kembali menjadi warga Maarad. Tapi Kafru Esom tetap di hati.. saya amat menyayangi sahabat2 di situ..selamanya,insyaAllah~

bersama mama dn anaknya mona a.k.a tuan rumah

 sebahagian adik-adik kafru esom

pagi di kafru esom

tanaman subur menghijau

credits to fashihah=)

[[Kali ni saya terfikir dan cuba hayati perasaan Rasulullah, para sahabat, dan semua kaum muhajirin yang berhijrah meninggalkan kota Makkah (tempat mereka mengenal kehidupan sejak kecil lagi dan di situ juga mereka mengenal kalimah tauhid buat kali pertama )menuju ke Madinah demi membina sebuah empayar Islam, yang merupakan harapan baru untuk kehidupan mereka sebagai muslim serta menjadi titik tolak kepada berkembangnya Islam ke setiap pelusuk dan ceruk bumi Tuhan sehinggalah ke hari ini. Kesedihan yg mereka rasakan lebih sakit dan lebih mendalam. Dapat saya bayangkan. Tetapi mereka perlu bahagia. Kerana Pengorbanan mereka itu akan dibayar dengan syurga Allah. Dan sememangnya pengorbanan mereka sangat besar, perlu dikenang, serta perjuangan mereka juga perlu diteruskan..]]


sampai di sini dullu

wallahu’alam..

generasi pewaris..bangkitlah berjihad di JalanNya~